Selawat Ibrahimiyah Bacaan Dalam Rumi & Kelebihannya

Selawat mempunyai pelbagai jenis bacaan yang boleh kita baca dan amalkan dalam kehidupan seharian ini.

Artikel pada kai ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai selawat Ibrahimiyah yang tergolong diantara selawat yang paling afdal dibaca oleh umat Islam.

Sejarah selawat Ibrahimiyah

Selawat Ibrahimiyah ini adalah antara yang paling afdal dibaca oleh umat Islam. Nabi Ibrahim AS, dan keluarga di sebut-sebut pada tahiyat akhir dalam solat. Bahkan seiringan dengan nama Rasulullah SAW dilafazkan.

Ibnu Taimiyyah juga ada berkata, “Selawat yang paling sempurna untuk Rasulullah adalah Selawat Ibrahimiyah.”

Teks bacaan selawat Ibrahimiyah

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلٰى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلٰى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ و بَارِكْ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلٰى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلٰى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدُ مَجِيْدٌ

Allahumma shalli ‘alaa sayyidinaa muhammad wa’alaa aali sayyidinaa muhammadin kamaa shallaita ‘alaa sayyidinaa ibraahiima wa’alaa aali sayyidinaa ibrahiima, wabaarik ‘alaa aali sayyidinaa muhammadin kamaa baarakta ‘alaa sayyidinaa ’alaa sayyidinaa ibraahima wa ‘alaa aali sayyidina ibraahima, fil ‘aalamiina innaka hamiidun majiidun.

Maksudnya: “Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim.

Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.”

Hadis berkenaan selawat Ibrahimiyah

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إبْرَاهِيمِ إنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Maksudnya: “Ya Allah! Berilah selawat ke atas Muhammad dan kerabat Muhammad seperti mana Engkau berikan selawat ke atas kerabat Ibrahim dan berkatilah ke atas Muhammad dan ke atas kerabat Muhammad seperti mana Engkau memberkati ke atas kerabat Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung.” – (Hadis Riwayat Imam Muslim, no. 406)


Fadhilat selawat Ibrahimiyah

Dari Sa’id Al-Musayyab, dari Umar bin Khaththab, ia berkata, “Sesungguhnya doa akan terhenti antara langit dan bumi dan tidak mampu naik ke atas, hingga kamu membaca selawat atas Nabimu SAW.” – (Hadis Riwayat Tirmidzi)



“…Kemudian bacalah shalawat kepadaku. Karena barangsiapa membaca selawat untukku satu kali, maka Allah membalasnya dengan sepuluh selawat. Lalu mintakanlah kepada Allah Wasilah untukku. Wasilah adalah sebuah kedudukan di syurga yang tidak layak kecuali bagi hamba Allah, dan aku berharap agar aku adalah hamba Allah tersebut. Barangsiapa memintakan wasilah kepada Allah untukku, maka dia berhak mendapatkan syafaat.” – (Hadis Riwayat Imam Muslim)


Disarankan untuk kita amal baca selawat ini sebanyak 41 kali setiap hari bagi mengelakkan diri dari penyakit hati yang mampu menghitamkan hati seperti sombong, dendam, iri dan mengumpat kepada orang lain.


Ali bin Hujr menceritakan kepada kami, Ismail bin Ja’far memberitahukan kepada kami dari Al-Ala’ bin Abdurrahman dari ayahnya, dari Abu Hurairah, ia berkata, 

“Rasulullah SAW bersabda, ‘Barangsiapa membaca selawat untukku satu kali, maka Allah akan memberinya rahmat sepuluh kali.” – (Hadis Riwayat Imam Muslim dan Abu Daud: 1369, dengan sanad Sahih)

Mengapa kita selawat ke atas Nabi Ibrahim dalam tahiyat akhir?

Nama Nabi Ibrahim AS kekal di dalam bacaan tahiyat akhir di dalam solat adalah kerana satu bentuk penghormatan dan doa yang dikabulkan oleh Allah kepadanya.

Firman Allah yang ada menggambarkan kisah permohonan doa Nabi Ibrahim ini boleh kita lihat pada Surah Al-Baqarah, ayat 124.

Maksudnya: “Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia”. Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata:

“(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)”. Allah berfirman: “(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim.”

Ada banyak sebab lain kenapa hanya Nabi Ibrahim AS yang disebut dalam selawat bersama Nabi Muhammad SAW. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Sungguhnya orang yang paling utama dengan Nabi Ibrahim a.s. ialah orang-orang yang mengikuti Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi ini yaitu Nabi Muhammad saw dan orang-orang yang beriman.” – (Surah ‘Ali ‘Imran, ayat 68)

Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa selawat kepada Nabi Ibrahim adalah perlu apabila mengambil peristiwa pada malam Mikraj, bila mana Nabi Ibrahim berkata kepada Nabi Muhammad SAW, “Sampaikan salamku kepada umatmu.”

Sedangkan jika dilihat kembali, para Nabi lain tidak berbuat sedemikian seperti mana yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim.

Justeru itu, kita diperintahkan untuk berselawat kepada Nabi Ibrahim dan ahli keluarga baginda sebagai balasan atas kebaikan dan kemuliaannya.

Diharapkan semoga perkongsian mengenia selawat Ibrahimiyah ini dapat memberikan anda semua ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan amalan harian setiap masa.

Sumber:

  1. Al-Kafi #1301: Kenapa Selawat Dan Salam Dalam Tahiyyat Akhir Hanya Khusus Kepada Nabi Ibrahim AS Dan Ahli Keluarganya? Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Dahsyat! 6 Keutamaan Shalawat Ibrahimiyah yang Harus Anda Ketahui. Abu Syujaf
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.