99 Nama Allah (Asmaul Husna) dengan Maksud & Kegunaannya
Artikel pada kali ini kami akan kongsikan kepada anda 99 nama Allah yang mempunyai banyak maksud dan khasiatnya.
Apakah itu asmaul husna?
Asmaul husna bereerti nama-nama Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat Nya.
Dalam Surah Al-Israa, ayat 110, Allah berfirman:
“Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaulhusna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu.”
Panduan 99 nama Allah beserta maksud
No. | Nama Allah (Rumi) | Nama Allah (Jawi) | Maksud |
1. | Ar-Rahmaan | الرحمن | Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan pengasih di dunia. |
2. | Ar-Rahim | الرحيم | Maha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di akhirat. |
3. | Al-Malik | الملك | Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendak Nya sendiri. |
4. | Al-Quddus | القدوس | Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan. |
5. | As-Salaam | السلام | Maha Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh makhluk Nya. |
6. | Al-Mu’min | المؤمن | Maha Pengaman / Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalah dan makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan benar-benar dipenuhi janji Nya dengan pahala yang baik. |
7. | Al-Muhaimin | المحيمن | Maha Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta Pengawas, iaitu memerintah dan melindungi segala sesuatu. |
8. | Al-’Aziiz | العزيز | Maha Mulia / Maha Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat sekehendakNya |
9. | Al-Jabbaar | الجبار | Maha Perkasa / Maha Kuat / Yang Menundukkan Segalanya, iaitu mencukupi segala keperluan, melangsungkan segala perintahNya serta memperbaiki keadaan seluruh hambaNya. |
10. | Al-Mutakabbir | المتكبر | Maha Megah / Maha Pelengkap Kebesaran. iaitu yang melengkapi segala kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan dan kemegahanNya. |
11. | Al-Khaaliq | الخالق | Maha Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang menakdirkan adanya semua itu. |
12. | Al-Baari | البارئ | Maha Pembuat / Maha Perancang / Maha Menjadikan, iaitu mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya. |
13. | Al-Mushawwir | المصور | Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk, memberikan gambaran atau bentuk pada sesuatu yang berbeza dengan lainnya. (Al-Khaaliq adalah mengadakan sesuatu yang belum ada asal mulanya atau yang menakdirkan adanya itu. Al-Baari’ ialah mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya, manakala Al-Mushawwir ialah yang memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya). |
14. | Al-Ghaffaar | الغفار | Maha Pengampun, banyak pemberian maafNya dan menutupi dosa-dosa dan kesalahan. |
15. | Al-Qahhaar | القهار | Maha Pemaksa, menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya serta memaksa segala makhluk menurut kehendakNya. |
16. | Al-Wahhaab | الوهاب | Maha Pemberi / Maha Menganugerah, iaitu memberi banyak kenikmatan dan selalu memberi kurnia. |
17. | Ar-Razzaaq | الرزاق | Maha Pengrezeki / Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagai rezeki serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya. |
18. | Al-Fattaah | الفتاح | Maha Membukakan / Maha Pembuka , iaitu membuka gedung penyimpanan rahmatNya untuk seluruh hambaNya. |
19. | Al-’Aliim | العليم | Maha Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak ada satu benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya. |
20. | Al-Qaabidh | القابض | Maha Pencabut / Maha Penyempit Hidup / Maha Pengekang, iaitu mengambil nyawa atau menyempitkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki olehNya. |
21. | Al-Baasith | الباسط | Maha Meluaskan / Maha Pelapang Hidup / Maha Melimpah Nikmat, iaitu memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa yang diinginkan olehNya. |
22. | AI-Khaafidh | الخافض | Maha Menjatuhkan / Maha Menghinakan / Maha Perendah / Pengurang, iaitu terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan akibat kelakuannya sendiri dengan memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan. |
23. | Ar-Raafi | الرافع | Maha Mengangkat / Maha Peninggi, iaitu terhadap orang yang selayaknya diangkat kedudukannya kerana usahanya yang giat, iaitu termasuk golongan kaum yan |
24. | Al-Mu’iz | المعز | Maha Menghormati / Memuliakan / Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada orang yang berpegang teguh pada agamaNya dengan memberinya pentolongan dan kemenangan. |
25. | Al-Muzil | المذل | Maha Menghina / Pemberi kehinaan, iaitu kepada musuh-musuhNya dan musuh ummat Islam seluruhnya. |
26. | As-Samii’ | السميع | Maha Mendengar. |
27. | Al-Bashiir | البصير | Maha Melihat. |
28. | Al-Hakam | الحكم | Maha Menghukum / Maha Mengadili, iaitu sebagai hakim yang menetapkan / memutuskan yang tidak seorang pun dapat menolak keputusanNya, juga tidak seorang pun yang berkuasa merintangi kelangsungan hukumNya itu. |
29. | Al-’Adl | العدل | Maha Adil. Serta sangat sempurna dalam keadilanNya itu. |
30. | Al-Lathiif | اللطيف | Maha Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lembut serta Halus, iaitu mengetahui segala sesuatu yang samar-samar, pelik-pelik dan kecil-kecil. |
31. | Al-Khabiir | الخبير | Maha Waspada/ Maha Mengetahui. |
32. | Al-Haliim | الحليم | Maha Penyabar / Maha Penyantun / Maha Penghamba, iaitu yang tidak tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula gelojoh memberikan siksaan. |
33. | Al-’Adzhiim | العظيم | Maha Agung, iaitu mencapai puncak tertinggi dan di mercu keagungan kerana bersifat dengan segala macam sifat kebesaran dan kesempunnaan. |
34. | Al-Ghafuur | الغفور | Maha Pengampun, banyak pengampunanNya kepada hamba-hambaNya. |
35. | Asy-Syakuur | الشكور | Maha Pembalas / Maha Bersyukur, iaitu memberikan balasan yang banyak sekali atas amalan yang kecil. |
36. | Al-’Aliy | العلي | Maha Tinggi Martabat-Nya / Maha Tinggi serta Mulia, iaitu mencapai tingkat yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin digambarkan oleh akal fikiran sesiapa pun dan tidak dapat difahami oleh otak yang bagaimanapun pandainya. |
37. | Al-Kabiir | الكبير | Maha Besar, yang kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh pancaindera ataupun akal manusia. |
38. | Al-Hafidz | الحفيظ | Maha Pemelihara Maha Pelindung / Maha Memelihara, iaitu menjaga segala sesuatu jangan sampai rosak dan goyah. Juga menjaga segala amal perbuatan hamba-hambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit pun untuk memberikan balasanNya. |
39. | Al-Muqiit | المقيت | Maha Pemberi kecukupan/ Maha Pemberi Keperluan , baik yang berupa makanan tubuh ataupun makanan rohani. |
40. | Al-Hasiib | الحسيب | Maha Penjamin / Maha Mencukupi / Maha Penghitung, iaitu memberikan jaminan kecukupan kepada seluruh bamba-hambaNya pada hari Qiamat. |
41. | Al-Jaliil | الجليل | Maha Luhur, iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan sifat-sifatNya. |
42. | Al-Kariim | الكريم | Maha Pemurah, iaitu mulia tanpa had dan memberi siapa pun tanpa diminta atau sebagai penggantian dan sesuatu pemberian. |
43. | Ar-Raqiib | الركيب | Maha Peneliti / Maha Pengawas Maha Waspada, iaitu yang mengamat-amati gerak-geri segala sesuatu dan mengawasinya. |
44. | Al-Mujiib | المجيب | Maha Mengabulkan, iaitu yang memenuhi permohonan siapa saja yang berdoa padaNya. |
45. | Al-Waasi’ | الواسع | Maha Luas Pemberian-Nya , iaitu kerahmatanNya merata kepada segala yang maujud dan luas pula ilmuNya terhadap segala sesuatu. |
46. | Al-Hakiim | الحكيم | Maha Bijaksana, iaitu memiliki kebijaksanaan yang tertinggi kesempurnaan ilmuNya serta kerapiannya dalam membuat segala sesuatu. |
47. | Al-Waduud | الودود | Maha Pencinta / Maha Menyayangi, iaitu yang menginginkan segala kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga berbuat baik pada mereka itu dalam segala hal dan keadaan. |
48. | Al-Majiid | المجيد | Maha Mulia, iaitu yang mencapai tingkat teratas dalam hal kemuliaan dan keutamaan. |
49. | Al-Ba’ithu | الباعث | Maha Membangkitkan, iaitu membangkitkan semangat dan kemahuan, juga membangkitkan para Rasul dan orang-orang yang telah mati dari kubur masing-masing nanti setelah tibanya hari Qiamat. |
