9 Doa Mudah Dapat Kerja Yang Diidamkan (Paling Powerful!)

Apakah doa mudah kerja yang boleh diamalkan oleh “job hunter’ di luar sana?

Hari ini bukan mudah untuk mendapat kerja. Semakin ramai yang berpendidikan tinggi, mempunyai kemahiran yang hebat, dan persaingan yang cukup sengit memberi kesan segelintir orang tidak mendapatkan pekerjaan.

Justeru, artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan doa mudah dapat kerja.

Baca juga:

Doa sebelum menghadiri temuduga

Doa selepas di temuduga

Doa setelah diterima kerja

Doa cepat dapat kerja

بِسْمِ اللهِ عَلَى نفَسِي وَمَالِي وَدِيْنِي . اَللَّهُمَّ رَضِّنِ ى بِقَضَائِكَ وَبَارِكْ لِيْ فِيْمَا قُدِّرَ عَلَيْهِ حَتَّى لا اُحِبُّ تَعْجِيْلَ مَااَخَّرْتَ وَلاَتَأْخِيْرَ مَا عَجَّلْتَ

Bismillahi ‘alaa nafsi wa maalii wa diini. alloohumma rodhdhini bi qodhooika wa baarik lii fi maaquddiro’ alaihi hatta laa uhibbu ta’jiila maa akhkhor ta walaa ta’khiiro maa ‘ajjalta.

Maksudnya: “Dengan nama Allah, semoga Engkau menjaga diri kami, harta kami dan agama kami. Wahai Allah, redhailah kami dari ketetapan-Mu dan berilah berkah kepada kami pada segala apa yang telah Engkau putuskan sehingga kami Tidak suka apa yang Engkau mempercepatkan apa yang Engkau akhirkan dan tidak pula menyukai mengakhirkan apa yang, Engkau cepatkan.

Dengan nama Allah, semoga Engkau menjaga diri kami, harta kami dan agama kami. Wahai Allah, ridhailah kami dari ketetapan-Mu dan berilah berkah kepada kami pada segala apa yang telah Engkau putuskan sehingga kami Tidak suka apa yang Engkau mempercepatkan apa yang Engkau akhirkan dan tidak pula menyukai mengakhirkan apa yang, Engkau cepatkan.”

Doa agar diberikan rezeki halal

اَللَّهُمَّ يَاغَنِيُّ يَاحمِيْدُ يَامُبْدِئُ يَامُعِيْدُ يَارَحِيْمُ يَاوَدُوْدُ اَغْنِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَاكْفِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ وَصَلَّى الله عَلَى مُحَمَّدٍ وَاَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya: “Wahai Allah, wahai Dzat Yang Maha Kaya, wahai Dzat Yang Maha Terpuji, wahai Dzat Yang memulai, wahai Dzat Yang Mengembalikan, wahai Dzat Yang Maha Penyayang, wahai Dzat Yang Maha Mencintai.

Cukupilah kami dengan kehalalan-Mu dari keharaman-Mu. Cukupilah kami dengan anugerah-Mu dari selain Engkau. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan salam atas junjungan kita Nabi Muhammad Saw. Keluarga dan sahabat beliau.”

Doa agar diberikan rezeki yang barokah

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

Allahumma innii as-aluka ‘ilman naafi’a, wa rizqon thoyyibaa, wa ‘amalan mutaqobbalaa.

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amal yang diterima.” – (Hadis RiwayatAhmad)

Doa diberikan kemudahan setiap urusan (1)

اللهم الطف بي في تيسير كل عسير، فإن تيسير كل عسير عليك يسير، وأسألك اليسر والمعافاة في الدنيا والآخرة

Allahummalthuf bi fi taisir kulli ‘asir, fainna taisira kulli’asir ‘alaika yasir, wa as alukalyusra wal mu’afata fiddini wal akhirah.

Maksudnya: “Ya Allah, berilah taufik kepadaku dalam hal kemudahan pada setiap kesulitan, kerana sesungguhnya kemudahan pada setiap yang sulit adalah mudah bagi-Mu, dan aku mohon kemudahan serta perlindungan di dunia dan di akhirat.”

Doa diberikan kemudahan setiap urusan (2)

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahlaa, wa anta taj’alul hazna idza syi’ta sahlaa.

Maksudnya: “Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah.” – (Hadis Riwayat Ibnu Hibban, 3/225)

Doa memohon rezeki yang sudah disiapkan

رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

Maksudnya: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan (makanan) yang Engkau turunkan kepadaku.” – (Surah Al-Qasas, ayat 24).

Kesimpulannya, sungguhpun setiap makhluk di muka bumi ini sudah ditetapkan oleh Allah SWT rezeki sejak dari lahir sehinggalah meninggal dunia, namun berusaha dan berdoa mengharapkan pemberian rezeki yang halal lagi berkat adalah sangat penting.

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai doa mudah dapat kerja ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat.

Sumber:

  1. Bayan Linnas Siri Ke-193: Bekerja Sebagai Ibadah Meningkatkan Sikap Integriti. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-692: Hukum Mendapat Kerja Menggunakan Kabel atau Kroni. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.