Doa Naik Kenderaan Darat, Laut dan Udara (Panduan Lengkap Arab & Rumi)

Hari ini, kita amat mudah untuk kemana-mana. Sebut sahaja apa jua kenderaan yang menghubungkan darat, luat dan udara pasti ia ada untuk memudahkan perjalanan kita. Artikel kali ini, kami akan berkongsi kepada anda doa naik kenderaan.

Sirah berkaitan doa naik kenderaan

Kisah berkaitan doa naik kenderaan ini ada disampaikan dalam hadis daripada Ali bin Rabi’ah:

Aku melihat Amiral Mukminin Sayyidina Ali mendapat seekor haiwan sebagai tunggangannya. Semasa Sayyidina Ali menginjakkan kakinya di pelana, beliau menyebut nama Allah سِبْـمِ اللهِ.

Sesudah berada di atas tunggangannya beliau bertahmid الْحَمْـدُ لله. Kemudian membaca doa سُـبْحانَ الّذي سَخَّـرَ لَنا هذا وَما كُنّا لَهُ مُقْـرِنين، وَإِنّا إِلى رَبِّنا لَمُنـقَلِبون  yang bermaksud “Maha Suci Engkau yang menundukkan semua ini untuk kami, padahal sebelumnya kami tidak mampu menguasainya dan sesungguhnya hanya kepada kami akan kembali kepada Tuhan kami.”

Selepas itu, Sayyidina Ali bertahmid الْحَمْـدُ لله  sebanyak 3 kali, bertakbir اللهُ أكْـبَر  sebanyak 3 kali seraya berdoa, سُـبْحانَكَ اللّهُـمَّ إِنّي ظَلَـمْتُ نَفْسي فَاغْـفِرْ لي، فَإِنَّهُ لا يَغْفِـرُ الذُّنوبَ إِلاّ أَنْـت.

“Maha Suci Engkau, Ya Allah! Sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri, oleh itu ampunkanlah aku. Sesungguhnya, hanya Engkau yang dapat mengampuni dosa kami.”

Kemudian, Sayyidina Ali tertawa. Lalu aku pun bertanya kepadanya. “Wahai Amirul Mu’minin, mengapakah tuan tertawa?” lalu dijawab oleh sayyidina Ali, “Aku melihat Rasulullah SAW melakukan sama seperti yang aku lakukan tadi, lalu beliau tertawa. Aku (Saidina Ali) pun bertanya kepada Baginda SAW, ‘Mengapa kamu tertawa, wahai Rasulullah SAW?’

Jawab Baginda, ‘Sesungguhnya, Tuhan kagum kepada hambaNya yang berdoa, Wahai Tuhanku! Ampunilah dosa-dosaku, dan dia menyedari hanya Allah sahaja yang dapat mengampuni segala dosa.’ – (Riwayat Tarmizi, Kitab Syamail Al-Muhammadiyyah)

Doa naik kenderaan (darat)

doa naik kenderaan

Subhana alladhi sakh khara la na hadha wa ma kunna la hu muqrinin. Wa inna ila Rabbi na la munqalibuun 

Maksudnya: “Segala puji bagi Allah, Maha suci tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami,sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya.”

Doa naik kenderaan (laut/udara)

Bismillaahi majraaha wamursaahaa inna rabbi laghofuurur rahiim

Maksudnya: “Dengan nama Allah ketika mula bergerak (perjalanan) dan berhenti (berlabuh atau mendarat); Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang).”

Doa bila sampai ke tempat dituju

Alhamdulillahil ladzi sallamani wal ladzi awani wal ladzi jama’asy syamla bi  

Maksudnya: “Segala puji bagi Allah, yang telah menyelamatkan aku dan yang telah melindungiku dan yang mengumpulkanku dengan keluargaku.”

Doa lengkap naik kenderaan

بِسْـمِ اللهِ وَالْحَمْـدُ لله، سُـبْحانَ الّذي سَخَّـرَ لَنا هذا وَما كُنّا لَهُ مُقْـرِنين، وَإِنّا إِلى رَبِّنا لَمُنـقَلِبون، الحَمْـدُ لله، الحَمْـدُ لله، الحَمْـدُ لله، اللهُ أكْـبَر، اللهُ أكْـبَر، اللهُ أكْـبَر، سُـبْحانَكَ اللّهُـمَّ إِنّي ظَلَـمْتُ نَفْسي فَاغْـفِرْ لي، فَإِنَّهُ لا يَغْفِـرُ الذُّنوبَ إِلاّ أَنْـت

Bismillahi walham dulillah. Subhana alladhi sakh khara la na hadha wa ma kunna la hu muqrinin. Wa inna ila Rabbi na la munqalibuun. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Allahuakbar Allahuakbar. Subha nakallahumma inni zolamtu nafsi faghfirli fainnahu la yagh firuzzunu ba illa anta

Maksudnya: “Dengan nama Allah. Segala puji bagi Allah. Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya. Sesungguhnya kepada Tuhan kamilah kami akan kembali. Segala puji bagi Allah, Segala puji bagi Allah, Segala puji bagi Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Maha Suci Engkau, aku telah menzalimi diriku. Ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau.”

Tips sebelum memulakan perjalanan

  • Pastikan suis elektrik dan semua peralatan elektrik sudah dimatikan dan plug dicabut juga dari soket
  • Simpan semua barang yang berharga
  • Nyalakan lampu rumah
  • Pastikan kenderaan yang ingin dipandu dalam keadaan baik dan selamat

Amalan sunnah ketika naik kenderaan

Kita disunatkan untuk membaca takbir apabila bertemua kawasan mendaki dan membaca tasbih apabila menuruni kawasan bukit tetapi makruh untuk menyaringkan suara bacaan tersebut.

Selain daripada itu, basahkanlah bibir sentiasa dengan puji-pujian atas nama Allah dan berselawat kepada Rasulullah SAW. Pasangkan juga audio zikir-zikir, istighfar dan selawat dalam kenderaan.

Adab menaiki kenderaan yang perlu diamalkan

doa naik kenderaan
  • Baca basmallah
  • Baca doa naik kenderaan
  • Mulakan dengan mendahulukan langkah kanan
  • Mengikut giliran
  • Hormat-menghormati dengan memberikan keutamaan kepada orang yang memerlukan
  • Tidak membuat bising
  • Menjaga kebersihan dan tidak merosakkan kenderaan awam
  • Mematuhi peraturan jalan raya
  • Tidak berebut-rebut semasa menaiki kenderaan
  • Tidak membawa terlebih muatan
  • Elak dari menggunakan telefon ketika memandu

Diharapkan artikel berkenaan dengan doa naik kenderaan ini dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat sebelum memandu atau memulakan perjalanan.

Hati-hati sentiasa di jalan raya semoga sampai dengan selamat ke destinasi yang hendak dituju!

Sumber:

  1. Bayan Linnas Siri Ke-99: Kapal Terbang dan Kepentingan Doa Musafir. Mufti Wilayah Persekutuan
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: