Doa Akhir Tahun Dalam Rumi & Amalan Sunat Bulan Muharram

Apakah doa akhir tahun yang boleh umat Islam baca setiap kali tiba pada penghujung bulan Islam.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan teks bacaan doa akhir tahun dalam bahasa Arab, rumi, dan terjemahannya.

Baca juga:

Doa akhir tahun

Tujuan kita membaca doa akhir tahun ini adalah untuk menzahirkan rasa syukur kita atas segala pemberian Allah SWT sepanjang tahun 2023 ini.

اللهم أحسن الحظ لي في هذا العام الماضي وفي العام القادم، واغفر لي خطاياي فيه، وارحمني فيه، واعطني فيه نعمة وعافية، واجعله لي عاماً سعيداً ومباركاً

Allahumma ahsanal-hadzi li fi hadhihil-‘aamil-maadi wa fi ‘aamil-qadiim, wa ighfir li khatayai-yi fi-hi, wa irhamni fi-hi, wa a’tini fi-hi ni’matan wa ‘aafiyan, wa ija’al-hi li ‘aaman sa’iidan wa mubaarakan

 Maksudnya: "Ya Allah, limpahkanlah kebaikan kepadaku pada tahun yang telah lepas dan pada tahun yang akan datang, ampunilah dosa-dosaku pada tahun itu, kasihanilah aku pada tahun itu, berilah keberkatan dan kesembuhan padaku pada tahun itu, dan jadikanlah tahun itu tahun yang bahagia dan berkat bagiku."

اللهم أشهد أن لا إله إلا أنت وأستغفرك لما قدمت وأتوب إليك من الذنوب وأشهد أنك أنت العزيز الحكيم

Allahumma ash-hadu an la ilaha illa anta wa astaghfiruka lima qadamtu wa atoobu ilayka mina al-dhunub wa ash-hadu annaka anta al-azeez al-hakeem

Maksudnya: "Ya Allah, aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Engkau dan aku memohon ampun kepada-Mu atas apa yang telah aku lakukan dan bertaubat kepada-Mu dari dosa-dosa. Dan aku bersaksi bahwa Engkau adalah Yang Maha Kuat dan Maha Bijaksana."

Peristiwa awal Muharram

doa akhir tahun

Muharram adalah bulan pertama dalam takwim hijrah. Nama lain yang turut digelar kepadanya adalah bulan Allah atau ‘syahrullah’.

Perkataan Muharram itu sendiri bermaksud “Diharamkam” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah.

Terdapata dua peristiwa penting yang kita sebagai umat Islam perlu ingati. Pertama, Muharram adalah satu dari empat bulan yang dimuliakan dan diagungkan oleh Allah SWT dan Rasul Nya sebagai bulan haram.

Kedua, Muharram juga merupakan bulan di mana peristiwa Hijrah Rasulullah SAW daripada Kota Mekah dan Madinah berlaku pada tahun 622 Masihi.

Menghayati sambutan Maal Hijrah

Secara umumnya, sambutan Maal Hijrah disambut atas tanda memperingati peristiwa Rasulullah SAW dan para sahabat yang melakukan hijrah dari Mekah ke Madinah.

Hijrah bermaksud perpindahan daripada satu tempat ke tempat yang lain.

Bahkan penghjrahan juga akan memberi makna berubah kepada satu keadaan yang lebih baik dari sebelumnya.

Hikmah hijrah pada zaman Nabi SAW sangat besar di mana kaum Muhajirin dan Ansar dipersaudarakan, kewujudan surah Makkiyah dan Madaniyah di dalam Al-Quran, dan agama Islam telah tersebar ke seluruh pelosok dunia.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai manusia, berhijrahlah dan berpegang teguhlah dengan Islam. Ini adalah kerana selama jihad kekal, selama itulah hijrah (keluar di jalan Allah SWT) akan berkekalan.” – (Hadis Riwayat Tabrani)

Amalan sunat

Amalan sunat yang sangat digalakkan sepanjang bulan ini adalah dengan melaksanakan puasa sunat. Rasulullah SAW berkata, bulan yang paling baik untuk berpuasa selepas Ramadan ialah puasa pada Muharram.

Tarikh 9, 10, dan 11 Muharram adalah waktu yang disunatkan untuk berpuasa mengikut mazhab Syafie. Bahkan 10 Muharram juga dipanggil As-Asyura.

Dan antara kelebihan terbesar pada hari tersebut adalah diberikan keampunan dosa bagi tahun yang lalu.

Dari Abu Qatadah RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

“Dan berpuasa pada hari Asyura’ seseungguhnya aku mengharapkan kepada Allah agar ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang sebelumnya.” – (Hadis Riayat Muslim)

Amalan sunat lain yang boleh dilakukan adalah seperti:

  • Melakukan sembahyang sunat
  • Berpuasa
  • Menghubungkan silaturrahim
  • Bersedekah
  • Membersihkan diri (mandi sunat)
  • Memakai celak (bagi lelaki)
  • Menziarahi orang-orang alim
  • Menziarahi orang-orang sakit
  • Menyapu kepala anak-anak yatim
  • Meluaskan makanan kepada ahli keluarga
  • Memotong kuku
  • Memperbanyakkan baca Al-Quran

Kesimpulan

Mari kita sambut kedatangan tahun baru Hijrah dengan amal kebaikan yang berlipat kali ganda seperti membaca doa akhir tahun ini agar pahalanya juga boleh kita peroleh sebanyak yang mampu.

Apa yang penting, jadikanlah tahun baru ini sebagai penghijrahan yang terbaik dalam kehidupan kita untuk lebih bertakwa dan bertambah keimanan lagi kepada Allah SWT.

Sumber:

  1. Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun. Mufti Selangor
  2. Bayan Linnas Siri Ke-39: 10 Muharram: Kelebihan & Faktanya. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.