Talqin Jenazah dan Doa Selepas Talqin (Dalam Rumi & Terjemahan)

Apakah perkara-perkara penting yang perlu anda tahu tentang amalan talqin jenazah?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan panduan membaca talqin jenazah dan doa yang boleh diamalkan selepasnya.

Baca juga:

Apa itu talqin?

Menurut kamus Dewan Edisi ke-4, talqin bermaksud petunjuk atau peringatan tentang soal jawab di dalam kubur yang dibacakan kepada jenazah orang Islam selepas sahaja ia dikebumikan.

Intipati pada talqin ini mempunyai dua unsur penting yang perlu anda tahu pertama (seruan, ajaran, dan peringatan) dan kedua (doa).

Tujuan membaca talqin

Tujuan di sebalik budaya membaca talqin itu, tidak lain tidak bukan ialah untuk memberi peringatan kepada orang yang sudah mati dan juga orang yang masih hidup

Ini jelas dalam peringatan Allah SWT dalam surah Az-Zariyat, ayat 55 bermaksud:

“Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin.”

Hukum membaca talqin jenazah

Dari pandangan Syeikh Ibn Taimiyyah berkata bahawa para ulama berlaku khilaf dalam menentukan mengenai hukum membaca talqin jenazah ini.

Namun kesemuanya bersepakat bahawa perbuatan atau amalan tersebut bukanlah suatu perkara yang wajib untuk dibuat.

Malah talqin juga tidak pernah diamalkan oleh kaum Muslimin pada zaman Rasulullah SAW dan khalifah yang empat. Namun ia diamalkan oleh sebahagian para sahabat Baginda, seperti Abu Umamah dan Wathilah bin al-Asqa’ R.Anhuma.

Mazhab Hanbali memberi keringanan untuk mengamalkannya, manakala ulama dari mazhab Syafie mensunatkannya.

Imam Nawawi menyatakan dalam al-Majmu’:

قَالَ جَمَاعَاتٌ مِنْ أَصْحَابِنَا يُسْتَحَبُّ تَلْقِينُ الْمَيِّتِ عَقِبَ دَفْنِهِ

"Sebilangan besar para ulama ashab mazhab Syafie menyatakan bahawa disunatkan talqin ke atas jenazah selepas pengebumiannya." - (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab)

Hukum sunat ini pula hanya terpakai bagi jenazah mukalaf yang telah mencapai umur akil baligh. Hal ini dinyatakan oleh Imam al-Ramli:


وَلَا يُلَقَّنُ طِفْلٌ وَلَوْ مُرَاهِقًا وَمَجْنُونٌ لَمْ يَتَقَدَّمْهُ تَكْلِيفٌ كَمَا قَيَّدَ بِهِ الْأَذْرَعِيُّ لِعَدَمِ افْتِتَانِهِمَا

"Jenazah kanak-kanak yang belum baligh itu tidak ditalqinkan, meskipun dia telah mencapai umur awal remaja, begitu juga jenazah orang gila yang tidak didahului dengan taklif sebelumnya menurut pengikat yang dinyatakan oleh al-Azra’ie; hal ini kerana kedua-dua kanak-kanak dan orang gila tidak disoal di dalam kubur." - (Rujuk Tuhfah al-Habib ‘ala Syarh al-Khatib)

Justeru, jenazah kanak-kanak tidak disunatkan untuk ditalqinkan.

Contoh talqin bagi jenazah lelaki & perempuan

Berikut adalah teks penuh bacaan talqin yang boleh anda bacakan bagi jenazah lelaki dan perempuan yang sudah akhil baligh.

Talzin jenazah lelaki

“Maha Suci Allah, Tuhan Yang Maha Gagah, Tunggal dengan Kekuasaan dan Kekal Selama-Lamanya. Allah yang telah menggagahi hamba-hambaNya dengan mati dan binasa untuk menilai kedudukan amal bakti.”

kalau-kalau siapakah di antara kamu yang telah berjasa, bahawa sesungguhnya amal usaha kamu itu kelak (pada Hari Akhirat) akan diperlihatkan segala sesuatu pastilah binasa dan tetap kekal hanyalah zat Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Baginya segala macam hukuman dan kepadanya kamu sekalian akan berbicara.

