Cara Mandi Sunat Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha

Selain daripada solat, mandi sunat hari raya merupakan salah satu daripada amalan yang dituntut untuk dilakukan pada pagi hari raya.

Tahukah anda bagaimana menyempurnakannya?

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsikan bagaikah cara dan panduan untuk mandi sunat hari raya yang anda boleh melakukan.

Sangat rugi jika anda tidak melakukan perkara ini kerana ia mudah untuk diikuti.

Pengenalan

Terdapat banyak jenis mandi sunat antaranya ialah mandi pada hari Jumaat. Ia boleh dilakukan sama ada pada awal pagi (seperti mandi untuk ke pejabat). Cuma afdalnya dilakukan sebelum pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Selain itu, mandi sunnah juga boleh dilakukan ketika berlakunya gerhana bulan atau matahari, sebelum solat istisqak (mandi minta hujan), selepas memandikan jenazah dan setelah memeluk agama Islam.

Mandi orang gila setelah sembuh, untuk berihram umrah atau haji, masuk ke Kota Makkah, tawaf mengelilingi Kaabah (haji, umrah atau tawaf sunat), sebelum wukuf di Arafah dan sebelum bermalam di Muzdalifah.

Mandi yang dilakukan setiap hari juga boleh menjadi ibadah atau sunnah jika ia diniatkan untuk ibadah serta mengikut sunah Nabi SAW dalam memelihara kebersihan.

Lafaz Niat Mandi Sunat Hari Raya

Mandi sunnah hari raya adalah antara amalan sunat hari raya yang biasa diamalkan oleh Rasulullah SAW sebelum keluar menunaikan solat hari raya.

Ini berdasarkan hadis riwayat daripada Ibnu Abbas katanya:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يغتسل يوم الفطر ويوم الأضحى

Maksudnya:

Adalah Rasulullah s.a.w mandi pada hari Aidilfiri dan hari Aidiladha

Sebelum mandi, anda hanya perlu berniat seperti berikut:

Lafaz Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidilfitri

Nawaitul ghusla li ‘idilfitri sunnatal lillahi taala

Sahaja aku mandi Aidilfitri sunnah kerana Allah Taala

Lafaz Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidiladha

Nawaitul Ghusla Li ‘idil Adha Sunnatan Lillahi Taala

Sahaja Aku Mandi Hari Raya Aidiladha sunnah Kerana Allah Taala.

Kemudian, mandilah seperti biasa sepertimana kita mandi setiap hari.

Waktu Afdhal

Waktu yang diharuskan untuk mandi sunnah hari raya adalah bermula dari tengah malam, tetapi waktu yang disunatkan adalah selepas terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Masa Mandi

Masa mandi sunat 2 hari raya ini adalah pada waktu pertengahan malan, iaitu bermulanya kira-kira jam 12 malam.

Disunatkan untuk mandi tersebut adalah bermulanya selepas terbit fajar sodiq dan berakhir waktu mandi itu ialah setelah ‘ghurub’ tenggelamnya matahari pada hari raya itu.

Cara Mengerjakan Mandi Sunat Hari Raya

Cara mengerjakan mandi ini adalah dengan membersihkan diri dan seluruh anggota badan.

Disunatkan juga untuk membuang bulu-bulu pada tubuh, kemaskan janggut, potong kuku, pakai wangi-wangian.

Kesimpulan

Mandi sunnah hari raya bukan sahaja dilakukan pada pagi aidilfitri malah ia juga turut dilaksanakan pada pagi hari raya aidiladha.

Membersihkan diri sebelum melakukan solat sunat hari raya ini adalah digalakkan oleh kerana dapat mengelakkan diri kita daripada sebarang kekotoran serta bau-bau yang tidak menyenangkan.

Semoga dengan perkongsian yang diberikan dapat menjadi amalan kita bersama.

Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.