Solat Maghrib Panduan Niat & Cara Solat Yang Lengkap

Solat fardhu mempunyai lima waktu yang wajib dilaksanakan mengikut waktu-waktunya yang tertentu. Pada kali ini artikel akan berkongsi kepada anda panduan lengkap cara solat maghrib dengan betul dan tertib mengikut syariat Islam. Bacaan akan dilengkapi dengan dua teks iaitu dalam Arab dan Rumi untuk kemudahan semua khususnya kepada mereka yang baru sedang belajar mengenal solat dan tidak berapa kukuh penguasaan jawi.

Apa itu solat maghrib?

Dari segi bahasa, perkataan maghrib bererti matahari sengaja. Hal ini disebabkan perkataan perkataan غَرَبَ (gharaba), “terbenam”; “akan disembunyikan” tidak digunakan bagi bulan terbenam.

Solat Maghrib (صلاة مَغْرِب‎) adalah salah satu dari 5 solat fardhu yang diperintahkan bagi setiap umat Islam. Ia satu-satunya solat fardhu yang mempunyai bilangan rakaat berbeza dari solat lain iaitu 3 rakaat.

Dari sudut turutan solat pula, solat maghib berada di tempat keempat yang dilaksanakan selepas solat asar dan sebelum solat isyak.

Bagi sesiapa yang tertinggal solat fardhu ini, mereka berdosa dan wajib untuk mengqadakan waktu solat yang tertinggal. Kita boleh melakukannya sama ada secara berseorangan ataupun berjemaah di masjid atau di rumah.

Bila waktu mendirikan solat maghrib?

Menurut sebuah hadis riwayat Salamah, waktu Maghrib adalah selepas terbenamnya matahari:

حَدَّثَنَا الْمَكِّيُّ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، قَالَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ أَبِي عُبَيْدٍ، عَنْ سَلَمَةَ، قَالَ كُنَّا نُصَلِّي مَعَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم الْمَغْرِبَ إِذَا تَوَارَتْ بِالْحِجَابِ‏

Dari Salamah katanya: “Dahulu kami solat Maghrib bersama Nabi SAW ketika matahari terbenam daripada ufuk.” – (Hadis Riwayat Bukhari).

Berpandukan waktu Malaysia, waktu maghrib adalah sekitar pukul 7.10 hingga 7.40 malam (semanjung Malaysia) manakala sekitar pukul 6.00 hingga 7.15 malam (Sabah & Sarawak).

Rahsia sains disebalik waktu maghrib

Ilmu Al-Quran dan sains sangat berkait antara satu sama lain. Apabila seseorang mengkaji sains pastinya dia tidak lari dari mengenal Al-Quran juga. Dan bagi yang mempelajari Al-Quran, pastinya dia terkagum dengan pengetahuan sains dalam kitab agung umat Islam ini.

Perkara yang paling istimewa ditunjukkan dari sudut kajian sains adalah rahsia di setiap waktu solat fardhu. Waktu maghrib melalui peralihan langit dari terang menjadi gelap. Manusia yang bekerja juga kembali untuk pulang ke rumah masing-masing untuk beristirehat.

Waktu ini memberi pada organ ginjal dan usus kecil. Di sini ia bertindak sebagai fungsi detoksifikasi, di mana seluruh sisa metabolisma dibuang melalui ginjal dan usus kecil.

Selain itu, kelebihan menunaikan solat maghrib diawal waktu boleh dikaitkan dengan unsur keyakinan pada frekuensi otot, saraf dan tulang pada diri kita.

Cara solat yang betul

Tatacara solat fardhu dalam waktu maghrib yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Niat solat

Usalli fardhal maghribi salasa raka’atin adaan lillahi ta’ala. 

Maksudnya: “Sahaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Taala”

Di rakaat pertama:

1. Berdiri tengak menghadap kiblat kemudian baca lafaz niat dalam bahasa arab seperti di atas.

2. Takbiratul ihram dan mengangkat kedua-dua belah tangan sambil menyebut:

الله أكبر

Allahuakbar

Maksudnya: Allah Maha Besar

3. Membaca doa iftitah

“Allaahu akbaru kabiirawwalhamdu lillaahi katsiiraa. Wa subhaanallaahi bukratawwa aashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatoros samaawaati wal ardha haniifam-muslimaa. Wamaa anaa minal musyrikiin. Inna solaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiin. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin”

Maksudnya: Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu dengan-Nya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku daripada golongan muslimin.

4. Membaca Al-Fatihah dengan tartil dan dilafazkan

Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah hirabbil alamin. Arrahmanirrahim. Maliki yaumiddin. Iyya kana’ budu iyya kanasta ‘in. Ihdinas sirotol mustaqim. Sirotollazina an’am ta’alaihim ghairil maghdu bi ‘alaihim waladhollin

Maksudnya: “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam. Maha Pemurah,Maha Penyayang. Memiliki hari Pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah,dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang –orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang murka, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.”

5. Membaca mana-mana surah pilihan dalam Al-Quran mengikut kemahuan.

6. Rukuk sambil bertakbir

“Subhaa na rabbiyal a’zimi wabihamdih” (diulang sebanyak tiga (3) kali)

Maksudnya: “Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifat-Nya yang terpuji.”

Dalam keadaan ini kedudukan kedua-dua belah tangan mestilah diletakkan di atas kedua-dua belah lutut kaki.

7. I’tidal sambil melafazkan bacaan ini:

“Sami’allahu liman hamidahu robbana lakalhamdu”

Maksudnya: “Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.”

8. Sujud sambil bertakbir dengan lafaz ini

“Subhana rabbiyal a’la wabihamdih”

Maksudnya: “Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.”

9. Bacaan duduk antara dua sujud

“Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni “

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.”

10. Sujud kembali sambil bertakbir. Selepas sujud kedua, bertakbir dan bangun untuk meneruskan rakaat kedua.

Di rakaat kedua:

1. Ulang sahaja langkah 4,5,6,7,8,9 & 10 seperti yang dilakukan pada rakaat pertama.

2. Selepas sujud kedua, bangun dan duduk semula untuk sempurnakan tahiyat awal.

3. Bacaan tahiyat awal:

Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah, Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah, Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah. Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad

Maksudnya: “Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.”

4. Bangun semula untuk melaksanakan rakaat ketiga.

Di rakaat ketiga:

1. Berdiri tegak, kemudian membaca Al-Fatihah. Dalam rakaat ketiga tidak perlu membaca surah-surah pilihan.

2. Rukuk sambil bertakbir.

3.  I’tidal (bangun dari rukuk).

4. Sujud sambil bertakbir.

5. Duduk antara dua sujud.

6. Sujud kedua. Bertakbir lalu sujud sekali lagi. Kedudukan dan bacaan sama seperti sujud pertama. Selepas sujud kedua, bertakbir dan bangun untuk sempurnakan tahiyat akhir.

7. Bacaan tahiyat akhir:

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah. Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.

Maksudnya: “Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.

Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.”

8. Memberikan salam

Diharapkan dengan panduan solat kali ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua dalam menunaikan solat fardhu dengan betul dan sempurna. Sesungguhnya ibadah solat adalah ibadah yang paling tinggi dari mana-mana ibadah di dunia ini. Ia akan menjadi penentu atau kunci kepada amalan baik kita selama hidup sama ada diterima oleh Allah atau tidak.

Sumber:

  1. Ensiklopedia Solat: A-Z tentang solat, Dr. Nik Yusri Musa
  2. Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat, Dato’ Ismail Kamus, Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid
  3. Niat & Cara Solat Maghrib (Panduan Lengkap). Aku Muslim Asia
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.