“Tiap-tiap yang bernyawa akan mati dan bahawa sesungguhnya akan disempurnakan balasan-balasan pahala kamu pada han akhirat kelak. Maka barang siapa dielakkan daripada tercebur ke dalam neraka dan sebaliknya dimasukkan pula ke dalam syurga, maka dialah orang yang benar-benar berjaya. Hidup di dunia ini hanyalah hidup suka-suka buat sementara waktu yang penuh dengan tipu daya”

”Daripada tanah kamu telah kami jadikan, ke dalam tanah kamu akan kami kembalikan, dan dari dalam tanah pula kamu akan kami keluarkan pada suatu hari ketika nanti. Daripada tanah kamu telah kami jadikan iaitu untuk mencari ganjaran dan pahala, ke dalam tanah kamu kami kembalikan iaitu untuk habuan ulat dan tanah juga”.

“Dengan nama Allah dan dengan keagungan Allah, berpunca daripada Allah dan berbalik kepada Allah, dan atas milah dia Qiamat iaitu sesuatu yang telah dijanjikan oleh Allah dan benar sungguhlah Rasul-rasul itu bahawa tiadalah Qiamat itu, melainkan Tempikan yang sekali sahaja, maka sekonyong-konyong manusia itu semuanya mati”.

“Wahai hamba Allah, anak daripada dua hamba Allah, semoga kamu dikurniakan rahmat oleh Allah, dunia ini telah pergi meninggalkan kamu dan kamu pula telah meninggalkan segala perhiasan dunia, sekarang kamu telah berada di Alam Barzakh (iaitu satu daripada beberapa banyak lagi alam.”

Kerana menunggu Akhirat), oleh yang demikian janganlah pula kamu lupa ikatan janji taat setiamu yang ada semasa kamu meninggalkan kami waktu menuju Alam Akhirat, iaitu pengakuan bahawa Tiada Tuhan Yang Disembah Dengan Sebenar-Benarnya Melainkan Allah, Muhammad Itu Pesuruh Allah”.

“Apabila tiba dua malaikat yang kedua-duanya sebagai Wakil daripada Allah untuk menyoal kamu dan orang-orang lain yang sudah mati seperti kamu, maka tiadalah kiranya kamu menjadi terkejut atau merasa gerun kerana kedua-dua malaikat itu sama seperti kamu sebagai makhluk Allah”.

Apabila tiba kedua-dua malaikat itu dan dia bertanyakan kamu, Siapa Tuhan Kamu, Siapa Nabi Kamu, Apa Agama Kamu, Apa Kepercayaan Kamu, Apa Ikutan Kamu, Apa Kiblat Kamu, Siapakah Saudara Kamu?. Apa Keyakinan Kamu Semasa Mati Kamu, maka jawabkan :

Allah Tuhanku dan apabila malaikat itu bertanya lagi maka jawabkan juga, Allah Tuhanku, dan apabila kedua-duanya bertanya untuk kali ketiganya, iaitu pertanyaan terakhir menentukan kebaikan, maka jawabkanlah : bahawa Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran Ikutanku.”

Orang-orang Islam Seluruhnya Saudara Kepada Aku, Aku Telah Hidup, Malah Telahpun Mati Tetapi Aku Tetap Dengan Pengakuanku Bahawa Tiada Tuhan Yang Disembah Sebenar-Benarnya Melainkan Allah Dan Bahawasanya Muhammad Itu Sebenar-Benarnya Pesuruh Allah.”

“Peganglah wahai hamba Allah dengan keterangan ini dan ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau akan tetap tinggal di Alam Barzakh ini hingga ke suatu masa apabila sekelian penghuni kubur dibangkitkan kerana berbicara di hadapan Tuhan”.

