Hukum Letak Barang Atas Al Quran Dengan Sengaja
Apakah hukum letak barang atas Al Quran atau letak di atas atas lantai?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan hukum menyimpan Al Quran berpandukan situasi berbeza dan cara penyimpanan yang tepat.
Baca juga:
Hukum letak barang atas Al Quran
Hukum letak barang atas Al Quran adalah tidak haram sekiranya perbuatan tersebut tidak diniatkan atas tujuan bagi menghina keagungan kitab itu sendiri.
Para ulama mazhab Syafie telah memfatwakan bahawa meletakkan sesuatu di atas mashaf adalah tidak haram selagi tidak mengandungi unsur penghinaan.
Imam Syihabuddin al-Ramli ketika ditanya tentang isu ini menjawab:
بِأَنَّهُ لَا يَحْرُمُ إذْ لَا امْتِهَانَ فِيهِ
Maksudnya: “Ia tidak haram, kerana ia tidak mengandungi maksud penghinaan terhadap Quran.”
Namun yang demikian, seboleh-bolehnya kita perlu elak daripada meletakkan sesuatu barang di atas Al Quran sebagai salah satu adab seperti yang dijelaskan oleh para ulama.
Hal ini bertepatan dengan sebuah hadis, Al-Hakim al-Tirmizi menyatakan:
وَمن حرمته إِذا وضع الصَّحِيفَة أَن لَا يتْركهُ منشورا وَأَن لَا يضع فَوْقه شَيْئا من الْكتب حَتَّى يكون أبدا عَالِيا على سَائِر الْكتب
Maksudnya: “Antara kehormatan mashaf yang perlu dijaga adalah dengan tidak meletakkan kitab di atasnya, supaya dengan itu ia selamanya berada lebih tinggi daripada seluruh kitab-kitab lain.”
Hukum letak Al Quran atas lantai
Tindakan seseorang yang meletakkan Al Quran atas lantai adalah tidak dibolehkan dan hukumnya haram.
Dalam isu ini, tiada perbezaan di kalangan ulama tentang kewajipan memuliakan Al Quran.
Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’ menyatakan bahawa:
“Para ulama bersepakat hukum menjaga mushaf dan memuliakannya adalah wajib.”
Meletakkan mushaf di atas lantai dikira tidak beradab kerana lantai dan tanah menjadi tempat untuk kita memijak.
Kenyataan ini disokong oleh Al-Bujairimi yang menyatakan bahawa:
“Diharamkan meletak mushaf di atas lantai dan hendaklah mengangkatnya sesuai dengan uruf walaupun sedikit.”
Cara menyimpan Al Quran yang betul
Kesimpulannya, setiap umat Islam haruslah sentiasa melazimkan diri untuk membaca, mempelajari, menjaga, menyimpan dan memuliakan kitab Al Quran dengan sebaik mungkin seperti yang ditetapkan syarak.
Moga-moga dengan usaha ini kita akan memperoleh syafaat Al Quran untuk membantu kita nanti di akhirat kelak.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan hukum letak barang atas Al Quran dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat.
Sumber:
- Al-Kafi #1944: Hukum Meletakkan Barang Di Atas Mashaf Quran. Mufti Wilayah Persekutuan
- #2705: Meletakkan al-Quran Di Atas Lantai. Maktabah Al Bakri