Cara Khatam Al Quran Dalam Sebulan (100% Berkesan)

Bagaimanakah cara khatam Al Quran dalam masa yang singkat dengan mudah?

Ramai orang teringin untuk khatam Al Quran jika boleh sebulan sekali atau setidaknya setahun sekali.

Tetapi kerana kesibukan harian, kita kadang kala agak sukar untuk membahagikan masa antara tanggungjawab dunia dan amalan akhirat.

Justeru artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan tips mudah tentang cara khatam Al Quran dalam masa 1 bulan.

Baca juga:

Kandungan keseluruhan Al Quran

cara khatam al quran dalam sebulan

Al Quran adalah sebuah kalam Allah iaitu mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibrail dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatil.

Membacanya setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari surah Al-Fatihah dan berakhir dengan surah An-Nas.

Nama lain bagi Al Quran

  • Al Kitab: sebuah kitab (surah Al Baqarah, ayat 1 – 2)
  • Al-Furqon: pemisah antara hak dan batil (surah Al Furqon, ayat 1)
  • Al-Zikru: peringatan (surah Al-Hijr, ayat 9)
  • Al-Tanzilu: penurunan (surah Al-Syu’ara, ayat 192)

Sifat- sifat Al Quran

  • An-Nur: cahaya yang menerangi kegelapan (surah An-Nisa, ayat 174)
  • Al-Mubin: menerangkan sesuatu (surah Al-Maidah, ayat 15)
  • Al-Huda: petunjuk (surah Yunus, ayat 57)
  • Al-Rahmah: kerahmatan (surah Yunus, ayat 57)

Isi kandungan Al Quran sangat istimewa kerana ia meliputi seluruh aspek akidah, syariat, dan akhlak.

Ia sesuai digunakan dan menjadi panduan kepada umat manusia sehingga hari kiamat.

Al Quran juga dijamin oleh Allah ia kekal dan terpelihara daripada diubah sehingga ke hari kiamat.

Cara khatam Al Quran dalam sebulan

Al Quran Mushaf Uthmani mengandungi 604 halaman yang mana ia bermula daripada surah Al-Fatihah sehingga surah al-Nas.

Jumlah keseluruhan surah dalam Al Quran pula adalah sebanyak 114. Setiap satu Al Quran mengandungi 30 Juzuk dan setiap Juzuk mengandungi 20 muka surat yang bersamaan dengan 10 helaian.

Berikut adalah beberapa cara khatam Al Quran dalam sebulan yang boleh anda praktikkan.

1. Tips khatam 1 kali sebulan

Bagi cara khatam Al Quran dalam sebulan (1 kali), anda boleh bahagikan 20 muka surat kepada 5 waktu solat.

Dalam kata lain, satu waktu solat adalah bersamaan dengan 4 muka surat Al Quran.

Setiap bacaan 4 muka surat, biasanya mengambil masa hanya kira-kira 10 – 15 minit.

Subuh = 4 Muka Surat
Zohor = 4 Muka Surat
Asar = 4 Muka Surat
Maghrib = 4 Muka Surat
Isyak = 4 Muka Surat

2. Tips khatam 2 kali sebulan

Bagi cara khatam Al Quran dalam sebulan (2 kali), anda boleh bahagikan 40 muka surat kepada 5 waktu solat.

Dalam kata lain, satu waktu solat adalah bersamaan dengan 8 muka surat Al Quran.

Setiap bacaan 8 muka surat, biasanya mengambil masa hanya kira-kira 20 – 25 minit.

Subuh = 8 Muka Surat
Zohor = 8 Muka Surat
Asar = 8 Muka Surat
Maghrib = 8 Muka Surat
Isyak = 8 Muka Surat

3. Tips khatam 3 kali sebulan

Bagi cara khatam Al Quran dalam sebulan (3 kali), anda boleh bahagikan 60 muka surat kepada 5 waktu solat.

60 muka surat adalah bersamaan dengan 3 Juzuk Al Quran. Dalam kata lain, satu waktu solat adalah bersamaan dengan 12 muka surat Al Quran.

Setiap bacaan 12 muka surat, biasanya mengambil masa hanya kira-kira 30 – 40 minit.

Subuh = 12 Muka Surat
Zohor = 12 Muka Surat
Asar = 12 Muka Surat
Maghrib = 12 Muka Surat
Isyak = 12 Muka Surat

Ganjaran bila baca Al Quran

cara khatam al quran dalam sebulan

Pahala membaca Al-Quran itu sangatlah banyak.

Bahkan sehinggakan Rasulullah mengatakan bahawa satu huruf akan mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan akan digandakan dengan 10 pahala.

Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud RA, Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ

وَمِيمٌ حَرْفٌ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya.

Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.” – (Hadis riwayat al-Tirmizi :2910, hadis  hasan)

Doa khatam Al Quran

Berikut adalah doa khatam Al Quran yang boleh anda baca dan amalkan sejurus selepas selesai mengkhatamkan Al Quran.

الّلَهُمَ ارْحَمْنَا بِالْقُرْآن

Allahummar hamna bil quran

واجْعَلْهُ لَنَا إمَامَاً وَنُوْرَاً وَهُدَىً ورحمةً

Waj ‘al hulana ima mau wanurau wahudau wa rahmah

الّلَهُمَ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نسيْنَا

Allahumma zakkirna minhu ma nasina

وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا وَارْزُقْنَا

Wa ‘alimna minhu wa jahilna wa zuqna

تِلَاوَتَهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَأطْرَافَ الْنَهَار واجْعَلهُ لَنَا

tila watahu ana al laili wa atrofan nahar waj ‘al hulana 

حُجَّةٌ يَا ربَّ الْعَالَمِيْن

 hujjatan Ya rabbal alamin.

Maksudnya: “Ya Allah rahmatilah kami dengan Al-Quran, dan jadikanlah ia sebagai imam, cahaya, petunjuk, serta rahmat bagi kami.

Ya Allah ingatkanlah kami daripadanya apa yang telah kami dilupakan, dan ajarkan kami darinya apa yang kami jahil serta rezekikanlah kami untuk membacanya siang dan malam, dan jadikanlah ia sebagai hujah kepada kami wahai Tuhan sekalian alam.”

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan cara khatam Al Quran dalam sebulan dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat.

Sumber:

  1. Al-Quran dan terjemahannya.
  2. Al-Kafi #1277: Manakah Lebih Tepat Dalam Doa Khatam Al-Quran: Sebutan Nasiina atau Nussiina. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.