5 Waktu Ziarah Kubur Yang Digalakkan Dalam Islam
Adakah terdapat waktu ziarah kubur yang dinyatakan dalam Islam berdasarkan Al-Quran dan Hadis?
Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan status waktu ziarah kubur yang digalakkan untuk anda datang melawat.
Baca juga:
Amalan ziarah kubur dalam Islam
Amalan ziarah kubur adalah suatu amalan yang menjadi kelaziman dan tradisi turun-temurun dalam masyarakat kita khususnya ketika musim perayaan dan sebagainya.
Tujuan kita menziarah ke tanah perkuburan adalah untuk berdoa dan menyedekahkan ayat-ayat suci kepada insan-insan yang telah lebih awal pergi menghadap Allah SWT.
Sungguhpun begitu, sesetengah orang ada yang berkeras perbuatan atau tradisi membaca Al-Quran atau surah Yasin di kalangan umat Islam ketika menziarah tanah perkuburan bid’ah.
Atas alasan Rasulullah SAW tidak pernah melakukan perbuatan tersebut. Namun pada hakikatnya, perbuatan itu tidak salah dari segi adab.
Bahkan kita disunatkan membaca al-Quran seperti surah Al-Fatihah, Al- Ikhlas, Al-Mauzatain atau membaca surah Yasin dan pahala bacaan itu dihadiahkan kepada ahli kubur kata Imam Ahmad RA.
Hukum ziarah kubur
Umumnya, hukum ziarah kubur adalah sunat mengikut kepada pendapat yang sahih. Hal ini berdasarkan kepada haids Rasulullah SAW yang berbunyi:
كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَن زِيَارَةِ القُبُور فَزُورُهَا
“Adalah aku dahulu telah melarang kamu menziarahi kubur, maka ziarahlah.” – (Hadis Riwayat Muslim)
Dalam riwayat lain pula, ada menceritkan bahawa Rasulullah SAW menziarahi kubur ibunya lalu baginda menangis dan orang disampingnya turut sama menangis, lalu baginda bersabda;
استأذنت ربي في أن أستغفرلها فلم يؤذن لي، واستأذنته في أن أزور قبرها فأذن لي، فزوروا القبور فانها تذكر الموت
“Aku meminta izin daripasa Tuhanku untuk aku beristighfar baginya (bagi ibuku), maka Dia tidak memberi keizinan kepadaku, dan aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya maka Dia (Allah) membenarkanku, maka ziarahilah kubur kerana ia boleh mengingatkan kepada kematian.” – (Hadis Riwayat Muslim)
Hukum ziarah kubur hari raya
Terdapat dua hukum kepada individu yang berziarah kubur pada hari raya atau bulan Ramadhan.
Hukum makruh: Tidak dibenarkan dan tidak digalakkan bahkan ia dianggap bidaah. Hal ini kerana, tidak terdapat nas yang menunjukkan Rasulullah SAW menziarahi kubur pada hari raya.
Bahkan Baginda SAW melayani tetamu dan saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain bagi menzahirkan kegembiraan.
Hukum harus: Tidak ada perintah dan larangan secara khusus di samping mengambil pendapat umum berkenaan dengan perintah ziarah kubur.
Antara ulama yang berpendapat hukumnya sunat adalah dalam Fatawa al-Hindiyyah yang menyebut: Sebaik hari ziarah kubur antaranya hari raya.
Justeru, selagi kita tidak beranggapan bahawa ziarah kubur pada hari raya adalah satu amalan sunat kerana jika beranggapan demikian hukumnya jatuh bid’ah.
Waktu ziarah kubur (afdal)
Tidak terdapat sebarang waktu yang ditetapkan untuk menziarah kubur dengan bulan atau minggu atau hari yang tertentu.
Anda boleh sahaja melakukan ziarah pada waktu yang anda berkepalangan pada bila-bila masa sahaja.
Sungguh pun ada sesetengah pendapat yang mengatakan afdal ziarah pada masa yang tertentu tetapi mereka tidak melarang ziarah pada hari-hari tertentu.
Faedah ziarah kubur
Terdapat banyak sebab mengapa Rasulullah SAW menggalakkan ziarah kubur.
Amalan itu memberi manfaat kepada orang ramai, baik yang hidup mahupun yang sudah mati:
- Dapat menunaikan hak sebagai seorang Muslim ke atas Muslim yang lain.
- Mengingatkan kita agar sentiasa mengingati mati bagi menginsafkan diri.
- Mengambil ikhtibar agar selalu mengingtai alam barzakh dan hari akhirat.
- Memberi keinsafan kepada kita bahawa kematian adalah sebahagian daripada qada Allah yang perlu diterima oleh semua makhluk Nya.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan waktu ziarah kubur dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- #2569: Waktu Khusus untuk Ziarah Kubur. Maktabah Al Bakri
- Irsyad Al-Fatwa Ke-42: Hukum Ziarah Kubur Pada Hari Raya. Mufti Wilayah Persekutuan