Doa Buka Puasa Bersendirian & Ramai Dalam Teks Rumi

Setiap tahun, seluruh umat Islam akan melaksanakan perintah berpuasa apabila bila menjelma bulan Ramadhan. Sungguhpun setiap tahun kita berpuasa, masih ada sesetengah dari kita yang terlupa bacaan niat dan doa buka puasa. Di sini kami kongsikan lafaz doa buka puasa secara bersendirian dan beramai-ramai.

Doa buka puasa bersendirian

Allahumma lakasumtu wabika aamantu wa’alaa rizqika afthortu birohmatika yaa arhamar roohimin.

Maksudnya: “Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, Dengan Mu aku beriman, kepada Mu aku berserah dan dengan rezeki Mu aku berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.”

Doa buka puasa beramai-ramai

Allahumma lakasumna wabika aamanna wa’alaa rizqika afthorna birohmatika yaa arhamar roohimin

Maksudnya: “Ya Allah kerana Mu kami berpuasa, Dengan Mu kami beriman, kepada Mu kami berserah dan dengan rezeki Mu kami berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.”

Mustajabnya doa sebelum berbuka puasa

Ramai yang tidak tahu waktu-waktu sebelum berbuka puasa, adalah waktu di mana doa amat mustajab oleh setiap orang. Doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, Ini berdasarkan pada hadis Rasulullah SAW maksudnya:

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak.” – (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Jom, kita lazimkan diri berdoa 5 hingga 10 minit sebelum masuk waktu berbuka puasa. Berikut adalah doa ringkas yang boleh dibaca:

Doa hari pertama

Allâhummaj’al siyaamii fiihi siyaamas saa imin. Wa qiyaamii fiihi qiyaamal qaa imiin. Wa nabbihni fiihi ‘an nawmatil ghaafilîn. Wa hablii jurmii fii yaa ilaahal ‘alamin. Wa’fu ‘anni yaa ‘aafiyan ‘anil mujrimiin.

Maksudnya: “Ya Allah, jadikan puasaku di bulan ini sebagai puasa orang-orang yang berpuasa sebenarnya, solat malamku di dalamnya sebagai orang yang solat malam sebenarnya, bangunkan daku di dalamnya dari tidurnya orang-orang yang lalai. Bebaskan aku dari dosa-dosaku wahai Tuhan semesta alam. Maafkan aku wahai Yang Memberi ampunan kepada orang-orang yang berbuat dosa.”


Doa hari ke-2

Allaahumma qarribnii fiihi ilaa mardhaatika wa jannibni fiihi min sakhatika wa naqimaatika wa waffiqnii fiihi liqiraa ati ayaatika birahmatika yaa arhamar rahimîn

Maksudnya: “Ya Allah! Mohon dekatkanlah aku kepada keredhaan Mu dan jauhkanlah aku dari kemurkaan Mu. Mohon berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih dari semua yang Pengasih!”


Doa hari ke-3

Allaahummar zuqni fiihidz dzihna wattanbih wa baa’idnii fiihi minas safaahati wattamwih waj’al lii nasiban min kulli khairin tunzilu fîhi bijuudika yaa ajwadal ajwadin

Maksudnya: “Ya Allah! Mohon berikanlah aku rezeki akal dan kewaspadaan. Dan jauhkanlah aku dari kejahilan dan kesesatan. Anugerahkanlah kepadaku bahahagian dari segala kebaikan yang Engkau turunkan, demi kemurahan Mu, Wahai Zat Yang Maha Pemurah.”


Doa hari ke-4

Allahumma qawwinii fiihi ‘alaa iqoomati amrika wa adziqnii fiihi halaawata dzikrika wa audzi’nii fiihi li adaai syukrika bikaramika wahfazhnii fiihi bihifzhika wa sitrika yaa absoran naazhiriin

Maksudnya: “Ya Allah! Mohon berikanlah kekuatan kepadaku, untuk menegakkan perintah-perintah Mu, dan berilah aku manisnya berzikir mengingat Mu. Mohon berilah aku kekuatan untuk bersyukur kepada Mu, dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan penjagaan Mu dan perlindungan Mu, Wahai dzat Yang Maha Melihat.”


