Surah ar-Rahman (الرحمن) : Teks Arab / Rumi & Kelebihannya

Artikel ini akan berkongsi kepada anda serba sedikit mengenai inti pati surah ar-Rahman yang sepatutnya anda perlu tahu.

Di sini juga disediakan audio bacaan surah ini dalam bentuk MP3 dan juga teks bacaannya dalam rumi untuk memudahkan pembacaan.

Asal usul surah ar-Rahman (الرحمن)

Surah ar-Rahman merupakan surah yang ke-55 daripada 114 buah surah dalam Al-Quran. Surah ini juga tergolong diantara surah makkiyah dan mengandungi 78 ayat.

Maksud perkataan Ar Rahman adalah Allah Maha Pemurah dan melimpah ruah rahmat Nya.

Ringkasan Surah

Surah Rahman ini secara umumnya mengingatkan sekalian manusia agar sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang telah dikurniakan Allah.

Jika dilihat dengan lebih halus, terdapat beberapa ayat dalam teks ini yang baca berulang-ulang kali.

Contohnya seperti potongan ayat yang berbunyi “Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan” yang bermaksud “Maka nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kamu dustakan”.

Intisari penting yang ingin disampaikan dalam surah Rahman adalah seperti:

  • Menggambarkan kekuasaan Allah Taala yang mencipta seluruh alam.
  • Tidak ada sesiapapun yang akan dapat melepaskan diri dari kekuasaanNya.
  • Menegaskan kesucian nama Allah, Tuhan yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
  • Segala yang ada di muka bumi ini akan binasa, “dan akan kekallah Dzat Tuhanmu 

Bacaan surah ar-Rahman

(1) اَلرَّحْمٰنُۙ

Ar Rahmaan

(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

(2) عَلَّمَ الْقُرْاٰنَۗ

‘Allamal quran

Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.

(3) خَلَقَ الْاِنْسَانَۙ

Khalaqal insaan

Dia lah yang telah menciptakan manusia

(4) عَلَّمَهُ الْبَيَانَ

‘Allamahul bayaan

Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.

(5) اَلشَّمْسُ وَالْقَمَرُ بِحُسْبَانٍۙ

Ashshamsu walqamaru bihusbaan

Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;

(6) وَّالنَّجْمُ وَالشَّجَرُ يَسْجُدَانِ

Wannajmu washshajaru yasjudan

Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.

(7) وَالسَّمَاۤءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ الْمِيْزَانَۙ

Wassamaaa’a rafa’ahaa wa wada’al Meezan

Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,

(8) اَلَّا تَطْغَوْا فِى الْمِيْزَانِ

Allaa tatghaw fil meezaan

Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;

(9) وَاَقِيْمُوا الْوَزْنَ بِالْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا الْمِيْزَانَ

Wa aqeemul wazna bilqisti wa laa tukhsirul meezaan

Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.

(10) وَالْاَرْضَ وَضَعَهَا لِلْاَنَامِۙ

Wal arda wada’ahaa lilanaam

Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:


(11) فِيْهَا فَاكِهَةٌ وَّالنَّخْلُ ذَاتُ الْاَكْمَامِۖ

Feehaa faakihatunw wan nakhlu zaatul akmaam

Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;

(12) وَالْحَبُّ ذُو الْعَصْفِ وَالرَّيْحَانُۚ

Walhabbu zul ‘asfi war Raihaan

dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya.

(13) فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ

Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

(14) خَلَقَ الْاِنْسَانَ مِنْ صَلْصَالٍ كَالْفَخَّارِ

Khalaqal insaana min salsaalin kalfakhkhaar

Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar,

(15) وَخَلَقَ الْجَاۤنَّ مِنْ مَّارِجٍ مِّنْ نَّارٍۚ

Wa khalaqal jaaan mim maarijim min naar

dan Dia menciptakan jin dari nyala api tanpa asap.

(16) فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ

Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan

 Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

(17) رَبُّ الْمَشْرِقَيْنِ وَرَبُّ الْمَغْرِبَيْنِۚ

Rabbul mashriqayni wa Rabbul maghribayn

Tuhan (yang memelihara) dua timur dan Tuhan (yang memelihara) dua barat.

(18) فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ

Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

(19) مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيٰنِۙ

Marajal bahrayni yalta qiyaan

Dia membiarkan dua laut mengalir yang (kemudian) keduanya bertemu,

(20) بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيٰنِۚ

Bainahumaa barzakhul laa yabghiyaan

di antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.

