Panduan Lengkap Cara Solat Jenazah Lelaki & Perempuan, Niat & Berserta Doa

Apakah panduan cara solat jenazah yang ringkas dan lengkap? Artikel pada kali ini akan berkongsi kepada anda solat jenazah bagi lelaki dan perempuan berserta doa yang boleh dibaca untuk mendoakan kebaikan bagi mereka yang sudah meninggal dunia.

Maksud solat jenazah

Menurut Imam Al-Ramli, perkataan jenazah apabila dijamakkan ia adalah al-Jana’iz. Dari segi bahasa janazah atau jenazah bererti nama bagi mayyit (mayat) yang diletakkan di atas keranda. Manakala dari segi istilah pula, jenazah adalah seseorang yang meninggal dunia dan telah terpisah rohnya dari badan. Tanggungjawab umat Islam yang masih hidup adalah untuk solat jenazah bagi mereka yang telah meninggal dunia.

Hukum & dalil berkenaan pensyariatannya

Berdasarkan ijmak ulama, solat jenazah ke atas jenazah yang bukan mati syahid adalah fardhu kifayah bagi umat Islam yang masih hidup di kawasan tersebut. Jelasnya, sekiranya ada seorang sekalipun yang melaksanakan solat jenazah bagi si mati maka terlepaslah segala kewajipan tersebut ke atas orang lain.

Adapun ia sunat dilakukan secara berjemaah tetapi masih sah sekiranya dilakukan bersendirian. Ini berdasarkan berkata Salamah bin Al-Akwa RA,

Maksudnya: “Pada suatu ketika kami sedang duduk di sisi Nabi SAW, lalu ketika itu dibawa jenazah. Baginda berkata: Solatlah sahabat kamu itu.” – (Hadis Riwayat Bukhari).

Pensyariatan solat jenazah pula adalah berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah RA, katanya:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَعَى النَّجَاشِىَّ فِى الْيَوْمِ الَّذِى مَاتَ فِيهِ، خَرَجَ إِلَى الْمُصَلَّى، فَصَفَّ بِهِمْ وَكَبَّرَ أَرْبَعًا

Maksudnya: “Rasulullah SAW bersedih atas kematian al-Najasyi, lalu baginda keluar ke tempat solat, berbaris bersama-sama sahabat dan bersolat sebanyak empat kali.” – [Hadis Riwayat Al-Bukhari (1188) dan Muslim (951)]

Rukun solat jenazah

Terdapat 7 rukun solat jenazah kesemuanya iaitu:

  • Berniat dengan niat yang sempurna.
  • Berdiri betul. Untuk solat jenazah ia hanya dilakukan dengan berdiri, tanpa rukuk dan sujud.
  • Melakukan 4 kali takbir.
  • Membaca surah Al-Fatihah selepas takbir pertama (takbiratul ihram).
  • Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW selepas takbir kedua.
  • Membaca doa ke atas jenazah selepas takbir ketiga.
  • Memberi salam sesudah selesai takbir yang keempat.

Niat bagi solat jenazah

Setiap solat jenazah yang dilakukan berbeza niatnya bagi jantina, usia, dan posisi sebagai (imam/makmum).

Lafaz niat jenazah lelaki

أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

Usolli ‘ala hazihil maiyiti arba’a takbiratin fardho kifayati lillahi taala

Maksudnya: “Sahaja aku solat atas mayat lelaki ini, empat kali takbir fardhu kifayah kerana Allah taala.”

Lafaz niat jenazah perempuan

أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

Usolli ‘ala hazihil maiyitati arba’a takbiratin fardho kifayati lillahi taala

Maksudnya: “Sahaja aku solat atas mayat perempuan ini, empat kali takbir fardhu kifayah kerana Allah taala.”

Lafaz niat jenazah kanak-kanak lelaki

أُصَلِّى عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ الطِفْلِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

Usolli ‘ala hazihil maiyiti tifli arba’a takbiratin fardho kifayati lillahi taala

Maksudnya: “Sahaja aku solat atas mayat kanak-kanak lelaki ini, empat kali takbir fardhu kifayah kerana Allah taala.”

Lafaz niat jenazah kanak-kanak perempuan

أُصَلِّى عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ الطِفْلَةِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

Usolli ‘ala hazihil maiyitati tifli arba’a takbiratin fardho kifayati lillahi taala

Maksudnya: “Sahaja aku solat atas mayat kanak-kanak perempuan ini, empat kali takbir fardhu kifayah kerana Allah taala.”

Lafaz niat sebagai imam

 أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ إِمَامًا للهِ تَعَالَى

Usolli ‘ala hazihil maiyitati arba’a takbiratin fardho kifayati imaman lillahi taala

Maksudnya: “Sahaja aku solat atas mayat perempuan ini, empat kali takbir fardhu kifayah menjadi imam kerana Allah taala.”

