Hukum Membatalkan Puasa Ganti (Penjelasan Lengkap)

Apakah hukum membatalkan puasa ganti yang perlu anda ketahui?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan hukum membatalkan puasa ganti.

Baca juga:

Apa itu puasa ganti?

hukum membatalkan puasa ganti

Puasa ganti atau puasa qadha adalah mengantikan puasa wajib di bulan Ramadhan yang telah ditinggalkan atas alasan disengajakan ataupun tanpa ada keuzuran.

Hukum membatalkan puasa ganti

Hukum membatalkan puasa ganti adalah berdosa sekiranya tanpa keuzuran yang disyariatkan seperti haid dan musafir.

Hal ini jelas dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Hani’ RA:

يَا رَسُولَ اللَّهِ لَقَدْ أَفْطَرْتُ وَكُنْتُ صَائِمَةً ‏.‏ فَقَالَ لَهَا:‏ أَكُنْتِ تَقْضِينَ شَيْئًا  ‏.‏ قَالَتْ: لاَ ‏.‏ قَالَ :‏ فَلاَ يَضُرُّكِ إِنْ كَانَ تَطَوُّعًا ‏

“Wahai Rasullullah, sesungguhnya aku telah berbuka sedangkan aku berpuasa.” Maka Rasulullah SAW berkata kepadanya: “Adakah kamu sedang mengqadha’kan sesuatu (puasa)?” Beliau berkata: “Tidak.” Sabda Rasulullah SAW: “Maka tidak memudaratkan (memberi dosa) kepadamu sekiranya ia adalah puasa sunat.” - (Hadis Riwayat Abu Daud, No, 2456)

Menurut kitab Kifayah al-Akhyar, seseorang tidak boleh membatalkan puasa ganti kerana telah memulakan sesuatu perkara yang wajib.

Justeru, kita tidak boleh sengaja membatalkannya melainkan dengan keuzuran yang dibolehkan syarak.

Para ulama’ juga tidak berbeza pandangan dalam isu ini, ia seperti yang dijelaskan oleh Ibnu Qudamah:

“Sesiapa yang melakukan puasa wajib, seperti puasa qadha’ Ramadhan, atau nazar atau puasa kaffarah, maka tidak boleh membatalkannya. Tiada khilaf dalam perkara ini, walhamdulillah.”

Bagi mereka sengaja yang membatalkan puasa qadha Ramadhan tanpa sebarang keuzuran, maka wajib ke atas mereka untuk mengulangi semula puasa ganti tersebut.

Kemudian, bertaubatlah kepada Allah SWT dan berazam untuk tidak mengulangi kesalahan itu.

Hikmah berpuasa ganti Ramadhan

hukum membatalkan puasa ganti

Puasa qada memiliki beberapa hikmah yang dapat diambil:

1. Menunaikan kewajipan

Berpuasa qada adalah cara untuk menunaikan kewajipan yang tertinggal. Dalam Islam, puasa Ramadhan adalah salah satu dari lima rukun Islam, sehingga sangat penting untuk ditepati.

Dengan berpuasa ganti, seseorang memastikan agar kewajibannya terpenuhi.

2. Memperkuat disiplin diri

Berpuasa qada memerlukan kesabaran dan kedisiplinan diri. Kadang kala, berpuasa di luar bulan Ramadhan boleh menjadi lebih sukar kerana suasananya tidak sama seperti di bulan Ramadhan.

Oleh kerana itu, berpuasa qada boleh menjadi kesempatan untuk menguji dan meningkatkan keteguhan iman dalam menjalankan ibadah.

3. Meningkatkan rasa syukur kepada Allah

Puasa qada juga dapat mengingatkan seseorang untuk lebih bersyukur atas kesempatan dan kesihatan yang dimilikinya sehingga dapat menjalankan ibadah puasa. Kesedaran atas anugerah ini dapat meningkatkan rasa syukur kepada Allah.

4. Pengampunan dosa

Menjalankan puasa qada dengan niat yang tulus dapat berfungsi sebagai bentuk taubat dan upaya memohon pengampunan atas kesalahan masa lalu.

Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang, dan Dia memberi kesempatan bagi hamba Nya untuk memperbaiki diri.

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai hukum membatalkan puasa ganti ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk panduan semua.

Sumber:

  1. #1043: Membatalkan Puasa Qadha’ Ramadhan. Maktabah Al Bakri
  2. Al-Kafi #1802: Apakah Hukum Membatalkan Puasa Ganti Ramadhan. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.