(21) فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ

Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

(22) يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُۚ

Yakhruju minhumal lu ‘lu u wal marjaan

Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;

(23) فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ

Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(24) وَلَهُ الْجَوَارِ الْمُنْشَاٰتُ فِى الْبَحْرِ كَالْاَعْلَامِۚ

Wa lahul jawaaril mun sha’aatu fil bahri kal a’laam

Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;

(25) فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ ࣖ

Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(26) كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍۖ

Kullu man ‘alaihaa faan

Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:

(27) وَّيَبْقٰى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلٰلِ وَالْاِكْرَامِۚ

Wa yabqaa wajhu rabbika zul jalaali wal ikraam

Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:

(28) فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ

Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(29) يَسْـَٔلُهٗ مَنْ فِى السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِۗ كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِيْ شَأْنٍۚ

Yas’aluhoo man fissamaawaati walard; kulla yawmin huwa fee shaan

Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!

(30) فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ

Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?

(31) سَنَفْرُغُ لَكُمْ اَيُّهَ الثَّقَلٰنِۚ

Sanafrughu lakum ayyuhas saqalaan

Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!

(32) فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ

Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

يٰمَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْاِنْسِ اِنِ اسْتَطَعْتُمْ اَنْ تَنْفُذُوْا مِنْ

اَقْطَارِ السَّمٰوٰتِ

وَالْاَرْضِ فَانْفُذُوْاۗ لَا تَنْفُذُوْنَ اِلَّا بِسُلْطٰنٍۚ (33)

Yaa ma’sharal jinni wal insi inis tata’tum an tanfuzoo min aqtaaris samaawaati wal ardi fanfuzoo; laa tanfuzoona illaa bisultaan

Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!

(34)فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ

Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(35) يُرْسَلُ عَلَيْكُمَا شُوَاظٌ مِّنْ نَّارٍۙ وَّنُحَاسٌ فَلَا تَنْتَصِرَانِۚ

Yursalu ‘alaikumaa shuwaazum min naarinw-wa nuhaasun falaa tantasiraan

Kepada kamu (jin dan manusia), akan dikirim nyala api dan cairan tembaga (panas) sehingga kamu tidak dapat menyelamatkan diri (darinya).

(36) فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ

Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

(37) فَاِذَا انْشَقَّتِ السَّمَاۤءُ فَكَانَتْ وَرْدَةً كَالدِّهَانِۚ

Fa-izan shaqqatis samaaa’u fakaanat wardatan kaddihaan

Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti (kilauan) minyak.

(38) فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ

Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

(39) فَيَوْمَئِذٍ لَّا يُسْـَٔلُ عَنْ ذَنْۢبِهٖٓ اِنْسٌ وَّلَا جَاۤنٌّۚ

Fa-yawma’izil laa yus’alu ‘an zambiheee insunw wa laa jaann

Maka pada hari itu manusia dan jin tidak ditanya tentang dosanya.

(40) فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ

Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

يُعْرَفُ الْمُجْرِمُوْنَ بِسِيْمٰهُمْ فَيُؤْخَذُ بِالنَّوَاصِيْ

وَالْاَقْدَامِۚ (41)

Yu’raful mujrimoona biseemaahum fa’yu’khazu binna waasi wal aqdaam

Orang-orang yang berdosa itu diketahui dengan tanda-tandanya, lalu direnggut ubun-ubun dan kakinya.

(42) فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ

Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

هٰذِهٖ جَهَنَّمُ الَّتِيْ يُكَذِّبُ بِهَا الْمُجْرِمُوْنَۘ (43)

Haazihee jahannamul latee yukazzibu bihal mujrimoon

Inilah neraka Jahanam yang didustakan oleh orang-orang yang berdosa.

(44) يَطُوْفُوْنَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ حَمِيْمٍ اٰنٍۚ

Yatoofoona bainahaa wa baina hameemim aan

Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!

(45) فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ ࣖ

Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(46) وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهٖ جَنَّتٰنِۚ

Wa liman khaafa maqaama rabbihee jannataan

Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -

(47) فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِۙ

Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(48) ذَوَاتَآ اَفْنَانٍۚ

Zawaataaa afnaan

(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -

(49) فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ

Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(50) فِيْهِمَا عَيْنٰنِ تَجْرِيٰنِۚ

Feehimaa ‘aynaani tajriyaan

Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -

(51) فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ

Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.