50. | Asy-Syahiid | الشهيد | Maha Menyaksikan / Maha Mengetahui keadaan semua makhluk. |
51. | Al-Haq | الحق | Maha Haq / Maha Benar yang kekal dan tidak akan berubah sedikit pun. |
52. | Al-Wakiil | الوكيل | Maha Pentadbir / Maha Berserah / Maha Memelihara penyerahan, yakni memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa yang menjadi keperluan mereka itu. |
53. | Al-Qawiy | القوى | Maha Kuat / Maha Memiliki Kekuatan , iaitu yang memiliki kekuasaan yang sesempurnanya. |
54. | Al-Matiin | المتين | Maha Teguh / Maha Kukuh atau Perkasa / Maha Sempurna Kekuatan-Nya , iaitu memiliki keperkasaan yang sudah sampai di puncaknya. |
55. | Al-Waliy | الولى | Maha Melindungi, iaitu melindungi serta mengaturkan semua kepentingan makhlukNya kerana kecintaanNya yang amat sangat dan pemberian pertolonganNya yang tidak terbatas pada keperluan mereka. |
56. | Al-Hamiid | الحميد | Maha Terpuji, yang memang sudah selayaknya untuk memperoleh pujian dan sanjungan. |
57. | Al-Muhshii | المحصى | Maha Menghitung / Maha Penghitung, iaitu yang tiada satu pun tertutup dari pandanganNya dan semua amalan diperhitungkan sebagaimana wajarnya. |
58. | Al-Mubdi’ | المبدئ | Maha Memulai/Pemula / Maha Pencipta dari Asal, iaitu yang melahirkan sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud. |
59. | Al-Mu’iid | المعيد | Maha Mengulangi / Maha Mengembalikan dan Memulihkan, iaitu menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau setelah rosaknya. |
60. | Al-Muhyii | المحي | Maha Menghidupkan, iaitu memberikan daya kehidupan pada setiap sesuatu yang berhak hidup. |
61. | Al-Mumiit | المميت | Maha Mematikan, iaitu mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa yang hidup. |
62. | Al-Hay | الحي | Maha Hidup, iaitu sentiasa kekal hidupNya itu. |
63. | Al-Qayyuum | القيوم | Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya , iaitu baik ZatNya, SifatNya, Af’alNya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. DenganNya pula berdirinya langit dan bumi ini. |
64. | Al-Waajid | الواجد | Maha Penemu / Maha Menemukan, iaitu dapat menemukan apa saja yang diinginkan olehNya, maka tidak berkehendakkan pada suatu apa pun kerana sifat kayaNya yang secara mutlak. |
65. | Al-Maajid | الماجد | Maha Mulia, (sama dengan no. 48 yang berbeda hanyalah tulisannya dalam bahasa Arab, Ejaan sebenarnya no. 48 Al-Majiid, sedang no. 65 A1-Maajid). |
66. | Al-Waahid | الواحد | Maha Esa. |
67. | Al-Ahad | الأحد | Maha Tunggal. |
68. | Ash-Shamad | الصمد | Maha Diperlukan / Maha Diminta / Yang Menjadi Tumpuan, iaitu selalu menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada hajat keperluan. |
69. | Al-Qaadir | القادر | Maha Berkuasa/ Maha Kuasa / Maha Berupaya |
70. | Al-Muqtadir | المقتدر | Maha Menentukan. |
71. | Al-Muqaddim | المقدم | Maha Mendahulukan / Maha Menyegera, iaitu mendahulukan sebahagian benda dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau dalam kemuliaannya, selisih waktu atau tempatnya. |
72 | Al-Muakhkhir | المؤخر | Maha Menangguhkan / Maha Mengakhirkan / Maha Membelakangkan / Maha Melambat-lambatkan., iaitu melewatkan sebahagian sesuatu dari yang lainnya. |
73. | Al-Awwal | الأول | Maha Pemulaan / Maha Pertama, iaitu terdahulu sekali dari semua yang maujud. |
74. | Al-Aakhir | الآخر | Maha Penghabisan / Yang Akhir, iaitu kekal terus setelah habisnya segala sesuatu yang maujud. |
75. | Azh-Zhaahir | الظاهر | Maha Zahir / Maha Nyata / Maha Menyatakan, iaitu menyatakan dan menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti-bukti dan tanda-tanda ciptaanNya |
76. | Al-Baathin | الباطن | Maha Tersembunyi, iaitu tidak dapat dimaklumi ZatNya, sehingga tidak seorang pun dapat mengenal ZatNya itu. |
77. | Al-Waalii | الوالى | Maha Menguasai / Maha Menguasai Urusan / Yang Maha Memerintah, iaitu menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi milikNya. |
78. | Al-Muta’aalii | المتعال | Maha Suci/Tinggi , iaitu terpelihara dari segala kekurangan dan kerendahan. |
79. | Al-Bar | البار | Maha Dermawan / Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan) / Yang banyak membuat kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan besar kenikmatan yang dilimpahkanNya. |
80. | At-Tawwaab | التواب | Maha Penerima Taubat, iaitu memberikan pertolongan kepada orang-orang yang melakukan maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya. |
81. | Al-Muntaqim | المنتقم | Maha Penyiksa / Yang Maha Menghukum, kepada mereka yang bersalah dan orang yang berhak untuk memperoleh siksaNya. |
82. | Al-’Afuw | العفو | Maha Pemaaf / Yang Maha Pengampun, menghapuskan kesalahan orang yang suka kembali untuk meminta maaf padaNya. |
83. | Ar-Rauuf | الرؤف | Maha Pengasih / Maha Mengasihi, banyak kerahmatan dan kasih sayangNya. |
84. | Maalikul Mulk | المالك الملك | Maha Pemilik Kekuasaan / Maha Menguasai kerajaan / Pemilik Kedaulatan Yang Kekal, maka segala perkara yang berlaku di alam semesta, langit, bumi dan sekitarnya serta yang di alam semesta itu semuanya sesuai dengan kehendak dan iradatNya. |
85. | Zul-Jalaali Wal Ikraam | ذوالجلال والإكرام | Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan / Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Juga Zat yang mempunyai keutamaan dan kesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang amat banyak dan melimpah ruah. |
86. | Al-Muqsith | المقسط | Maha Mengadili / Maha Saksama, iaitu memberikan kemenangan pada orang-orang yang teraniaya dari tindakan orang-orang yang menganiaya dengan keadilanNya. |
87. | Al-Jaami | الجامع | Maha Mengumpulkan / Maha Pengumpul, iaitu mengumpulkan berbagai hakikat yang telah bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari pembalasan. |
88. | Al-Ghaniy | الغنى | Maha Kaya Raya / Maha Kaya serta Serba Lengkap, iaitu tidak berkehendakkan apa juapun dari yang selain ZatNya sendiri, tetapi yang selainNya itu amat mengharapkan padaNya. |
89. | Al-Mughnii | المغنى | Maha Pemberi kekayaan / Maha Mengkayakan dan Memakmurkan, iaitu memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang berlimpah-ruah kepada siapa saja yang dikehendaki dari golongan hamba-hambaNya. |
90. | Al-Maani’ | المانع | Maha Membela atau Maha Menolak / Maha Pencegah, iaitu membela hamba-hambaNya yang soleh dan menolak sebab-sebab yang menyebabkan kerosakan. |
91. | Adh-Dhaar | الضار | Maha Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya / Maha Pemberi bahaya, iaitu dengan menurunkan seksa-seksaNya kepada musuh-musuhNya |
92. | An-Naafi | النافع | Maha Pemberi Manfaat , iaitu meluaslah kebaikan yang dikurniakanNya itu kepada semua hamba, masyarakat dan negeri. |
93. | An-Nuur | النور | Maha Pemberi Cahaya / Maha Bercahaya, iaitu menonjokan ZatNya sendiri dan menampakkan untuk yang selainNya dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya. |
94. | Al-Haadi | الهادى | Maha Pemberi Petunjuk / Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk, iaitu memberikan jalan yang benar kepada segala sesuatu agar berterusan adanya dan terjaga kehidupannya. |
95. | Al-Badii’ | البديع | Maha Indah / Tiada Bandingan / Maha Pencipta yang baru, sehingga tidak ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu. |
96. | Al-Baaqi | الباقع | Maha Kekal, iaitu kekal hidupNya untuk selama-Iamanya |
97. | Al-Waarits | الوارث | Maha Membahagi / Maha Mewarisi / Maha Pewaris, iaitu kekal setelah musnahnya seluruh makhluk. |
98. | Ar-Rasyiid | الرشيد | Maha Cendekiawan / Maha Pandai / Bijaksana / Maha Memimpin, iaitu yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan dan panduan pada seluruh hambaNya dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut ketentuan yang digariskan oleh kebijaksanaan dan kecendekiawanNya. |
99. | Ash-Shabuur | الصبور | Maha Penyabar yang tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan tidak juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum masanya. |
Diharpkan semoga perkongsian mengenai 99 nama Allah ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat dan berguna dalam kehidupan seharian.
Sumber:
- Irsyad Al-Hadith Siri Ke-79: Nama Allah SWT Yang Agung. Mufti Wilayah Persekutuan
- Fadilat dan Kelebihan Asmaul Husna – 99 Nama Allah. Cahaya Purnama