Qada Solat Sunat Subuh Lepas Matahari Terbit, Boleh Ke?

Qada solat sunat subuh apabila matahari sudah terbit, hukumnya adalah dibolehkan dengan anjuran yang lebih baik iaitu solat bersama dengan solat fardhu.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan qada solat sunat yang perlu anda tahu.

Baca juga:

Apa itu qada solat?

Qadha’ solat adalah solat yang dilakukan untuk menggantikan solat fardhu yang tertinggal, sama ada disengaja atau tidak disengaja.

Walaupun solat fardhu seharusnya dilakukan pada waktu yang ditetapkan, Islam mengizinkan seseorang untuk mengqadhakan solat sebagai rahmat dan kemudahan bagi umatnya.

Dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Kemudian apabila kamu telah selesai (dari solat), maka ingatlah Allah di waktu kamu berdiri, di waktu kamu duduk, dan di waktu kamu berbaring.

Kemudian apabila kamu telah merasa aman (selesai solat), maka dirikanlah solat itu (seperti biasa). Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditetapkan atas orang-orang mukmin pada waktu-waktu yang telah ditentukan.” – (Surah An-Nisa, ayat 103)

Hukum qada solat sunat

Hukum qada solat sunat adalah bergantung kepada jenis-jenis solat sunat itu sendiri iaitu solat sunat yang tidak terikat dengan waktu dan solat sunat yang terikat dengan waktu.

Bagi kategori solat sunat yang terikat dengan waktu seperti solat sunat dua hari Raya, solat sunat rawatib dan solat sunat witir, hukumnya adalah sunat untuk di qada jika tertinggal.

Manakala bagi kategori solat sunat kerana peristiwa atau keadaan tertentu seperti solat sunat gerhana, maka ia tidak boleh digantikan sama sekali.

Apakah jenis qada solat sunat?

Dua kategori qada solat sunat adalah bergantung kepada jenis-jenis solat sunat itu sendiri iaitu solat sunat yang tidak terikat dengan waktu dan solat sunat yang terikat dengan waktu.

Hukum qada solat sunat subuh bila terbit matahari

qada solat sunat

Hukum qada solat sunat subuh bila terbit matahari adalah dibolehkan.

Hal ini sebagaimana yang telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA pula meriwayatkan bahawa, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ لَمْ يُصَلِّ رَكْعَتَىِ الْفَجْرِ فَلْيُصَلِّهِمَا بَعْدَ مَا تَطْلُعُ الشَّمْسُ

Maksudnya: “Siapa yang tidak solat sunat dua rakaat sebelum Subuh, maka hendaklah dia menggantikannya setelah matahari terbit.” – (Hadis Riwayat al-Tirmizi, No. 423)

Sama juga seperti mana yang telah diriwayatkan oleh Qais bin Amir  beliau menyatakan bahawa:

رَأَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا يُصَلِّي بَعْدَ صَلاةِ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ . فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَصَلاةَ الصُّبْحِ مَرَّتَيْنِ ؟ فَقَالَ لَهُ الرَّجُلُ: إِنِّي لَمْ أَكُنْ صَلَّيْتُ الرَّكْعَتَيْنِ اللَّتَيْنِ قَبْلَهُمَا ، فَصَلَّيْتُهُمَا . قَالَ: فَسَكَتَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

MaksudnyaNabi SAW melihat seorang lelaki yang solat dua rakaat selepas solat Subuh. Maka Baginda SAW bertanya kepadanya:

“Adakah engkau solat Subuh sebanyak dua kali?” Lelaki itu menjawab: “Aku tidak sempat solat sunat sebelum solat Subuh, maka aku menggantikannya.” Maka Nabi SAW pun diam.” – (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 1267 dan Ibn Majah, No. 1209)

Namun begitu adalah lebih baik dan sangat digalakkan untuk seseorang itu menunaikan qada solat sunat subuh bersama solat fardhu.

Qada’ Solat Sunat | Ustaz Azhar Idrus

“Sesungguhnya solat itu ialah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”

Surah Al-Nisa, ayat 103

Peringatan kepada mereka yang tinggalkan solat

qada solat sunat

Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang memudahkan dan mensia-sia akan sembahyang lima waktu, nescaya akan diseksa oleh Allah SWT dengan lima belas siksa. Enam didalam dunia, tiga ketika hendak mati, tiga didalam kubur, dan tiga lagi semasa waktu bangun dari kubur menuju akhirat.”

1. Enam seksaan semasa di dunia

  • Umur tidak diberkati, hidup panjang tetapi kosong dari amalan kebajikan.
  • Rezeki tidak diberkati.
  • Tipadamkan tanda mukanya dari orang-orang yang soleh.
  • Tiada mendapat bahagian dari doa orang-orang yang soleh.
  • Tiap-tiap amalannya tidak diterima oleh Allah.
  • Tidak diangkat doanya, doanya tidak dimakbulkan oleh Allah.

2. Tiga seksaan semasa hendak mati

  • Mati dalam keadaan sangat hina, tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah.
  • Dimatikan oleh Allah dalam keadaan dahaga, walaupun diberi minum dengan air laut, ia tidak dapat menghilangkan dahaganya.
  • Mati dalam keadaan yang sangat lapar.

3. Tiga seksaan semasa di dalam kubur

  • Allah menyempitkan kuburnya sehingga berlaga tulang rusuk kanan dengan tulang rusuk kiri.
  • Dibukakan salah satu pintu neraka di dalam kuburnya.
  • Allah mewakilkan seorang malaikat untuk menyiksanya sehingga hari kiamat bersama seekor ular yang bernama Suju’al Akruk yang matanya dari neraka, kukunya dari besi neraka, dan panjang kukunya sehari perjalanan, dan suaranya seperti petir.

4. Semasa hari kiamat

  • Turun seorang malaikat dari langit iaitu malaikat azab dengan rantai dari api neraka yang panjang tujuh puluh hasta dengan menusukkan rantai tersebut kedalam mulutnya hingga keluar rantai itu melalui duburnya dan menghela sekali dibahagian muka dan belakangnya.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan qada solat sunat dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. #194: Qadha Solat Sunat. Maktabah Al Bakri
  2. #3556: Menqadha’kan Solat Sunat Subuh Setelah Terbit Matahari. Maktabah Al Bakri
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.