(52) فِيْهِمَا مِنْ كُلِّ فَاكِهَةٍ زَوْجٰنِۚ

Feehimaa min kulli faakihatin zawjaan

Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).

(53) فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِۚ

Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

مُتَّكِـِٕيْنَ عَلٰى فُرُشٍۢ بَطَاۤىِٕنُهَا مِنْ اِسْتَبْرَقٍۗ وَجَنَا الْجَنَّتَيْنِ

دَانٍۚ (54)

Muttaki’eena ‘alaa furushim bataaa’inuhaa min istabraq; wajanal jannataini daan

Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.

(55) فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ

Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

فِيْهِنَّ قٰصِرٰتُ الطَّرْفِۙ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ اِنْسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا

جَاۤنٌّۚ (56)

Feehinna qaasiratut tarfi lam yatmishunna insun qablahum wa laa jaaann

Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;

(57) فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِۚ

Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(58) كَاَنَّهُنَّ الْيَاقُوْتُ وَالْمَرْجَانُۚ

Ka annahunnal yaaqootu wal marjaan

Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.

(59) فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ

Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(60) هَلْ جَزَاۤءُ الْاِحْسَانِ اِلَّا الْاِحْسَانُۚ

Hal jazaaa’ul ihsaani illal ihsaan

Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?

(61) فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ

Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

وَمِنْ دُوْنِهِمَا جَنَّتٰنِۚ (62)

Wa min doonihimaa jannataan

Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);

(63) فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِۙ

Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(64) مُدْهَاۤمَّتٰنِۚ

Mudhaaammataan

Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;

(65) فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ

Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(66) فِيْهِمَا عَيْنٰنِ نَضَّاخَتٰنِۚ

Feehimaa ‘aynaani nad daakhataan

Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:

(67) فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِۚ

Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(68) فِيْهِمَا فَاكِهَةٌ وَّنَخْلٌ وَّرُمَّانٌۚ

Feehimaa faakihatunw wa nakhlunw wa rummaan

Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,

(69) فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِۚ

Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(70) فِيْهِنَّ خَيْرٰتٌ حِسَانٌۚ

Feehinna khairaatun hisaan

Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;

(71) فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِۚ

Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(72) حُوْرٌ مَّقْصُوْرٰتٌ فِى الْخِيَامِۚ

Hoorum maqsooraatun fil khiyaam

Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;

(73) فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِۚ

Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(74) لَمْ يَطْمِثْهُنَّ اِنْسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَاۤنٌّۚ

Lam yatmis hunna insun qablahum wa laa jaaann

(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;

(75) فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِۚ

Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(76) مُتَّكِـِٕيْنَ عَلٰى رَفْرَفٍ خُضْرٍ وَّعَبْقَرِيٍّ حِسَانٍۚ

Muttaki’eena ‘alaa rafrafin khudrinw wa ‘abqariyyin hisaan

Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.

(77) فَبِاَيِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِۚ

Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


(78) تَبٰرَكَ اسْمُ رَبِّكَ ذِى الْجَلٰلِ وَالْاِكْرَامِ ࣖ

Tabaarakasmu Rabbika Zil-Jalaali wal-Ikraam

Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

Kelebihan & Manfaat Surah

Surah ar-Rahman amat baik dalam mengurangkan rasa gelisah dan kurang tenang dalam diri kita. Hakikatnya kita adalah manusia yang lemah dan tidak mampu untuk melakukan apa-apa.

Justeru itu, Allah yang telah menciptakan semua itu untuk manfaat manusia, maka seseorang itu tidak mampu berbuat apa-apa melainkan memuji Allah SWR atas keberkatanNya. 

Selain itu, surah ini juga dikatakan membersihkan hati seseorang daripada kejahatan dan munafik yang merupakan salah satu dosa besar.

Ia dibaca bagi seseorang yang mahu mencari keberkatan, jalan penyelesaian dan pengampunan daripada Allah.

Semoga dengan panduan membaca surah ar-Rahman ini dapat menjadikan kita semua semakin sayang dan mencintai kitab Al-Quran serta menghayati setiap bait ayatnya untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Sumber:

  1. Surah ar-Rahman Menyingkap Sifat Pemurah Allah SWT. Sinar Islam Plus
  2. Kelebihan Surah Ar Rahman Buatkan Anda Kerap Akan Membacanya. Bidadari
  3. Keutmaan Surah Ar-Rahman. Al-Mukhlisin
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.