Doa Nisfu Syaaban (Panjang dan Pendek) Dalam Teks Rumi

Malam Nisfu Syaaban mempunyai banyak kelebihannya bagi seluruh umat Islam antaranya seperti waktu yang mustajab untuk berdoa. Justeru itu, kita amat digalakkan untuk memperbanyak berdoa pada waktu tersebut.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda mengenai doa Nisfu Syaaban yang bagus untuk diamalkan dengan panduan dalam teks rumi beserta kelebihan yang boleh diperolehi.

Doa Nisfu Syaaban (Panjang)

nifsu sya'ban

Maksudnya: “Wahai Tuhanku yang Maha Pemberi, Engkau tidak memerlukan pemberian. Wahai Tuhan Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan. Wahai Tuhan pemberi segala Kekayaan dan segala nikmat.

Tiada Tuhan selain Engkau, kekuatan orang yang meminta pertolongan, lindungan orang yang mencari perlindungan, dan tempat yang aman bagi orang yang ketakutan.

Tuhanku, seandainya Engkau mencatatkan bagi diriku di sisi Mu pada Luh Mahfuzh sebagai orang yang sengsara atau orang yang sempit rezeki, maka hapuskanlah catatan itu.

Sebaliknya, catatkanlah aku aku di sisi Mu sebagai orang yang bahagia, murah rezeki dan memperolehi taufiq Mu untuk berbuat kebaikan. Sesungguhnya Engkau telah berfirman dan bahawasanya firman Mu adalah benar di kitabmu yang diturunkan melalui ucapan Rasul utusan Mu.

Allah menghapuskan dan menetapkan apa yang ia kehendaki. Di sisi Nya Luh Mahfuzh. Semoga Allah memberikan selawat kepada Sayyidina Muhammad SAW dan keluarga beserta para sahabatnya. Segala puji bagi Allah SWT.” – (Hadis Riwayat Ibni Abi Syaibah dan Ibni Abi Al-Dunya)

Doa Nisfu Syaaban (Pendek)

Doa 1

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

Maksudnya:Ya Allah, Kau berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah kami dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan.”

Doa 2

اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا

Maksudnya:Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan Ramadhan itu).”

Doa Memohon Keampunan Dosa (Rumi)

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu.

15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh,

sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit-ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadaqatul Jariah.

22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Kelebihan malam Nisfu Syaaban

Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

يطَّلِعُ اللهُ إلى خلقِه في ليلةِ النِّصفِ مِن شعبانَ فيغفرُ لجميعِ خلقِه إلَّا لمشركٍ أو مشاحنٍ

Maksudnya: “Allah SWT melihat makhluk Nya pada malam Nisfu Syaaban kemudian mengampunkan semua makhluk Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan.” – (Sahih Ibn Hibban, No. 5665)

Pendapat Imam As-Syafie berkaitan malam Nisfu Syaaban ini boleh dilihat dalam Kitab Al-Um yang mengatakan bahawa:

بَلَغَنَا أَنَّهُ كَانَ يُقَالُ: إِنَّ ٱلدُّعَآءَ يُسْتَجَابُ فِي خَمْسِ لَيَالٍ، فِي لَيْلَةِ ٱلْجُمُعَةِ، وَلَيْلَةِ ٱلْأَضْحَىٰ، وَلَيْلَةِ ٱلْفِطْرِ، وَأَوَّلِ لَيْلَةٍ مِنْ رَجَبٍ، وَلَيْلَةِ ٱلنِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ

“Doa mustajab adalah pada 5 malam iaitu malam Jumaat, malam al-Adha, malam al-Fitri, malam awal bulan Rejab, dan malam Nisfu Syaaban.”

Kelebihan malam Nisfu Syaaban adalah Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosa hamba Nya. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada hamba Nya dalam melaksanakan ibadah.

Diharapkan semoga artikel berkenaan dengan doa Nifsu Syaban ini dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dipraktikkan dalam kehidupan seorang Muslim.

Sumber:

  1. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-70: Kelebihan Malam Nisfu Sya’ban. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Irsyad Al-Fatwa ke-29: Bulan Sya’ban: Keistimewaan Mengikut Neraca Nas. Mufti Wilayah Persekutuan
  3. Apa-Apa Amalan pun Tak Salah Pada Nisfu Syaaban, Malam Pintu Langit Terbuka. Remaja
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.