Doa hari ke-5

Allaahummaj’alnii fiihi minal mustaghfiriin waj’alnii fiihi min ‘ibaadikas solihiin al qaanitiin waj’alnii fiihi min awliyaa ikalmuqarrabiin bira’ fatika yaa arhamar raahimiin

Maksudnya: “Ya Allah! Mohon jadikanlah di bulan ini aku termasuk diantara orang-orang yang memohon ampunan (beristighfar), dan jadikanlah aku sebagai hamba Mu yang soleh dan setia serta mohon jadikanlah aku diantara Auliya’ Mu yang dekat disisi Mu, dengan kelembutan Mu, Wahai zat Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.”


Doa hari ke-6

Allaahumma laa takhdzulnii fiihi lita ‘arrudhi ma’ siyatika wa laa tadhribnii bisiyaathi naqimatika wa zahzihnii fiihi min muujibaati sakhatika bimannika wa ayadiika yaa muntahaa raghbatir raaghibiin

Maksudnya: “Ya Allah! Janganlah Engkau hinakan aku di bulan ini kerana perbuatan maksiatku terhadap Mu, dan janganlah Engkau menghukumku dengan balasan Mu. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaan Mu, dengan kelembutan dan ketinggian rahmat-Mu, Wahai pegangan terakhir orang-orang yang berkeinginan!”


Doa hari ke-7

Allaahumma a’innii fiihi ‘alaa siyaamihi wa qiyaamihi wa jannibni fiihi min hafawaatihi wa aatsaamihi warzuqni fiihi dzikrika bidawamihi bitaufiiqika yaa haadiyal mudhilliin

Maksudnya: “Ya Allah, bantulah aku untuk berpuasa dan solat malam serta jauhkan aku dari kesia-siaan dan perbuatan dosa. Anugerahi aku di dalamnya dengan kebiasaan mengingat pada Mu dengan taufik Mu wahai yang menunjuki orang tersesat.”


Doa hari ke-8

Allaahummar zuqnii fiihi rahmatal aytaam wa it ‘aamat tho ‘aami wa ifsyaa as salaam wa suhbatal kiraam bithawlika yaa malja al aamiliin 

Maksudnya: “Ya Allah, anugerahilah kepada kami rasa sayang terhadap anak-anak yatim dan suka memberi makan (orang miskin) serta menyebarkan kedamaian dan bergaul dengan orang-orang mulia dengan kemurahanmu wahai tempat berlindung bagi orang-orang yang berharap.”


Doa hari ke-9

Allaahummaj’al lii fiihi nasiiban min rahmatikal waasi’ah wahdinii fiihi libaraahiinikas saathi’ah wa khudz binaa siyatii ilaa mardhotikal jaami’ah bimahabbatika yaa amalal musytaaqiin

Maksudnya: “Ya Allah! Anugerahilah untukku sebahagian dari rahmat Mu yang luas, dan berikanlah aku petunjuk kepada ajaran-ajaran Mu yang terang, dan bimbinglah aku menuju kepada keredhaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, Wahai harapan orang-orang yang merindu.”


Doa hari ke-10

Allaahummaj ‘alnii fiihi minal mutawakkiliin ‘alaika waj ‘alnii fiihi minal faa iziin ladaika waj ‘alnii fiihi minal muqarrabiin ilaika bii ihsaanika yaa ghaayatat thaalibiin

Maksudnya: “Ya Allah! Mohon jadikanlah aku diantara orang-orang yang bertawakkal kepada Mu, dan jadikanlah aku diantara orang-orang yang menang disisi Mu, dan jadikanlah aku diantara orang-orang yang dekat kepada Mu, dengan kebaikan Mu, Wahai tujuan orang-orang yang memohon.”

Diharapkan perkongsian mengenai doa buka puasa ini dapat memberikan anda semua informasi yang berguna dan bermanfaat untuk dijadikan panduan setiap kali bulan puasa.

Sumber:

  1. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-195: Doa Berbuka Puasa. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Bayan Linnas Siri Ke-62: Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Mufti Wilayah Persekutuan
  3. Irsyad Al-Fatwa Khas Ramadhan Siri Ke-99: Kaifiat Membaca Doa Berbuaka Puasa. Mufti Wilayah Persekutuan
  4. Adab-Adab Berbuka Berpuasa Menurut Sunnah. Jabatan Mufti Perlis
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: