10 Tips Amalan Cepat Dapat Jodoh Yusuf Mansur

Apakah tips amalan cepat dapat jodoh Yusuf Mansur yang boleh anda amalkan?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan amalan cepat dapat jodoh dari seorang penceramah Indonesia, Ustaz Yusuf Mansur.

Baca juga:

Siapa Ustaz Yusuf Mansur?

amalan cepat dapat jodoh yusuf mansur

Yusuf Mansur adalah seorang pendakwah dari Indonesia dan merupakan mudir bagi Pondok Pesantren Daarul Quran Bulak Santri, Cipondoh, Tangerang dan pengajian Wisata Hati.

Wajah beliau banyak mengisi rancangan agama di televisyen dan juga memiliki kecenderungan yang sangat tinggi dalam dunia perniagaan.

Amalan cepat dapat jodoh Yusuf Mansur

amalan cepat dapat jodoh yusuf mansur

1. Hubungan dengan Allah, keluarga, rakan, dan orang sekeliling

Seseorang boleh jadi lambat dapat jodoh disebabkan oleh hubungannya dengan Allah, keluarga, rakan, orang sekeliling, dan bahkan kepada diri sendiri.

Justeru untuk menjemput jodoh ke dalam pangkuan anda, anda perlu memperbaiki terlebih dahulu hubungan tersebut khususnya hubungan dengan Allah SWT.

Dalam surah Ali-Imran, ayat 112:

ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ اَيْنَ مَا ثُقِفُوْٓا اِلَّا بِحَبْلٍ مِّنَ اللّٰهِ وَحَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ

Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah (hubungan dengan Allah) dan adanya sebab dari manusia (hubungan sesama manusia)..."

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa hubungan dengan Allah dan sesama manusia adalah penting untuk kebahagiaan dan kedamaian berterusan di sepanjang hidup kita. 

2. Yakin akan jodoh adalah rahsia Allah

Ada tiga rahsia Allah pada kehidupan manusia dan salah satu darinya adalah jodoh.

Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud:

إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا ثُمَّ يَكُونُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يَكُونُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يَبْعَثُ اللهُ مَلَكًا فَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ، وَيُقَالُ لَهُ: اكْتُبْ عَمَلَهُ وَرِزْقَهُ وَأَجَلَهُ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ

"Sesungguhnya setiap dari kalian akan dihimpunkan kejadiannya di dalam perut ibunya selama 40 hari kemudian menjadi segumpal darah dalam tempoh yang sama. Kemudian menjadi segumpal daging dalam tempoh yang sama. Kemudian Allah mengutuskan malaikat dan diperintahkan (malaikat tersebut) dengan empat kalimat. Dikatakan kepada malaikat: tuliskan amalannya, rezekinya, ajalnya, adakah dia bahagia atau derita...” - (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 3208)

Justeru jangan berputus asa jika anda belum lagi menemukan jodoh yang diharapkan itu.

Teruslah berusaha, berikhtiar dan berdoa agar dikurniakan jodoh yang baik

3. Mohon ampun kepada Allah

amalan cepat dapat jodoh yusuf mansur

Manusia tidak akan pernah luput dari melakukan dosa. Kadang kala disebabkan oleh dosa-dosa lampau kita itulah menghalang rezeki seperti jodoh datang kepada kita.

Justeru, banyakkan beristighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT.

Tiga syarat yang perlu ditempuh dalam membersihkan dosa ialah menyesal atas dosa yang dilakukan, meninggalkan perbuatan maksiat itu dan bersungguh-sungguh tidak akan mengulanginya lagi.

4. Tingkatkan ibadah dan perbaiki ibadah

Sekali lagi yakinkan diri akan kuasa Allah. Insya Allah ada sahaja jalan bagi kita termasuk jalan hadirnya pasangan hidup kita.

Allah SWT berfirman dalam surah At-Talaq 3 – 4:

Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.

5. Luruskan niat

amalan cepat dapat jodoh yusuf mansur

Luruskan niat, sucikan hati bahawa anda menikah kerana ingin mengikuti sunnah Rasulullah SAW dan mengharap redha Allah SWT.

Hal ini kerana Rasulullah SAW bersabda:

Apabila seorang hamba menikah, maka sungguh dia telah menyempurnakan separuh agamanya. Maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada separuh yang selebihnya.” – (Hadis Riwayat mam al-Baihaqi dan dinilai hasan (baik) oleh Syaikh al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no: 1916-B.

6. Hilangkan ego

Ego di sini adalah dalam urusan memilih jodoh yang tepat. Setiap orang tentunya mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan.

Namun jangan pinggirkan pandangan dari ibu bapa dan juga kriteria-kriteria yang telah diberikan oleh agama.

7. Perbanyakkan silaturahim

Menghubungkan silaturahim adalah antara aspek penting dalam usaha kita membina hubungan dengan Allah.

Oleh yang demikian, mengekalkan hubungan silaturrahim sesama manusia juga akan mempermudahkan kita dalam mendapatkan rezeki berupa jodoh.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Hujurat, ayat 10 bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikan antara kedua-dua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya mendapat rahmat."

8. Menutup aurat

Jaga maruah diri dan jaga aurat anda dengan sempurna sebagai seorang lelaki dan perempuan. Menjaga dan menurutp aurat dapat mendidik manusia menjadi insan yang lebih baik.

Denga cara ini kita akan dilindungi daripada perbuatan maksiat yang disebabkan oleh nafsu syahwat dan seterusnya membawa kepada penzinaan.

9. Banyakkan puasa sunat

Puasa sunat adalah amalan yang sangat bagus untuk meningkatkan iman seseorang.

Ada puasa sunat yang berbentuk mingguan (Isnin dan Khamis), puasa bulanan (tiga hari dalam sebulan dan puasa tahunan (Hari Arafah, A’syura dan enam hari di bulan Syawal).

Orang yang rajin berpuasa akan disediakan satu syurga yang dikhaskan untuk mereka yang mana syurga tersebut diberi nama Ar-Rayyan.

Golongan yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan mereka layak untuk mendapat pelbagai kenikmatan daripada Allah.

10. Amalkan doa cepat dapat jodoh

Antara yang menghijab kita daripada bertemu jodoh adalah kerana kurang berdoa.

Berdoa untuk memperoleh jodoh yang soleh dan dibimbing Allah menjadi jodoh yang solehah walau daripada kecil.

Amalkan doa cepat dapat jodoh setiap kali selepas solat dengan doa seperti yang berikut:

Doa bagi lelaki yang mengharapkan jodoh

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجَةً طَيِّبَةً أَخْطُبُهَا وَأَتَزَوَّجُ بِهَا وَتَكُوْنُ صَاحِبَةً لِى فِى الدُنْيَا وَالْأَخِرَةِ

Rabbi habli millanduka zaujatan thoyyibah akhtubuha wa atazawwaj biha watakuna shoihibatan lii fiddini waddunya wal aakhiroh

“Ya Robb, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dari sisi-Mu, isteri yang aku lamar dan nikahi dan isteri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat”.

Doa bagi perempuan yang mengharapkan jodoh

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجًا طَيِّبًا أَخْطُبُهَ وَأَتَزَوَّجُ بِهِ وَيَكُوْنُ صَاحِبًا لِى فِى الدُنْيَا وَالْأَخِرَة

Rabbi habli millanduka zaujan thoyyiban wayakuna shoohiban lii fiddini waddunya wal aakhiroh

“Ya Robb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat."

Doa minta jodoh (umum)

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Rabbana hablana min azwaajina, wa dzurriyyatina qurrata a’yuniw, waj’alna lil muttaqiena imaamaa

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami jodoh [isteri-isteri] kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang2 yang bertakwa." (surah Al-Furqaan, ayat 74)

رَبِّ لَا تَذَرْنِى فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلْوَٰرِثِينَ

Robbi laa tadzarni fardan wa anta khoirul waaritsin

"Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.

Diharapkan artikel berkenaan dengan amalan cepat dapat jodoh Yusuf Mansur ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Tips Jodoh Cepat Terbaik Oleh Ust. Yusuf Mansur. Jom Dating
  2. Doa Meminta Jodoh Menurut Ust Yusuf Mansur. Youtube
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.