“Maka apabila ditanyakan berkenaan seorang Lelaki yang telah dilantik untuk kamu dan makhluk-makhluk lain sekelian, maka katakan bahawa orang itu ialah Muhammad Rasulullah SAW. yang telah mengemukakan kepada kami penjelasan-penjelasan nyata dan benar daripada Tuhannya. Kami telah ikuti dan percaya akan dia. Malah kami akukan yang ia betul benar dengan Kerasulannya. Maka sebaik-baik sahaja selepas masing-masing berundur, katakanlah :-

yang bererti ”Cukuplah untukku hanya Allah, tiada tuhan yang disembah yang sebenar-benarnya melainkan Dia. Kepadanya aku berserah, Dialah Tuhan yang empunya pemerintahan yang maha besar”.

“Ketahujlah wahai hamba Allah, bahawa sesungguhnya Mati itu adalah benar, masuk ke Liang Kubur itu adalah benar, Soalan-Soalan Munkar dan Nakir itu adalah benar, Bangkit Semula Dari Kubur itu adalah benar, Menghitung Amalan Baik Buruk Yang Telah Dilakukan itu adalah benar”

Timbangan Menentukan Mana Yang Lebih Banyak Di Antara Kerja-Kerja Yang Buruk itu adalah juga benar, Meniti Siratulmustaqim Yang Menentukan Sama Ada Ke Syurga Atau Ke Neraka itu pun adalah benar dan Bahawa Sesungguhnya Allah Akan Menghidupkan Semula Sekelian Penghuni Kubur”.

“Semoga Allah tetapkan kamu dengan perkataan yang tetap (diulangi sebanyak tiga kali,) ditetapkan oleh Allah orang-orang yang beriman dengan perkataan yang tetap (kalimah tauhid di dunia dan akhirat)”

“Firman Allah yang bererti (wahai jiwa yang tenang tenteram, kembalilah kamu kepada Tuhanmu dalam keadaan meredhai dan diredhai, masuklah kamu ke dalam golongan hamba hambaKu yang soleh dan masuklah kamu ke dalam syurgaKu) .”

Talzin jenazah perempuan

“Maha Suci Allah, Tuhan Yang Maha Gagah, Tunggal dengan kekuasaan dan Kekal selama-lamanya. Allah yang telah menggagahi hamba-hambaNya dengan mati dan binasa untuk menilai kedudukan amal bakti.”

“kalau-kalau siapakah di antara kamu yang telah berjasa, bahawa sesungguhnya amal usaha kamu itu kelak (pada hari akhirat) akan diperlihatkan segala sesuatu pastilah binasa dan tetap kekal hanyalah zat Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Baginya segala macam hukuman dan kepadanya kamu sekelian akan berbicara.”

“Tiap-tiap yang bernyawa akan mati dan bahawa sesungguhnya akan disempurnakan balasan-balasan pahala kamu pada hari akhirat kelak. Maka barang siapa dielakkan daripada tercebur ke dalam neraka dan sebaliknya dimasukkan pula ke dalam syurga, maka dialah orang yang benar-benar berjaya. Hidup di dunia ini hanyalah hidup suka-suka buat sementara waktu yang penuh dengan tipu daya”.

“Daripada tanah kamu telah kami jadikan, ke dalam tanah kamu akan kami kembalikan, dan dari dalam tanah pula kamu akan kami keluarkan pada suatu hari ketika nanti. Daripada tanah kamu telah kami jadikan iaitu untuk mencari ganjaran dan pahala, ke dalam tanah kamu kami kembalikan iaitu untuk habuan ulat dan tanah juga “

“Dengan nama Allah dan dengan keagungan Allah, berpunca daripada Allah dan berbalik kepada Allah, dan atas agama Nabi Muhammad SAW, inilah dia Qiamat iaitu sesuatu yang telah dijanjikan oleh Allah dan benar sungguhlah Rasul-Rasul itu bahawa tiadalah Qiamat itu, melainkan tempikan yang sekali sahaja, maka sekonyong-konyong manusia itu semuanya mati.”

“Wahai Hamba Allah, anak dariada dua hamba Allah, semoga kamu dikurniakan rahmat oleh Allah, dunia ini telah pergi meninggalkan kamu dan kamu pula telah meninggalkan segala perhiasan dunia, sekarang kamu telah berada di Alam Barzakh (iaitu satu daripada beberapa banyak lagi alam.

“Kerana menunggu Akhirat. Oleh yang demikian, janganlah pula kamu lupa ikatan janji taat setiamu yang semasa kamu meninggalkan kami waktu menuju Alam Akhirat, iaitu pengakuan bahawa Tiada Tuhan Yang Disembah Dengan Sebenar-Benarnya Melainkan Allah, Muhammad Itu Pesuruh Allah.”

Apabila tiba dua malaikat yang kedua-duanya sebagai wakil daripada Allah untuk menyoal kamu dan orang-orang lain yang sudah mati seperti kamu, maka tiadalah  kiranya kamu menjadi terkejut atau merasa gerun kerana kedua-dua malaikat itu sama seperti kamu sebagai makhluk Allah”.

“Apabila tiba kedua-dua malaikat itu dan dia bertanyakan kamu, Siapa Tuhan Kamu, Siapa Nabi Kamu, Apa Agama Kamu, Apa Kepercayaan Kamu, Apa Ikutan Kamu, Apa Kiblat Kamu, Siapakah Saudara Kamu? Apa Keyakinan Kamu Semasa Mati Kamu.”

“Maka jawabkan : Allah Tuhanku dan apabila malaikat itu bertanya lagi maka jawabkan juga, Allah Tuhanku, dan apabila kedua-duanya bertanya untuk kali ketiganya, iaitu pertanyaan terakhir menentukan kebaikan, maka jawabkanlah : bahawa Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran Ikutanku.”

Orang-Orang Islam Seluruhnya Saudara Kepada Aku, Aku Telah Hidup, Malah Telahpun Mati Tetapi Aku Tetap Dengan Pengakuanku Bahawa Tiada Tuhan Yang Disembah Sebenar-Benarnya Melainkan Allah Dan Bahawasanya Muhammad Itu Sebenar-Benarnya Pesuruh Allah.”

“Peganglah wahai hamba Allah dengan keterangan ini dan ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau akan tetap tinggal di Alam Barzakh ini hingga ke suatu masa apabila sekelian penghuni kubur dibangkitkan kerana berbicara di hadapan Tuhan”.

“Maka apabila ditanyakan berkenaan seorang Lelaki yang telah dilantik untuk kamu dan makhluk-makhluk lain sekelian, maka katakan bahawa orang itu ialah Muhammad Rasulullah SAW yang telah mengemukakan kepada kami penjelasan-penjelasan nyata dan benar daripada Tuhannya.”

“Kami telah ikuti dan percaya akan dia. Malah kami akukan yang ia betul benar dengan Kerasulannya. Maka sebaik-baik sahaja selepas masing-masing berundur, katakanlah:-

yang bererti ”Cukuplah untukku hanya Allah, tiada tuhan yang disembah yang sebenar-benarnya melainkan Dia. Kepadanya aku berserah, Dialah Tuhan yang empunya pemerintahan yang maha besar”.

“Ketahuilah wahai hamba Allah, bahawa sesungguhnya Mati itu adalah benar, masuk ke Liang Kubur itu adalah benar, Soalan-Soalan Munkar dan Nakir itu adalah benar, Bangkit Semula Dari Kubur itu adalah benar, Menghitung Amalan Baik Buruk Yang Telah Dilakukan itu adalah benar.”

“Timbangan Menentukan Mana Yang Lebih Banyak Di Antara Kerja-Kerja Yang Buruk itu adalah juga benar, Meniti Siratulmustaqim Yang Menentukan Sama Ada Ke Syurga Atau Ke Neraka itu pun adalah benar dan Bahawa Sesungguhnya Allah Akan Menghidupkan Semula Sekelian Penghuni Kubur.”

“Semoga Allah tetapkan kamu dengan perkataan yang tetap (diulangi sebanyak tiga kali,) ditetapkan oleh Allah orang-orang yang beriman dengan perkataan yang tetap (kalimah tauhid di dunia dan akhirat).”

“Firman Allah yang bererti (wahai jiwa yang tenang tenteram, kembalilah kamu kepada Tuhanmu dalam keadaan meredhai dan diredhai, masuklah kamu ke dalam golongan hamba hambaKu yang soleh dan masuklah kamu ke dalam syurgaKu) ”.

Doa selepas membaca talqin

Berikut adalah teks penuh doa selepas membaca talqin yang boleh anda bacakan bagi jenazah lelaki dan perempuan yang sudah akhil baligh.

Doa talqin bagi jenazah lelaki

Ya Allah Ya Tuhan, kami telah menyerahkan Si Mati ini kepadaMu oleh orang-orang yang mempunyai kasih sayang kepadanya, iaitu dan kalangan anak Si Mati. Si Mati telah berpisah dengan orang-orang yang menyintainya lalu keluar dari kawasan rumahtangga dan kemewahan hidupnya menuju ke liang kubur dan kesempitannya, ia telah menuju kepadamu”

”Ya Allah! Sedang hal sebenarnya Engkau memanglah sebaik-baik tempat ditujukan. Jika Engkau seksakan Si Mati ini, maka penyeksaan itu ialah dengan sebab dosa kesalahannya. Sebaliknya pula jika Engkau ampunkan si mati ini, maka Engkaulah sahaja yang berhak mengampunkannya”.

”Ya Allah! Wahai Tuhan kami, Engkau Terkaya daripada menyeksakannya sedangkan Si Mati berhajat benar-benar kepada limpah rahmat Tuhan kami”.

“Ya Allah ! Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kebaikan kepada Si Mati ini, ampuni dosa kejahatannya, kurniakan syafaat kumpulan kami ini padanya, maafkan kesalahannya, luaskan kubur untuknya, lindungi dia daripada azab seksanya.”

“Masukkan ke dalam kuburnya itu rasa ketenteraman, lepaskan dia daripada segala halangan yang menyekat jalan menuju ke syurga, tinggikan darjatnya di dalam syurga ‘illiyyin, mohon limpah rahmatmu jua Ya Allah ! Tuhan sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.”

“Semoga dicucuri rahmat dan sejahtera oleh Allah atas junjungan kami, Nabi Muhammad serta keluarga dan Sahabat-Sahabat Baginda.

Doa talqin bagi jenazah perempuan

”Ya Allah Ya Tuhan, kami telah menyerahkan Si Mati ini kepadaMu oleh orang-orang yang mempunyai kasih sayang kepadanya, iaitu dan kalangan anak Si Mati. Si Mati telah berpisah dengan orang-orang yang menyintainya lalu keluar dari kawasan rumahtangga dan kemewahan hidupnya menuju ke liang kubur dan kesempitannya, ia telah menuju kepadamu”

”Ya Allah! Sedang hal sebenarnya Engkau memanglah sebaik-baik tempat ditujukan. Jika Engkau seksakan Si Mati ini, maka penyeksaan itu ialah dengan sebab dosa kesalahannya. Sebaliknya pula jika Engkau ampunkan si mati ini, maka Engkaulah sahaja yang berhak mengampunkannya”.

”Ya Allah! Wahai Tuhan kami, Engkau Terkaya daripada menyeksakannya sedangkan Si Mati berhajat benar-benar kepada limpah rahmat Tuhan kami”.

“Ya Allah ! Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kebaikan kepada Si Mati ini, ampuni dosa kejahatannya, kurniakan syafaat kumpulan kami ini padanya, maafkan kesalahannya, luaskan kubur untuknya, lindungi dia daripada azab seksanya.”

“Masukkan ke dalam kuburnya itu rasa ketenteraman, lepaskan dia daripada segala halangan yang menyekat jalan menuju ke syurga, tinggikan darjatnya di dalam syurga ‘illiyyin, mohon limpah rahmatmu jua Ya Allah ! Tuhan sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.

“Semoga dicucuri rahmat dan sejahtera oleh Allah atas junjungan kami, Nabi Muhammad serta keluarga dan Sahabat-Sahabat Baginda.”

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan panduan talqin jenazah ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Al-Kafi #1886: Hukum Talqin Ke Atas Jenazah Kanak-Kanak. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Al-Kafi #697: Hukum Tazkirah Selepas Pengebumian Jenazah. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.