Kadar Fidyah Bagi Setiap Negeri (2023) & Cara Kiraan

Apakah maksud fidyah?

Berapakah kadar bayaran yang dikenakan fidyah bagi setiap negeri pada tahun 2023?

Bilakah waktu / tempoh yang ditetapkan untuk membayar_fidyah tersebut?

Bulan ramadhan kini semakin menghampiri kita, sudah tentunya puasa akan tiba tidak lama lagi. Kita sebagai umat islam mestilah hendak menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim untuk berpuasa selama sebulan sepanjang bulan ramadhan.

Tetapi adakah anda telah mengantikan puasa Ramadhan yang sebelumnya?

Sekiranya belum atau yang terlupa menggantikan puasa, anda diwajibkan untuk membayar fidyah bagi puasa yang telah ditinggalkan, sudah tentu anda ingin mengetahui cara kira dan bayar kadar_fidyah terkini.

Disini kami kongsikan bagaimanakah caranya untuk membayar fidyah secara online bagi setiap negeri, semoga membantu memudahkan anda semua untuk melakukan pembayaran fidyah pada tahun ini.

Apa itu Fidyah?


Fidyah merupakan denda yang dikenakan ke atas orang islam yang meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu dengan secara sengaja ataupun tidak dan melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadan sehingga tibanya Ramadhan pada tahun yang baru.

Fidyah_puasa dikenakan kepada mereka yang meninggalkan puasa pada bulan bulan Ramadan atas sebab-sebab tertentu.

Bayarannya adalah dengan mengeluarkan secupak makanan asasi bersamaan 675 gram atau yang senilai dengannya untuk sehari puasa yang ditinggalkan atas sebab-sebab yang tertentu atau kerana sengaja melengahkan mengqada puasa yang lalu sehingga tiba Ramadan seterusnya.

Firman Allah SWT:

أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ ۚ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ ۚ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya:

(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi_fidyah), kalau kamu mengetahui.”  (Surah al-Baqarah: 184)

Hukum


Hukum untuk membayar_fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan puasa pada bulan Ramadan.

Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Golongan Yang Wajib Membayar Fidyah


Terdapat 5 golongan yang Wajib untuk membayar_fidyah akibat daripada meninggalkannya iaitu:

fidyah
Sumber: ecentral.my

1. Orang Sakit dan Tiada Harapan Sembuh

Golongan ini terdiri daripada orang yang menghidap penyakit kronik dan sudah tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa sepanjang bulan Ramadan tersebut.

* Maka golongan ini tidak wajib qadha’ puasa tetapi mereka tetap perlu bayar fidyah bagi tahun tersebut.

2- Orang Yang Telah Meninggal Dunia

Hutang puasa bagi golongan orang yang telah meninggal dunia dan tidak sempat untuk menggantikan puasanya adalah dilaksanakan oleh waris si mati.

*Maka waris haruslah melaksanakan tanggungjawab untuk membayar_fidyah kepada si mati sebelum pembahagian harta pusaka dibuat.

3- Ibu Atau Menyusu Yang Bimbang Akan Kesihatan Dirinya

Golongan ini terdiri daripada perempuan yang hamil atau yang masih menyusui anaknya yang tidak berpuasa pada bulan Ramadan atas 2 situasi antaranya:

  • Wanita Hamil yang tidak mampu berpuasa kerana bimbang akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran.

* Maka golongan ini WAJIB membayar fidyah dan menqada’ ( ganti) puasa.

  • Wanita hamil yang tidak mampu berpuasa kerana bimbangkan keselamatan dirinya sendiri.

*Maka golongan ibu hamil ini  Tidak Wajib Fidyah. Namun Wajib menggantikan puasanya.

4- Ibu Hamil Yang Bimbangkan Kesihatan Anak atau Kandungan

Ibu hamil atau yang masih menyusukan anak tidak berpuasa di bulan Ramadhan atas sebab bimbangkan kesihatan anak atau kandungan.

*Maka golongan ini diwajibkan untuk qadha’ puasa dan membayar_fidyah.

5- Melambatkan Ganti Puasa (qada’).

Golongan ini melambatkan ganti puasa (qada’) atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan (uzur syar’ie) seperti ( musafir, datang haid, nifas atau wiladah) dan melewatkan ganti puasa tersebut sehingga berjumpa dengan Ramadan yang seterusnya.

*Maka golongan ini WAJIB membayar fidyah dan menggantikan (qada’) puasa tersebut mengikut jumlah hari yang ditinggalkan.

Waktu Dan Tempoh Pembayaran


Fuqaha bersepakat bahawa waktu yang sesuai untuk bermulanya membayar fidyah adalah sebaik sahaja ibadah berkenaan tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Walaubagaimanapun, tempoh ketetapan adalah tidak terhad pada satu tempoh yang tertentu.

Namun oleh hal yang demikian, kita digalakkan untuk menyegerakannya dengan segera untuk membayarnya kerana dibimbangi jika berlaku perkara yang tidak diingini ia tidak dapat dilaksanakan jika tertangguh pada satu tempoh.

Bagaimanapun, individu yang lambat menggantikan puasanya hingga telah tiba bulan Ramadhan pada tahun yang berikutnya pula akan dikenakan bayaran fidyah dan wajib menggantikan qadha’ puasa yang ditinggalkan.

Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun yang ditinggalkan.

Manakala, bilangan hari ganti puasa ganti adalah kekal.

Kadar Fidyah Mengikut Negeri Pada Tahun 2023


Kadar Bayaran_Fidyah tersebut adalah berubah mengikut harga yang telah ditetapkan oleh pemerintah di sesebuah tempat.

Harga bayaran_fidyah ini dikira berdasarkan harga beras semasa iaitu secupak. Beras hasil bayaran_fidyah pula akan disalurkan kepada fakir miskin.

Senarai Negeri BergandaKadar Senarai Negeri Tidak BergandaKadar
Wilayah PersekutuanRm 4.00
MelakaRm 1.80
JohorRm 1.75
Pahang Rm 1.75
TerengganuRm 1.75
KelantanRm 1.75Selangor Rm 1.80
KedahRm 1.80PerlisRm 5.00
Pulau PinangRm 1.75
PerakRm 1.90
Negeri SembilanRm 1.75
SabahRm 1.75
SerawakRm 1.75

CARA BAYAR FIDYAH ONLINE (CARA KIRA & BAYAR)


Tidak perlu pening-pening untuk fikir bagaimanakah cara kira fidyah puasa termasuk kiraan bayaran untuk dibayar bagi orang meninggal. Ianya sangatlah mudah dengan hanya menggunakan sistem kalkulator online 

Berikut adalah merupakan pautan link kalkulator pengiraan mengikut negeri dalam Malaysia, anda boleh pilih ikut negeri masing-masing:

NEGERIKALKULATOR & BAYARAN ONLINE
Kedahhttp://fidyahkedah.gov.my/kalkulator-fidyah.php
Perlis https://www.maips.gov.my/index.php?lang=ms
Pulau Pinanghttps://zakatpenang.com/zpp/ppzakat/fidyah.php
Perakhttps://fidyah.maiamp.gov.my/
Selangorhttps://fpx.zakatselangor.com.my/
Wilayah Persekutuanhttps://www.zakat2u.com.my/kalkulator/fidyah
Negeri Sembilanhttps://mains.gov.my/v2/web/fidyah.php
Melakahttps://fidyah.maim.gov.my/
Johorhttps://www.maij.gov.my/baitulmal/kadar-fidyah
Pahanghttps://zakatpahang.my/fidyah/
Terengganuhttps://www.maij.gov.my/baitulmal/kadar-fidyah
Kelantanhttps://zakat.e-maik.my/v8/kalkulator/kira_fidyah.php
Sabahhttps://baitulmal.sabah.gov.my/service.php
Serawakhttps://www.tbs.org.my/calc-fidyah/

Cara Pengiraan


Kadar bayaran_fidyah yang perlu anda gandakan adalah berdasarkan nilainya dengan jumlah hari yang anda tinggal puasa.

Kadar nilaian yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Negeri Kedah bagi secupak beras adalah dengan kadar Rm 1.80 untuk kiraan fidyah di Negeri Kedah.

Kiraan fidyah di Kedah adalah berganda jika melangkau tahun. Tetapi jika sekiranya dia tidak berkemampuan, maka tidak perlu menggandakan fidyah tersebut kecuali bagi mereka yang berkemampuan.

Jadi, sekiranya anda tinggal puasa selama 3 hari, maka kadar bayaran fidyah adalah :

RM 1.80 (1 cupak ) X 3 hari = RM 5.40

Jika anda melangkau tahun contohnya anda tidak berpuasa selama 3 hari pada tahun 2017 dan ingin gantikan puasa serta bayar fidyah pada tahun 2021, maka kadar fidyah adalah seperti berikut :

RM 1.80 (1 cupak) X 4 tahun X 3 hari = RM 21.60

Nota : Nilai secupak beras mungkin berbeza mengikut negeri. Sila rujuk pada pusat zakat negeri masing-masing.

Apa Nak Buat Kalau Lupa Berapa Hari Yang Ditinggalkan Puasa Pada Bulan Ramadan?


Mungkin ramai dari kalangan kita lupa atau tidak mengambil peduli tentang bilangan hari yang ditinggalkan pada puasa bulan Ramadan.

Jadi apa harus kita lakukan?

Menurut page Mufti Wilayah, sekiranya tidak pasti atau tidak ingat bilangan hari yang telah ditinggalkan, buatlah anggaran bilangan hari yang telah ditinggalkan mengikut sangkaannya (kecenderungan) yang paling kuat dan Ahwat (lebih berhati-hati). 

KESIMPULAN:

Semoga ibadah yang dijalankan pada tahun ini lebih dengan baik dan sempurna daripada tahun-tahun sebelumnya.

Keberkatan Ramadhan pada tahun ini marilah kita rebut dengan berpuasa, berzakat dan memperbanyak amal-amal kebaikan.

Selamat menyambut Ramadhan buat anda semua.

Diharapkan dengan perkongsian kadar harga dan cara bayaran online 2023 ini membantu anda meringankan kerja untuk melakukan pembayaran dari rumah tanpa perlu bersesak-sesak di luar sana.

Sumber:

1- Irsyad Fatwa Khas Ramadan Siri Ke-155 -Kadar Fidyah Meninggalkan Puasa Dengan Sengaja.

2- Protal E-fidyah Majlis Agama Negeri Kedah -fidyahkedah.gov.my

Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.