Doa Iftitah Dalam Solat, Amalan Sunat Yang Banyak Manfaatnya

Apakah doa iftitah yang perlu kita tahu? Bagaimanakah pula cara bacaannya yang betul dan sempurna? Artikel kali ini akan membantu anda untuk lebih memahami mengenai doa ini dengan lebih mendalam.

Apakah doa iftitah?

Iftitah bermakna pembuka dan ia adala lafaz bacaan doa yang dibaca di mana-mana solat fardhu atau sunat. Ada beberapa macam jenis doa iftitah yang dibaca oleh Rasulullah SAW dan sahabatnya, berdasarkan riwayat-riwayat yang sahih.

Berdasarkan penelitian Syaikh Muhammad Nashiruddin Al Albani Rahimahullah terhadap dalil-dalil doa iftitah, yang tercantum dalam kitab beliau Sifatu Shalatin Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam terdapat 12 jenis doa ini yang ada.

Hukum membaca doa iftitah

Hukum bagi membaca doa iftitah adalah sunat. Ia boleh dibaca atau tidak dibaca semasa mendirikan solat fardhu atau solat sunat.

Namun begitu, membaca doa tersebut selepas takbiratul ihram adalah sangat dituntut oleh Rasulullah SAW.

Lafaz bacaan dan maksud

“Allaahu akbaru kabiirawwalhamdu lillaahi katsiiraa. Wa subhaanallaahi bukratawwa aashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatoros samaawaati wal ardha haniifam-muslimaa. Wamaa anaa minal musyrikiin. Inna solaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiin. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin”

Maksudnya: “Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu dengan Nya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku daripada golongan muslimin.”

Kelebihan membaca doa iftitah

Sesungguhnya Abu Hurairah RA menceritakan bahawa:

“Adalah Rasulullah SAW apabila telah bertakbir memasuki solat (yakni takbiratul-ihram), baginda senyap seketika sebelum mula membaca (Al-Fatihah). Lalu aku bertanya baginda; ‘Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku melihat engkau senyap di antara takbir dan bacaan (Al-Fatihah). Apa yang engkau ucapkan?’. 

Baginda menjawab; ‘Aku membaca;

اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ، اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنْ خَطَايَايَ كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، اللَّهُمَّ اغْسِلْنِي مِنْ خَطَايَايَ بِالثَّلْجِ وَالْمَاءِ وَالْبَرَدِ

Maksudnya: “Ya Allah! Jauhkanlah aku dari dosa-dosaku sebagaimana Engkau menjauhkan Timur dan Barat. Ya Allah! Bersihkanlah daku dari dosa-dosaku sebagaimana dibersihkan pakaian putih dari kotoran. Ya Allah! Sucikanlah daku dari dosa-dosaku dengan salji, air dan embun.” – (Hadis Riwayat Imam Muslim)

https://www.youtube.com/watch?v=IP9L6PoX3kA

Sumber:

  1. Keindahan Doa Iftitah. Ceria Sihat
  2. Al-Kafi #1117: Doa Iftitah Dalam Solat-Solat Sunat. Mufti Wilayah Persekutuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *