Doa Masuk Masjid Berserta Adab-Adab Yang Sunat Diamalkan

Untuk masuk ke dalam masjid, ada adab-adabnya yang perlu kita ketahui dan amalkan. Salah satu yang menjadi kelaziman adalah membaca doa masuk masjid dan keluar masjid.

Apakah doa berkenaan? Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda doa masuk masjid, doa keluar masjid, sekaligus beberapa adab yang boleh dijadikan panduan.

Baca juga:

Fungsi masjid dan peranannya

Sejak dulu lagi, masjid menjadi tempat atau rumah ibadah bagi seluruh umat Islam di di dunia ini.

Perkataan masjid itu sendiri berasal dari perkataan Arab yang bererti tempat sujud,

Hari ini, fungsi masjid sudah dilihat melebihi sekadar tempat untuk umat Islam semata-mata beribadah.

Masjid moden mempunyai banyak fungsi yang cukup istimewa sebagai lambang keagungan Islam sendiri. Antara fungsi masjid adalah seperti:

  • tempat beribadah umat Islam mendirikan sembahyang Jumaat dan sembahyang-sembahyang lain.
  • tempat mengadakan pendidikan agama Islam seperti kelas fardhu ain, dan mengaji Al-Quran
  • tempat mengadakan sesuatu majlis perayaan yang berkaitan dengan agama Islam seperti Maulidur Rasul, dan doa selamat.
  • pusat penyebaran dakwah, maklumat, peraturan, dan arahan daripada Majlis, Jabatan atau Pejabat Agama Islam Daerah.
  • tempat mengadakan mesyuarat atau perjumpaan khususnya kepada ahli jawatankuasa masjid bagi bagi kegiatan yang melibatkan agama Islam.

Doa masuk masjid

Berikut adalah lafaz dan bacaan doa masuk masjid dalam teks arab, rumi, dan terjemahannya.

أعُوْذُ بِاللهِ العَظِيْمِ وَبِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ وَسُلْطَانِهِ الْقَدِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ. بِسْمِ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلهِ. أَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذُنُوْبِي وَافْتَحْ لِي أَبْوَابَ فَضْلِكَ

A’ûdzu billâhil ‘azhîm wa biwajhihil karîm wa sulthânihil qadîm minas syaithânir rajîm. Bismillâhi wal hamdulillâh. Allâhumma shalli wa sallim ‘alâ sayyidinâ muhammadin wa ‘alâ âli sayyidinâ muhammadin. Allâhummaghfirlî dzunûbî waftahlî abwâba rahmatik’

Maksudnya: “Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Besar, kepada zat Nya Yang Maha Mulia, dan kepada kerajaan Nya yang sedia dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah dan segala puji bagi Allah.

Hai Tuhanku, berilah selawat dan sejahtera atas Sayyidina Muhammad dan atas keluarga Sayyidina Muhammad. Hai Tuhanku, ampuni untukku segala dosaku. Bukalah bagiku segala pintu rahmat Mu”

Doa keluar masjid

Berikut adalah lafaz dan bacaan doa keluar masjid dalam teks arab, rumi, dan terjemahannya.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ

‘Allahummaftah li abwaba rahmatika’

Maksudnya: “Ya Allah, bukalah pintu-pintu rahmat Mu untukku”

Menjadi pencinta masjid

Islam sangat menekankan mengenai masjid dari menerusi ayat Al-Quran dan hadis.

Bahkan mereka yang sentiasa mengunjungi masjid dan menjadi pencinta masjid, golongan ini sebenarnya mencontohi kepada sunnah Rasulullah SAW.

Imam Nawawi memberi tafsiran maksud hati terikat dengan masjid bukan hanya sekadar duduk atau meluangkan masa yang lama di situ.

Bahkan jauh lebih itu, mereka ini terlalu cintakan masjid sehingga melazimi solat berjemaah dan mengimarahkannya.

Adab sebelum masuk ke dalam masjid

  • Memastikan pakaian yang dipakai menutup aurat
  • Memakai wangi-wangian bagi lelaki – ini adalah anjuran daripada Al-Quran di dalam surah al-a’raf ayat 31 yang bermaksud: “Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid.”

Adab ketika masuk ke dalam masjid

  • Masuk ke dalam masjid dengan langkah kanan
  • Membaca doa seperti diatas
  • Memberikan salam kepada sesiapa yang berada di masjid

Adab ketika berada di dalam masjid

  • Berniat iktikaf di dalam masjid iaitu berhenti sekejap atau lama dengan niat beribadah kepada Allah
  • Menunaikan solat sunat tahiyatul masjid
  • Sebaik-baiknya bersolat pada tempat yang berdinding
  • Memperbanyakkan zikir, selawat, berdoa dan membaca Al-Quran tetapi haruslah memastikan tidak mengganggu orang lain yang juga sedang beribadah
  • Elakkan daripada keluar dari masjid selepas azan berkumandang selain ada sebab-sebab yang syarie’
doa masuk masjid
  • Elakkan daripada memakan benda-benda yang berbau supaya tidak mengganggu para jemaah yang lain
  • Elakkan daripada memakai pakaian yang mengganggu kekhusyukan solat para jemaah lain;
  • Menjaga kebersihan masjid
  • Menjauuhkan diri daripada amalan yang bertentangan dengan adab-adab di masjid
  • Menjawab azan
  • Elakkan daripada bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah atau sifat keduniaan
  • Jangan berjual beli ketika berada di dalam dewan solat
  • Kepada mereka yang membawa kanak-kanak, pastikan kanak-kanak tersebut tidak mengganggu ketenteraman jemaah lain

Adab ketika mahu keluar masjid

  • Membaca doa keluar masjid seperti di atas
  • Memberikan salam kepada orang yang masih berada di masjid
  • Keluar dengan kaki kiri

Diharapkan perkongsian mengenai doa masuk masjid ini dapat memberikan anda semua informasi yang berguna dan bermanfaat untuk dijadikan panduan dalam kehidupan seharian.

Sumber:

  1. Bayyan Linnas Siri Ke-206: Pengimarahan Masjid: Tugas Kita. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Fungsi Masjid Dalam Islam Bagi Umat Muslim. Dalam Islam
  3. Tatatertib Di Masjid. Mufti Pulau Pinang
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.