Lafaz niat sebagai makmum

أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ مَاْمُوْماً للهِ تَعَالَى

Usolli ‘ala hazihil maiyitati arba’a takbiratin fardho kifayati Makmuman lillahi taala

Maksudnya: “Sahaja aku solat atas mayat perempuan ini, empat kali takbir fardhu kifayah menjadi makmum kerana Allah taala.”

Kedudukan jenazah

Juga terdaapt perbezaan dari segi kedudukan jenazah semasa disolatkan mengikut jantina sama ada lelaki atau perempuan.

Jenazah lelaki: Kepala jenazah perlu diletakkan pada sebelah kiri imam dengan kebanyakkan bahagian badan jenazah di sebalah kanan imam. Imam berdiri di bahagian kepalanya.

Jenazah wanita atau kunsa: Kepala jenazah diletakkan pada sebelah kanan imam dan imam berdiri di bahagian punggungnya.

Cara solat jenazah lelaki & perempuan

Apa yang paling utama dalam cara solat jenazah adalah ia tidak memerlukan azan atau iqamat. Begitu juga tiada rukuk dan sukud yang perlu dilakukan bagi setiap rakaat. Ini bermakna keadaan kita semasa mendirikan solat jenazah adalah berdiri dari awal sehingga akhir.

Takbir pertama

  1. Berdiri tegak dan berniat untuk solat jenazah.
  2. Membaca surah Al-Fatihah.

Takbir kedua

  1. Angkat takbir kedua dan berselawat.

  Allahumma solli a’la sayyidina muhammad 

Takbir ketiga

  1. Angkat takbir ketiga dan baca doa minta ampun untuk jenazah.

Takbir keempat

  1. Angkat takbir keempat dan membaca doa.
  2. Memberikan salam.

Doa yang boleh diamalkan

Antara doa yang boleh dibaca bagi memohon keampunan dan kesejahteraan bagi jenazah tersebut adalah seperti di bawah ini:

Doa pendek untuk jenazah lelaki

Maksudnya: “Ya Allah ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan ampunilah dosa dan kesalahannya.”

Doa pendek untuk jenazah perempuan

Maksudnya: “Ya Allah ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan ampunilah dosa dan kesalahannya..”

Doa yang afdhal untuk jenazah lelaki

Maksudnya: “Ya Allah, ampunkanlah jenazah ini, kasihanilah dia, sejahterakan dan selamatkan dia. Muliakanlah kedudukannya, lapangkan ruang kuburnya. Mandikanlah dia dengan air, salji dan embun suci. Lupuskan dia daripada segala noda dosa, sebagaimana Engkau bersihkan baju putih daripada kotoran.

Gantikan baginya tempat tinggal yang lebih baik dari tempat kediaman sebelum ini. Berikan kepadanya ahli keluarga yang lebih baik daripada ahli keluarganya, pasangan yang lebih baik daripada pasangannya yang ada. Hindarkanlah dia (Ya Allah) daripada seksa kubur dan seksa neraka.”

Doa yang afdhal untuk jenazah perempuan

Maksudnya: “Ya Allah, ampunkanlah jenazah ini, kasihanilah dia, sejahterakan dan selamatkan dia. Muliakanlah kedudukannya, lapangkan ruang kuburnya. Mandikanlah dia dengan air, salji dan embun suci. Lupuskan dia daripada segala noda dosa, sebagaimana Engkau bersihkan baju putih daripada kotoran.

Gantikan baginya tempat tinggal yang lebih baik dari tempat kediaman sebelum ini. Berikan kepadanya ahli keluarga yang lebih baik daripada ahli keluarganya, pasangan yang lebih baik daripada pasangannya yang ada. Hindarkanlah dia (Ya Allah) daripada seksa kubur dan seksa neraka.”

Amalan sunat dalam sembahyang jenazah

Beberapa perkara sunat yang berlaku dalam solat jenazah adalah seperti:

  • dilakukan secara berjemaah.
  • mengangkat kedua-dua tangan untuk keempat-empat takbir.
  • meletakkan tangan di bawah dada selepas mengangkat takbir.
  • mengucapkan “amin” selepas membaca surah Al-Fatihah.
  • membaca ta’awwuz
  • memperlahankan bacaan dalam solat.
  • berdiri dalam tiga saf atau lebih.
  • tahmid sebelum selawat ke atas Nabi SAW.
  • doa ke atas muslimin dan muslimat.
  • membaca doa selepas takbir keempat.
  • memberikan salam yang kedua.

Harapnya, perkongsian pada kali ini memberikan anda sedikit informasi yang berguna dan bermanfaat bagi kehidupan seharian. Kematian adalah kesedaran bagi manusia yang masih hidup bahawa suatu hari nanti kita juga akan kembali kepada Nya.

Kematian itu rahsia bagi setiap orang. Oleh yang demikian, persiapkanlah segala amal kebaikan agar kita mampu meninggal dalam keadaan husnul khatimah.

Sumber:

  1. Ensiklopedia Solat, Terbitan Telaga Biru (2011)
  2. #550: Jumlah Jemaah Untuk Solat Jenazah. Maktabahalbakri
  3. Al-Kafi #968: Kaifiat Solat Jenazah Ghaib. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.