Terasa Hati Dengan Kawan, Boleh Ke Putuskan Persahabatan?

Setiap orang pastinya pernah terasa hati dengan kawan sendiri.

Sama ada ia disebabkan oleh isu yang besar mahupun yang kecil, kedua-duanya tentu memberi kesan kepada diri kita terutamanya jika kita seorang yang overthinking.

Bila berlaku persengketaan seperti ini, kita kadang kala buntu untuk bertindak bagi memulihkan hubungan persahabatan tersebut.

Justeru pada artikel kali ini, kami akan berkongsi kepada anda mengenai apakah hukum menjauhkan diri apabila terasa hati dengan kawan dan tindakan terbaik perlu diambil.

Baca juga:

Ciri-ciri kawan toksik perlu dihindari

Meletakkan diri kita dikeliling orang-orang yang positif adalah sangat penting kerana ia berkait rapat dengan kesan emosi dan fizikal yang berlaku.

Contohnya dalam persahabatan, kita perlu bijak dalam mengenal pasti kategori kawan toksik dan menghindarinya. Antara ciri kawan toksik adalah seperti:

  • Kawan yang menjadikan kita tempat lepas geram.

  • Kawan yang tidak menyokong kita ketika diperlukan.

  • Kawan yang suka meminggirkan kita.

  • Kawan yang sering menggunakan kita di atas kebaikan yang kita buat.

  • Kawan yang selalu mengawal kehidupan kita.

  • Kawan yang suka jadi pengkritik.

  • Kawan yang sangat kompetitif dan tidak mahu mengalah.

  • Kawan yang bersikap suka mengambil tanpa memberi.

  • Kawan yang mementingkan diri sendiri.

Sebab terasa hati dengan kawan

terasa hati dengan kawan

Setiap hubungan dalam persahabatan akan ada banyak watak pelakonnya. Ada yang jenis pendiam dan tidak suka mencampuri urusan orang lain.

Ada yang terlalu “protektif” kepada sahabat-sahabatnya. Ada juga yang talam dua muka dan duri dalam daging kepada perhubungan tersebut.

Hari ini, mudahnya kita terasa hati dengan kawan boleh berpacu dari segala sudut. Boleh bermula dari pertuturan, tindakan secara fizikal, mental mahupun media sosial.

Bahkan, orang dengan mudah menjatuhkan diri kita dan mencanang segala keaiban kita di media sosial dengan sekelip mata jika tidak suka kepada kita.

Itulah fenomena yang berlaku hari ini dan memberi kesan sangat besar kepada masalah mental dalam kalangan golongan muda.

Hukum menjauhkan diri bila terasa hati dengan kawan

Hukum menjauhkan diri bila kawan menyakiti diri kita sama ada secara lisan atau secara fizikal adalah dibenarkan.

Hal ini bertujuan untuk mengelakkan dari berlaku masalah yang lebih teruk kepada kedua-dua belah pihak.

Bukan itu sahaja, malah tindakan kita menjauhkan diri dari bermajlis bersama seseorang yang menyakiti kita sama ada dalam hal agama atau urusan keduniaan merupakan suatu perkara yang dituntut di sisi syarak.

Cara untuk bertindak jika kawan menyakitkan hati

Sungguhpun hukum menjauhkan diri bila terasa hati dengan kawan adalah dibenarkan, kita boleh bertindak dengan lebih baik sebenarnya dalam menghadapi masalah persengketaan ini.

Antara tindakan terbaik yang boleh diambil dalam masa yang sama adalah seperti:

  • Menegur dengan cara yang baik.
  • Menghentikan perbuatan dan perkataan yang boleh mengguris perasaan
  • Menghentikan perbuatan dan perkataan yang boleh menyakitkan hati orang lain
  • Perbanyakkanlah doa semoga Allah SWT memelihara hubungan persahabatan serta mengurniakan kita sahabat-sahabat yang baik.

Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan hukum terasa hati dengan kawan dan tips mengatasinya ini dapat memberikan anda ilmu pengetahuan dan panduan yang bermanfaat.

Sumber:

  1. Al-Kafi #1698: Hukum Menjauhkan Diri Dari Kawan Bagi Mengelakkan Sakit Hati Dengan Perbuatan dan Kata-Katanya. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. #1186: Penawar Bagi Hati. Maktabah Al Bakri
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.