Solat Jenazah Ghaib Lelaki (Panduan Lengkap)
Bagaimanakah caranya untuk mendirikan solat jenazah ghaib lelaki? Dan apakah pula manfaat yang boleh kita peroleh dari ibadah ini?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan panduan lengkap solat jenazah ghaib lelaki.
Baca juga:
Apa itu solat jenazah ghaib?
Solat jenazah ghaib bermaksud solat yang dilaksanakan di negeri yang lain yang berada jauh dari negeri asalnya.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA :
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نَعَى النَّجَاشِيَّ فِي الْيَوْمِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ، خَرَجَ إِلَى الْمُصَلَّى، فَصَفَّ بِهِمْ وَكَبَّرَ أَرْبَعًا
“Sesungguhnya Rasulullah SAW memberitahu akan berita kematian al-Najasyi ketika hari kematiannya. Baginda SAW keluar ke musolla, membuat saf dan bertakbir sebanyak empat kali.” - (Riwayat al-Bukhari, No. 1245 dan Muslim, No. 951)
Waktu solat jenazah ghaib
Solat jenazah ghaib boleh didirikan dari bermulanya berita kematian dan berlanjutan selama tiga hari.
Disyaratkan tiga hari kerana itu adalah tempoh bertakziah bagi kebanyakkan kitab-kitab fiqh.
Syarat solat jenazah ghaib
Berikut adalah syarat solat jenazah ghaib yang perlu anda tahu:
- Solat jenazah ghaib dilakukan di negeri yang berlainan dengan keberadaan mayat.
- Solat jenazah ghaib tersebut dilaksanakan setelah dimandikan mayat tersebut.
Cara mendirikan solat jenazah ghaib lelaki
Pertama: Bertakbiratul ihram sambil berniat solat Jenazah. Contoh lafaz niat adalah seperti berikut: “Sahaja aku solat ke atas mayat ini fardhu kerana Allah Taala.”
Kedua: Setelah bertakbir, letakkan kedua-dua tangan ke dada sebagaimana solat biasa, kemudian bacalah Al-Fatihah.
Ketiga: Setelah selesai membaca Al-Fatihah, bertakbir pula kali kedua sambil mengangkat kedua-dua tangan hingga ke cuping telinga. Kemudian meletakannya semula ke dada, dan bacalah apa-apa selawat ke atas Nabi SAW.
Keempat: Bertakbir kali ketiga dan diikuti dengan mendoakan mayat. Kemudian baca juga doa seperti berikut:
اللَّهُمَّ ارْحَمهُ أوِ اغْفِرلَه
Ya Allah! Rahmatilah dia. Atau Ya Allah! Ampunilah dia
Kelima: Bertakbir kali keempat, kemudian berdoa:
اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ
"Ya Allah! Janganlah Engkau tahan pahalanya daripada kami dan janganlah timbulkan fitnah kepada kami selepas kematiannya serta ampunilah kami dan dia.”
Keenam: Memberi salam sebanyak dua kali, iaitu ke kanan dan ke kiri seperti mana solat-solat yang lain.
Manfaat buat solat jenazah ghaib
Berikut adalah beberapa manfaat yang mungkin terkait dengan solat jenazah ghaib:
1. Menyampaikan doa dan penghormatan
Dengan melakukan solat jenazah ghaib, kita dapat menyampaikan doa dan penghormatan terakhir kepada orang yang telah meninggal.
Meskipun tidak secara terus, solat ini merupakan cara bagi kita untuk mengekspresikan perasaan dan fikiran kita terhadap orang yang telah pergi.
2. Meningkatkan kesedaran akan kematian
Solat jenazah ghaib dapat menjadi pengingat yang kuat akan kematian dan kehidupan akhirat.
Dalam melakukan solat ini, kita diingatkan akan sementara dan rapuhnya kehidupan dunia, serta pentingnya persiapan untuk kehidupan setelah mati.
3. Menjalin hubungan dengan Allah
Solat jenazah ghaib adalah bentuk ibadah kepada Allah SWT. Dengan melakukan solat ini, kita menjalankan kewajiban agama kita dan meningkatkan hubungan spiritual dengan Allah.
Hal ini dapat memperkuat ikatan kita dengan Nya dan meningkatkan kesedaran akan tujuan hidup kita di dunia ini.
Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai solat jenazah ghaib lelaki ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat dalam hidup.
Sumber:
- Panduan Solat Jenazah Ghaib (Ramai). JAKIM
- Al-Kafi 968: Kaifiat Solat Jenazah Ghaib. Mufti Wilayah Persekutuan