15 Khasiat Buah Zaitun Menurut Pakar Pemakanan

Khasiat buah zaitun atau dikenali sebagai Olea europaea, telah digunakan sebagai makanan dan ubat-ubatan selama beribu-ribu tahun.

Ia adalah salah satu tumbuhan yang paling terkenal di Mediterranean dan mempunyai banyak khasiat kesihatan yang luar biasa.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi kepada anda 15 khasiat buah zaitun yang penting untuk kesihatan manusia.

Baca juga:

1. Kaya dengan sumber nutrien

khasiat buah zaitun

Buah zaitun mengandungi banyak nutrien penting seperti vitamin E, vitamin K, vitamin C, dan vitamin A.

Ia juga mengandungi mineral seperti kalsium, besi, dan potassium. Menurut Food Data Central USDA, setiap satu cawan zaitun hitam menyediakan:

  • Kalori: 157
  • Lemak 14g
  • Lemak tak tepu: 11g
  • Natrium: 992mg
  • Karbohidrat: 8g
  • Serat: 2g
  • Gula tambahan: 0g
  • Protein: 1g

2. Tinggi antioksidan

Antioksidan ialah molekul yang selamat boleh berinteraksi dengan radikal bebas.

Zaitun mengandungi antioksidan seperti polifenol dan vitamin C yang membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Ini bermakna setiap kali anda memakannya, anda secara tidak langsung sedang menghantar sekumpulan peneutral ke dalam sistem untuk membantu radikal bebas dinyah aktifkan.

Kesannya ia mampu untuk mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung.

3. Meningkatkan kesihatan jantung

khasiat buah zaitun

Kandungan asid oleik dalam minyak zaitun sering kali dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung koronari.

Ia dapat mengurangkan tahap kolesterol LDL (“jahat”) dalam darah. Satu lagi nutrien penting dalam buah zaitun ialah copper, kekurangannya telah dikaitkan dengan penyakit jantung juga.

Menurut kajian, orang Amerika yang tidak mendapat copper yang mencukupi, berisiko menjadi penyumbang kepada kes penyakit jantung di negara tersebut.

4. Mengurangkan tekanan darah

Khasiat buah zaitun juga merangkumi kesannya dalam mengurangkan tekanan darah.

Komponen seperti polifenol dapat membantu mengendalikan tekanan darah dalam badan.

5. Meningkatkan kesihatan kulit dan rambut

khasiat buah zaitun

Minyak zaitun adalah hidrat semula jadi yang hebat untuk kulit. Ia membantu mengelakkan kulit daripada kering dan mengurangkan risiko penyakit kulit seperti ekzema.

Hal ini terbukti dari kandungan asid lemak dan antioksidan dalam buah zaitun yang bertindak dalam menyuburkan dan menghidrat kedua-dua kulit dan rambut. 

Selain itu, Vitamin E juga adalah yang paling kuat daripada semua antioksidan dalam buah zaitun.

Ia bukan sahaja melindungi kulit daripada sinaran ultraungu malah membantu mencegah kedutan dan mengekalkan kesihatan kulit.

Asid oleik dalam buah zaitun pula dikatakan mampu meningkatkan lagi penampilan kulit dan meningkatkan kesihatan rambut.

6. Menguangkan risiko diabetes

Walaupun hasil dapatan kajian ini masih dikaji, namun sesetengah sumber menyakinkan bahawa buah zaitun sememangnya boleh membantu menurunkan paras gula dalam darah.

Buah ini boleh mengubah cara badan seseorang bertindak balas terhadap insulin, dan membantu pesakit yang mempunyai paras gula yang tinggi.

7. Mengurangkan risiko kanser

Kandungan antioksidan dalam zaitun boleh membantu melindungi sel daripada mutasi yang boleh menyebabkan kanser.

Ia juga dikaitkan dengan penurunan risiko kanser payudara dan usus besar.

Hal ini dibuktikan dari kajian epidemiologi, bahawa kadar kanser tertentu lebih rendah di Mediterranean berbanding di AS.

Yang mana ini sangat berkait rapat dengan diet orang Mediterranean yang kaya dengan minyak zaitun.

Satu kajian mendapati bahawa asid oleik dalam minyak zaitun mampu menyekat pertumbuhan sel-sel kanser payudara.

8. Meningkatkan kesihatan mata

khasiat buah zaitun

Di samping itu, antioksidan dalam buah zaitun turut membuktikan satu perkara dalam mengekalkan kesihatan mata. 

Tekanan oksidatif biasanya akan menjejaskan penglihatan. Sebagai berlawanan, antioksidan dalam buah zaitun boleh menghalang perkara ini daripada berlaku.

Zaitun mengandungi lutein dan zeaxanthin, dua nutrien yang baik untuk mata. Ia melindungi mata daripada degenerasi makula dan katarak.

9. Mengurangkan risiko osteoporosis

Kalsium dalam buah zaitun membantu meningkatkan kepadatan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis, terutamanya pada wanita menopaus.

10. Menyokong kesihatan otak

Otak sebahagian besarnya diperbuat daripada asid lemak, seperti mana yang terkandung dalam khasiat buah zaitun.

Asid lemak dalam buah zaitun membantu mengekalkan ingatan dan juga meningkatkan tumpuan. 

Pengambilan buah zaitun juga didapati dapat mencegah kematian sel otak (akibat penyakit) dan mengurangkan masalah hilang ingatan.

Kandungan antioksidan dan asid lemak omega-3 dalam minyak zaitun baik untuk otak dan dapat mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan kemerosotan kognitif.

11. Menyokong fungsi hati

Buah zaitun membantu memelihara fungsi hati yang sihat dan dapat mengurangkan risiko penyakit hati berlemak.

12. Menurunkan berat badan

Minyak zaitun boleh membantu mengurangkan lemak abdominal dan mengurangkan risiko obesiti.

Asid lemak berpotensi meningkatkan tahap kolesterol, menjadikan badan lebih cekap dalam melakukan aktiviti, termasuk membakar kalori.

Menariknya lagi, buah zaitun sesuai untuk dijadikan snek sebelum makan kerana kandungan lemak dalam buah zaitun itu sendiri sudah mengenyangkan.

13. Mengurangkan keradangan

Keradangan difahamkan berpunca dari penyakit. Justeru itu, mengambil langkah pertama untuk mengurangkan keradangan adalah sangat penting bagi proses penyembuhan yang singkat.

Kandungan anti-radang dalam buah zaitun membantu mengurangkan keradangan dalam badan, yang dapat menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

14. Meningkatkan sistem pencernaan

Minyak zaitun Extra Virgin mempunyai sifat anti-bakteria yang boleh membantu melawan jangkitan bakteria dalam sistem pencernaan dan merangsang sistem pencernaan.

15. Mengurangkan risiko stroke

Kandungan antioksidan dalam buah zaitun dapat membantu mengurangkan risiko stroke dengan meningkatkan aliran darah ke otak.

Secara keseluruhannya, buah zaitun adalah makanan yang sangat sihat dan berguna untuk kesihatan manusia.

Penggunaan minyak zaitun Extra Virgin dalam pemakanan harian dan pelbagai hidangan sangat disarankan untuk mengekalkan kesihatan yang baik dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit kronik.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat buah zaitun dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Jika anda berminat untuk dapatkan Buah Zaitun Asli, anda boleh beli di pautan berikut: Buah Zaitun Asli

Sumber:

  1. Benefits of Eating Healthy Olives. Olive My Pickle
  2. Health Benefits of Olives. Health
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.