Khasiat Air Nabeez, Minuman Kegemaran Rasulullah SAW
Tahukah anda khasiat air nabeez sangat bagus diamalkan setiap hari bagi mendapatkan tahap kesihatan yang terbaik?
Bulan Ramadhan bakal tiba tidak lama lagi. Seperti tahun-tahun yang lalu, seluruh masyarakat Islam akan menyambut bulan Ramadhan dalam suasana yang panas terik.
Justeru, mengamalkan diet pemakanan yang seimbang dan bernutrisi juga amatlah penting untuk memberi tenaga sepanjang hari.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat air nabeez yang perlu anda ketahui.
Baca juga:
Apa itu air nabeez?
Air nabeez adalah air rendaman (infused water) kurma / kismis. Proses pembuatan air nabeez melibatkan merendam buah kurma kering atau kismis dalam air biasa selama semalaman atau beberapa jam sebelum diminum.
Tujuan dari merendam buah kurma dalam air adalah untuk meresapkan beberapa nutrisi dan manfaat dari buah ke dalam air tersebut.
Diyakini bahwa air nabeez mengandung nutrisi dari buah kurma yang direndam di dalamnya, seperti gula semula jadi, serat, vitamin, mineral, dan zat-zat lainnya yang memiliki manfaat bagi kesihatan.
Biasanya, air nabeez lebih sering diminum ketika bulan Ramadan kerana dianggap memberikan tenaga dan nutrisi setelah berpuasa sepanjang hari.
Kandungan dalam air ini
Kandungan air nabeez bergantung pada bahan-bahan yang digunakan dan berapa lama masa diambil semasa proses rendaman.
Air nabeez umumnya akan mengandung air, gula smua jadi dari buah-buahan yang direndam, serta nutrisi dan serat dari buah-buahan atau biji-bijian yang digunakan.
Proses perendaman juga dapat menambahkan sedikit nutrisi dari bahan-bahan yang direndam ke dalam air.
Cara buat air nabeez
Ada beberapa hadis yang menyebutkan tentang cara membuat air nabeez ini, salah satunya riwayat dari Imam Muslim:
Dari Aisyah RA dia berkata, “Kami biasa membuat perasa untuk Rasulullah di dalam air minum yang bertali diatasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di petang hari atau membuat rendaman di petang hari lalu meminumnya di pagi hari.” (Hadis Riwayat Muslim)
Cara untuk membuat air nabeez kurma adalah seperti berikut:
- Rendam beberapa butir kurma(sebaiknya dalam bilangan ganjil) ke dalam air masak di dalam segelas air kemudian tutupkannya dengan rapat. Kurma yang baik digunakan untuk membuat air nabeez adalah kurma ajwa.
- Keesokkan paginya (8 hingga 12 jam setelah perendaman), air rendaman baru boleh di minum dan buah kurma hasil rendaman yang telah lembut boleh dimakan.
Cara untuk membuat air nabeez kismis adalah seperti berikut:
- Rendam segenggam kismis ke dalam air masak di dalam segelas air.
- Biarkan semalaman seperti membuat air rendaman kurma.
- Kalau ingin meminum air nabeez di waktu pagi hari, siapkan rendaman kurma/kismis pada petang menjelang malam.
- Dan kalau ingin meminum air nabeez di waktu malam, buatlah rendaman kurma /kismis di waktu pagi hari (8 hingga 12 jam perendaman).
Air nabeez bila tersimpan di dalam peti ais boleh bertahan 1 hingga 2 hari. Tetapi dilarang meminum air rendaman kurma/kismis yang sudah memasuki lebih dari 3 hari.
Hal ini kerana akan terjadi proses fermentasi, yang menjadikan air rendaman
kismis/kurma tersebut menjadi arak dan hukumnya haram untuk diminum.
Anda boleh amalkan air ini sebelum tidur dan pada waktu sahur untuk membekalkan tenaga setiap hari.
Khasiat air nabeez
Air nabeez ini memiliki beberapa khasiat yang diyakini oleh sebagian orang, terutama dalam konteks tradisional atau pengubatan alternatif. Beberapa khasiat yang dikaitkan dengan air nabeez antaranya seperti:
1. Sumber nutrisi berkhasiat
Air nabeez mengandungi pelbagai nutrisi dari buah kurma yang direndam di dalamnya, seperti gula semula jadi, serat, vitamin (seperti vitamin A, B, C), dan mineral (seperti kalium, magnesium, zat besi).
2. Meningkatkan tenaga
Beberapa orang percaya bahwa meminum air nabeez dapat membekalkan tenaga tambahan kerana kandungan gula semula jadi dalam buah kurma.
Inilah mengapa kita disunatkan untuk memakan buah kurma pada saat berbuka puasa.
3. Menyihatkan pencernaan
Kandungan serat dalam buah kurma dapat membantu memperbaiki pencernaan dan mengurangkan masalah pencernaan seperti sembelit.
4. Menyihatkan jantung
Beberapa penelitian menunjukkan bahwa kurma boleh membantu kesihatan jantung dengan mengurangkan risiko penyakit jantung.
5. Menjadikan tubuh sentiasa hidrasi
Air nabeez juga diklaim dapat membantu memberikan kelembapan bagi tubuh kerana kandungan gula semula jadi dan elektrolit yang ada di dalamnya.
6. Tinggi kandungan fiber
Khasiat air nabeez yang seterusnya adalah dapata menghilangkan kolestrol jahat yang terkumpul di dalam tubuh. Sangat bagus dalam menghilangkan sembelit (atau meredakan dan memulihkan diri dari sembelit).
7. Membuang lebihan asid pada perut
Air nabeez adalah minuman beralkali, yang mampu menolong membuang kelebihan asid pada perut dan memulihkan sistem pencernaan tubuh.
Ia juga membantu badan untuk menyingkirkan toksin yang berbahaya di dalam tubuh dalam kata lain berguna sebagai detox.
Pantang larang minum air nabeez
Sebaik-baiknya, jangan sesekali mencampurkan kurma dan kismis bersama-sama dalam satu air rendaman untuk membuat air nabeez.
Jika perlu, buat dalam dua buah bekas yang berasingan iaitu satu untuk air nabeez kurma dan satu lagi untuk air nabeez kismis.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat air nabeez dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Khasiat Air Rendaman Kurma (Air Nabeez) Yang Ramai Tak Tahu. Harian Post
- Air Nabeez, Risalah Kesihatan. Dr. Aisyah Syukriah Binti Mohd Shaha