Doa Awal Tahun Dengan Teks Arab & Rumi Berserta Amalan Puasa Sunat Asyura

Tahun baru dalam kalender Islam berlaku setiap tahun pada tarikh 1 Muharram. Awal Muharram ini sangat sinonim dengan panggilan Maal Hijrah yang mempunyai peristiwa penting bagi seluruh umat Islam. Kita juga sangat digalakkan untuk membaca doa awal tahun sebagai suatu amalan yang baik untuk diamalkan.

Doa awal tahun

Maksudnya: “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dab sahabat-sahabat Baginda.

Ya Allah! Engkaulah Tuhan yang kekal untuk selama-lamanya sedia ada lagi tiada permulaan. Kelebihan Mu Maha Agung dan kemurahan Mu amat melimpah yang sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru ke atas kami, kami mohon kepada Mu perlindungan pada tahun ini daripada syaitan yang direjam dan konco-konconya serta bala tenteranya. Kami juga memohon kepada Mu pertolongan mengalahkan runtuhan nafsu yang mendorong ke arah kejahatan, dan kami memohon kepada Mu kerja-kerja yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu. Wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad beserta keluarga dan sahabat-sahabatnya. Dan segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.”

Penetapan bulan pertama dalam kalender Hijrah

Individu yang menetapkan kalender Hijrah adalah Khalifah Umar Al-Khattab, iaitu pemimpin kedua Khalifah Ar-Rasyidin. Jadi ini sekaligus menjawab tuduhan bahawa Rasulullah SAW yang mewujudkan sistem pentarikhan dalam kalender Islam.

Bagaimana bulan Hijrah ditetapkan?

Menurut sirah, ada tiga sebab mengapa Saidina Umar Al-Khattab mendapat idea untuk menetapkan bulan Hijrah:

1. Surat dari seorang gabenor Kota Basrah

Seorang gabenor dari Kota Basrah telah mengutuskan surat yang bertuliskan,

“Kami telah menerima surat dari anda (Saidina Umar Al-Khattab) yang tiada padanya tarikh surat”. Tanpa arahan yang terperinci, memang amat sukar untuk sesuatu organisasi melaksanakan tugas yang diberi.

2. Dari dokumen kewangan

Saidina Umar pernah menerima dokumen kewangan yang tertulis bukan Sya’ban. Namun kesahihannya tidak pastu sama ada untuk bulan tersebut atau bulan sebelumnya.

Oleh yang demikian, beliau telah menetapkan tahun yang rasmi untuk memberi kemudahan untuk masyarakat.

3. Cerita dari lelaki Yaman

Suatu hari seorang lelaki Yaman ada memberitahu Saidina Umar tentang budaya masyarakat di tempat tinggalnya yang menggunakan kalender khusus. Ianya seperti sesuatu yang baik menurut khalifah dan beliau mahu melaksanakannya.

Amalan puasa sunat pada bulan Muharam

Puasa sunat yang sangat digalakkan dalam bulan Muharam adalah puasa hari asyura. Dari Ibnu Abbas: Dia berkata,

“Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW sangat bersemangat untuk berpuasa di suatu hari, kecuali di hari ini (hari Asyura) dan di bulan Ramadhan.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hari Asyura adalah hari ke sepuluh pada bulan Muharram. Kelebihan berpuasa pada hari tersebut adalah dapat menghapuskan dosa tahun lalu. Ini berdasarkan hadis berikut:

Rasulullah SAW ditanya berkenaan berpuasa pada Hari Asyura, baginda mengatakan:

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ

“Puasa Arafah akan menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

“Baginda juga ditanya mengenai keistimewaan puasa Asyura. Lalu, baginda menjawab: “Puasa Asyura akan menghapus dosa setahun yang lalu.” – (Hadis Riwayat Muslim)

Sumber:

  1. Kelebihan & Amalan Di Bulan Muharram Selain Daripada Membaca Doa AKhir Serta Awal Tahun. Seismik dari, https://says.com/my/seismik/kelebihan-amalan-di-bulan-muharram-selain-daripada-membaca-doa-akhir-serta-awal-tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *