Lafaz Niat Solat Sunat Di Raudhah & Ganjaran Pahalanya

Lafaz niat solat sunat di Raudhah adalah “Sahaja aku solat sunat tahiyyatul masjid dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

Dalam artikel pada kal ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan beberapa lafaz niat solat sunat di Raudhah dan tips penting untuk anda mudah mendapatkan tempat solat di sana.

Baca juga:

Apa itu Raudhah?

lafaz niat solat sunat di raudhah

Raudhah adalah salah satu dari ruangan di dalam Masjid Nabawai dan merupakan pusat tumpuan bagi jutaan jemaah yang datang untuk berdoa dan bersolat di taman ini.

Lokasi ini hanya berukuran kira-kira 22×15 m², terletak di zon tenggara Masjid Nabawi.

Lebih tepat ia bertepatan di hadapan makam Rasulullah SAW dan dua sahabatnya radhiyallaahu ‘anhuma.

Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan keutamaan Raudhah. Di antaranya,

Hadis dari Abdullah bin Zaid al-Mazinni R.anh, Nabi SAW bersabda:

مَا بَيْنَ بَيْتِى وَمِنْبَرِى رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ

“Antara rumahku dan mimbarku adalah salah satu taman syurga.” – (Hadis Riwayat Bukhari 1195 & Muslim 3434)

Kemudian, hadis dari Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ قَوَائِمَ مِنْبَرِى هَذَا رَوَاتِبُ فِى الْجَنَّةِ

“Sesungguhnya kaki-kaki mimbarku ini adalah salah satu kedudukan yang tinggi di syurga.” – (Hadis Riwayat Nasai, No. 704 dan dishahihkan al-Albani)

Para ulama berbeza pendapat mengenai hadis ini, di mana Ibnu Abdil Bar ada mengatakan bahawa:

اختلف العلماء في تأويل قوله ما بين بيتي ومنبري روضة من رياض الجنة فقال منهم قائلون ترفع تلك البقعة يوم القيامة فتجعل روضة من الجنة وقال آخرون هذا على المجاز

Ulama berbeda pendapat mengenai makna hadis tentang raudhah di atas.

Sebagian berpendapat bahawa tempat itu akan diangkat pada hari kiamat dan dijadikan sebagai taman syurga. Sebagian yang lain berpendapat bahwa hadis ini kalimat majaz.

Sejarah tiang di kawasan Raudhah

Terdapat 6 jenis tiang yang sangat bersejarah di dalam Raudhah. Berikut adalah penjelasannya:

  • Pertama, ia dinamakan sebagai Tiang Utusan, iaitu tiang yang digunakan oleh Rasulullah SAW sebagai tempat menerima para utusan yang datang (anak panah warna hijau).
lafaz niat solat sunat di raudhah
  • Kedua, Tiang Pengawal, iaitu tempat berdirinya para pengawal Rasulullah SAW.
  • Ketiga, Tiang Wufud (Deligasi) yang digunakan oleh Nabi SAW untuk untuk berjumpa dengan pemimpin dari delegasi luar yang datang ke Madinah untuk berjumpa dengan Baginda.
  • Keempat, Tiang Abu Lubabah, iaitu tiang tempat Abu Lubabah mengikat dirinya kerana menyesal telah membocorkan rahsia kepada Yahudi.
  • Kelima, Tiang Aisyah, yang ditunjukkan oleh Aisyah ra sebagai tempat Rasulullah SAW mengimami solat berjemaah.
  • Keenam, Tiang Mukhalaqah, iaitu tempat Nabi SAW bersandar pada pokok kurma ketika khutbah Jumaat. Selain keenam-enam tiang tadi, mihrab Rasulullah juga terletak di Raudhah. Hanya sahaja, ahli sejarah percaya bahawa bentuk mihrab ini sangat berbeza daripada yang asal. Mihrab dengan bentuk melengkung dan berukir ini dipercayai telah dibuat pada zaman Khalifah Al-Walid II.
  • Mehrab Nabi, digunakan oleh Nabi untuk solat berjemaah bersama sahabat-sahabat baginda.
lafaz niat solat sunat di raudhah

Ganjaran solat di Raudhah

Sebenarnya, tidaklah terdapat hadis khusus yang menceritakan tentang ganjaran pahala bagi sesiapa yag bersolat di Raudhah.

Namun demikian, dinyatakan secara umum dari Jabir, Nabi SAW bersabda:

Maksudnya:

“Solat di masjidku (Masjid Nabawi) lebih utama daripada 1,000 kali solat di masjid lainnya selain Masjidil Haram. Solat di Masjidil Haram lebih utama daripada 100,000 kali solat di masjid lainnya.” – (Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Hal ini, maka jelaslahlah bahawa solat di Raudhah mempunyai ganjaran kebaikan yang dijanjikan khusus kepada mereka yang hadir dan melaksanakan ibadah di sana.

Lafaz niat solat sunat di Raudhah

Yang paling utama, anda boleh lakukan solat suat tahiyatul masjid terlebih dahulu seusai sahaja masuk ke dalam Raudhah.

Kemudian, bolehlah dilakukan juga solat sunat yang lain mengikut kesesuaian waktu sama ada waktu pagi, petang atau malam.

Solat sunat tahiyatul masjid

Lafaz niat solat sunat tahiyatul masjid:

أُصَلِّى سُنَّةَ التَّحِيَّةَ الْمَسْجِدِ رَكْعَتَيْنِ لله تعالى

Usolli sunnatan tahiyyatal masjid rak’ataini lillahi ta’ala

“Sahaja aku solat sunat tahiyyatul masjid dua rakaat kerana Allah Ta’ala”.

Solat sunat dhuha

 Lafaz niat solat sunat dhuha:

أُصَلِّيْ سُنَّةَ الضُّحى رَكَعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli sunnatadh dhuhaa rak’ataini lillaahi ta’aalaa

“Sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

Solat sunat tahajud

Lafaz niat solat sunat tahajud:

أُصَلِّي سُنَّةَ  التَهَجُّدِ  رَكعَتَينِ   للهِ  تَعَالَي

Usolli sunnatat tahajjudi rak’ataini lillahi ta’ala

“Sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

Tips mudah dapat solat di Raudhah

Raudhah sentiasa dipenuhi oleh ramai orang yang ingin beribadah di sana. Justeru tidak hairanlah jika ada yang bertolak, berlari, dan rela datang awal untuk mendapatkan tempat berdoa dan solat tanpa gangguan.

1. Waktu yang sesuai untuk masuk

Waktu yang paling sesuai untuk memasuki Raudhah bagi wanita adalah selepas subuh dan selepas isyak.

Dan anda perlu pastikan masuk melalui pintu masjid nombor 25. Anda perlukan kesabaran yang tinggi dan tidak terburu-buru atau tunggu di masjid selepas solat.

2. Pemakaian

Seeloknya perlu mengenakan jubah dan khimar hitam. Ini kerana untuk mengelakkan diganggu oleh pengawal Arab wanita kerana tahu kita dari Malaysia.

Berpakaian serba hitam supaya kelihatan seperti orang Arab, Pakistan dan sebagainya

3. Tentukan tempat solat

Berjalan terus menuju ke Raudhah dan menghimpit ke kiri rapat ke makan Rasulullah SAW. Elakkan dari terus mengjala ke karpe hijau.

Seeloknya duduk dahulu di karpet merah, dan bila keadaan sudah reda masuk terus ke karpet hijau, rapat ke dinding dan mulakan solat.

@azlanandi

Replying to @Dxrwisy Dalam video ni saya nak share tentang raudah dan bawa korang tengok Makam Nabi. Pada yang berazam nak datang semoga dipermudahkan urusan umrah. Aminn. #umrah #tips #raudah #madinah #mekkah #raudhah #rawdah #medina a

♬ original sound – Azlan Andi – Azlan Andi | Glamping | Travel
Ziarah Raudhah dan Makam Nabi | @azlanandi

Kesimpulannya, beribadah di dalam Raudhah mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri kerana selain ia dijanjikan pahala besar oleh Allah SWT, di sini juga merupakan tempat makam Nabi Muhammad SAW sendiri

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan lafaz niat solat sunat di Raudhah dapat memberikan anda semua

Sumber:

  1. Enam Tiang, Enam Kisah di Raudhah. Sinar Islam Plus
  2. Pengalaman dan Tips Masuk Ke Raudhah di Masjid Nabawi. iiumc
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.