Doa Tahajud Yang Ringkas, Mudah Dihafal dan Mustajab
Apakah doa tahajud yang boleh diamalkan dan dibaca ketika mendirikan solat sunat tahajud di malam hari?
Artikel pada kali ini akan berkongsi kepada anda secara mendalam mengenai beberapa himpunan doa tahajud yang menjadi bacaan ketika solat tahajud.
Baca juga:
Dalil pelaksanaan solat tahajud
Allah SWT ada berfirman dalah surah Al-Isra’, ayat 79:
وَمِنَ الَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهٖ نَافِلَةً لَّكَۖ عَسٰٓى اَنْ يَّبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُوْدًا
Maksudnya: “Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah solat tahajud sebagai solat tambahan bagi kamu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan Mu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari amalan dosa dan dapat menghalangi penyakit.” – (Hadis Riwayat Tirmizi dan Ahmad RA)
Ada diceritakan juga bahawa Rasulullah SAW sangat istiqamah mendirikan solat tahajud sehingga kaki baginda bengkak-bengkak disebabkan terlalu berdiri lama dalam solat.
Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa:
Maksudnya: “Rasulullah SAW pernah melaksanakan solat sehingga kedua-dua kaki Baginda bengkak (kerana lamanya berdiri). Seseorang pernah bertanya kepada Baginda:
Mengapakah kamu melakukan hal sedemikian sedangkan sudah tertulis bahawa Allah telah mengampuni segala dosa kamu yang telah lalu dan akan datang. Baginda pun bersabda: Adakah aku tidak boleh menjadi hamba yang banyak bersyukur kepada Nya.” – (Hadis Riwayat Al-Tirmizi)
Doa sebelum solat tahajud
Berikut adalah doa sebelum solat tahajud yang boleh anda amalkan:
لاَاِلهَ إِلاَّأَنْتَ سُبْحَانَك،اَسْتَغْفِرُكَ لِذَنْبِي وَاَسْأَلُكَ رَحْمَتَكَ
La ilaha illa anta subhaanaka, astaghfiruka lidzambii wa as aluka rahmataka
اَللَّهُمَ زِدْنِيْ عِلْماً وَلاَتُزِغْ قَلْبِيْ بَعْدَ اِذْهَدَ يْتَنِيْ وَهَبْ لِيْ مِنْ لَدُنْكَ
Allahuma zidnii ‘ilmaan wala tuzigh qalbii ba’da idzhadaitanii wahablii min ladunnka
رَحْمةًاِنَّكَ اَنْتَ الْوَهَّابُ. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ اَحْيَانِيْ َبَعْدَمَا اَمَاتَنِىْ وَاِلَيهِ النُّشُوْرِ
Rahmataan innaka antalwahaab, alhamdulillahi lladzii ahyaana ba’damaa amaa tanii wailaihi nnusyur
وَصَلّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ للَّهِ رَبَّ الْعَلَمِيْنَ
Washolawallahu a’laa sayyidina muhammadin waa’la aalihi washohbihi wasallama wallhamdulillahi rabbil a’lamiin
Maksudnya: “Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada Mu akan Rahmat Mu.
Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu;
Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada Nyalah tempatku kembali.”
Doa sujud akhir tahajud
Berikut adalah doa pada sujud terakhir solat tahajud yang boleh anda amalkan:
رَبِّ اَدْخِلْنِيْ مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِيْ مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنْكَ سُلْطَانًانَّصِيرًا
Rabbi adkhilnii mudkhola shidqin wa akhrijnii mukhraja shidqin waaj’allii min lladunka sulthoonaannashiiraan
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah aku kedalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah aku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisi mu hujah keturunan serta kekuasaan yang menolongku.”
Waktu doa yang terbaik adalah doa di tengah malam, berdasarkan kepada sebuah hadis:
Daripada Abu Umamah RA, bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya berkaitan doa apakah yang paling didengari oleh Allah SWT. Jawab Baginda SAW:
جَوْفَ اللَّيْلِ الآخِرِ، وَدُبُرَ الصَّلَوَاتِ المَكْتُوبَاتِ
Maksudnya: “Doa di tengah malam dan selepas daripada solat fardhu.” [Riwayat al-Tirmizi (3499)
Manakala solat yang paling afdhal selepas solat fardhu adalah solat di tengah malam.
Bacaan doa tahajud
Doa tahajud yang diriwayatkan oleh Ibn Majah daripada Abdullah Ibn Abbas dan riwayat Al-Bukhari (No. 1120, 6317, 7385) dan Muslim (No. 769) adalah seperti berikut:
Allahumma lakal hamdu anta qoyyimus samawaa tiwal ardhi waman fii hinna. Walakal hamdu laka mulkus samaa waa tiwal ardhi waman fii hinna.
Walakal hamdu nuurus samaa waa tiwal ardhi.
Walakal hamdu antal haqq wawa’ dukal haqq waliqoo uka haqq waqauluka haqq wal jannatu haqq wannaru haqq. Wannabiyyuuna haqq.
Wamuhammadun sollallahu ‘alaihiwasallam haqq. Wassa ‘atu haqq.
Allahumma laka aslamtu. Wabika amantu. Wa ‘alaika tawakkaltu wa ilaika anabtu wabika khosomtu. Wa ilaika hakamtu.
Fagfirli maaqaddamtu. Wamaa akh khortu wamaa asrartu wamaa a’ lantu.
Antal muqoddimu wa antal mu akh khiru. Laa ilaha illa anta au laa ilaha ghoiruka walaa haula walaa quwwata illa billah.
Maksudnya: “Ya Allah, bagi Mu segala puji, Engkaulah penegak langit dan bumi serta segala isinya.
Bagi Mulah segala puji, Engkau raja penguasa langit dan bumi. Bagi Mulah segala puji, pemancar cahaya langit dan bumi.
Bagi Mulah segala puji, Engkaulah yang benar, janji Mu adalah benar, perjumpaan Mu itu adalah benar, firman Mu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar.
Ya Allah, kepada Mulah aku berserah diri, kepada Mulah aku kembali, kepada Mulah aku rindu, dan kepada Engkaulah aku berhukum.
Ampuni aku atas kesalahan yang telah aku lakukan dan yang sebelumnya, baik yang aku sembunyikan mahupun yang dinyatakan.
Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (kekuasaan) Allah.”
Terlalu banyak kebaikan dan manfaat yang boleh diperoleh apabila kita melaksanakan solat tahajud dan membaca doa tahajud yang dikongsikan ini.
Lantaran itu, gunakanlah masa kita sebagai seorang hamba dengan sebaik mungkin agar kita memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat.
Semoga himpunan doa tahajud ini dapat memberikan anda informasi dan pengetahuan yang bermanfaat untuk dibaca dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
Sumber:
- Al-Kafi #793: Maksud Tahajjud dan Cara Melakukannya. Mufti Wilayah Persekutuan
- Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-286: Tidak Qiyamullail Adalah Petanda Allah Tidak Mahu Berjumpa? Mufti Wilayah Persekutuan
- Yahaya, M. H. (2011). Ensiklopedia solat. Kuala Lumpur: Telaga biru Sdn Bhd.