Berikut dikongsikan doa masuk tandas dan keluar tandas.
Tandas merupakan sebuah tempat yang selalu dicari oleh seseorang untuk membuang segala bahan-bahan yang tidak diperlukan dari badan kita sama ada air kecil atau air besar.
Selain itu, tandas juga merupakan satu tempat yang sering menjadi tempat kediaman syaitan.
Oleh kerana itu, kita sebagai umat islam haruslah sentiasa menjaga adab-adab semasa ke tandas sama ada sebelum, semasa atau selepas keluar daripada tandas.
Artikel ini menunjukkan doa masuk tandas dan keluar tandas dengan bantuan ejaan rumi besertakan adab masuk serta keluar tandas.
Doa Masuk Tandas

Allahumma innii aAAoozu bika minal-khubsi wal-khoba-ith
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari syaitan lelaki dan Syaitan wanita. (Riwayat al-bukhori)
Doa Keluar Tandas

Ghufraanaka. Alhamdulillahillazii adzhaba `annil azaa wa`aafaanii
Maksudnya: “Aku memohon keampunan kepada-Mu, segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dariku sesuatu yang menyakiti dan menyihatkan aku”.
Adab Sebelum Masuk Tandas
Adab sebelum masuk ke dalam tandas.
- Membaca doa sebelum masuk tandas
- Sentiasa memastikan kepala ditutup dengan kain atau sebagainya
- Sunat untuk memasuki tandas dengan kaki kiri
- Tidak membawa masuk benda-benda yang tertulis dengan nama-nama Allah S.W.T atau ayat-ayat al-Quran beserta nama Rasulullah.
Adab Semasa Dalam Tandas
Adab-adab semasa berada di dalam tandas.
- Sentiasa memakai alas kaki seperti selipar bagi memastikan kaki bersih daripada terkenanya najis secara tidak sengaja.
- Menggunakan air dengan sebaiknya untuk mengelakkan daripada berlakunya pembaziran.
- Menjaga kebersihan tandas dengan mengepam setelah selesai menggunakannya serta membuang sampah di tempat yang telah disediakan.
- Beristinjak dengan menggunakan tangan kiri.
Adab Keluar Tandas
Adab selepas keluar daripada tandas.
- Keluar dengan menggunakan kaki kanan.
- Membaca doa keluar tandas.