Cara Rujuk Talak 1 Tanpa Perlu Menikah Semula

Cara rujuk talak 1 akan ditentukan sepenuhnya di bawah Makhamah Syariah dan ianya hanya diperuntukan bagi talak raj’ie.

Talak raj’ie adalah seorang suami yang menceraikankan isterinya dan masih boleh merujuk kembali tanpa akad nikah atau acara pernikahan dengan syarat isterinya itu masih berada dalam tempoh idah.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan prosuder atau cara rujuk talak 1 yang betul mengikut undang-undang syariah di Malaysia.

Baca juga:

Pengertian rujuk dalam perkahwinan

cara rujuk talak 1

Rujuk dalam sesebuah perkahwinan beerti kembali. Menurut syarak pula, rujuk adalah kembalinya seorang suami kepada bekas isterinya dengan perkahwinan dalam masa iddah sesudah ditalak raj’ie.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 229 yang bermaksud:

“Talak yang dapat dirujuk dua kali. Setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang ma’ruf atau menceraikan dengan cara yang baik.”

Ayat di atas dengan jelasnya membawa pengertian bahawa Allah SWT memberi ruang dan hak kepada suami untuk merujuk isterinya setelah berlaku penceraian kali pertama dan kali kedua.

Proses rujuk ini hendaklah kembali kepada jalan yang sudah ditetapkan berdasarkan syarat-syarat tertentu selagi mana isterinya masih dalam keadaan beriddah.

Dalil tentang pensyariatan rujuk

Pensyariatan rujuk telah termaktub dalam al-Quran dan al-Sunnah secara jelas dinyatakan iaitu:

ۗ وَبُعُوْلَتُهُنَّ اَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِيْ ذٰلِكَ اِنْ اَرَادُوْٓا اِصْلَاحًا

“Dan suaminya berhak merujukinya dalam masa menanti itu, jika mereka (para suami) menghendaki islah (perdamaian).”

Kemudian dalam ayat ke 231 surah yang sama juga, Allah SWT berfirman:

وَاِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاۤءَ فَبَلَغْنَ اَجَلَهُنَّ فَاَمْسِكُوْهُنَّ بِمَعْرُوْفٍ اَوْ سَرِّحُوْهُنَّ بِمَعْرُوْفٍۗ 

“Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu mereka mendekati akhir ´iddahnya. Maka rujukilah mereka dengan cara yang ma’ruf, atau ceraikanlah mereka dengan cara yang ma’ruf.”

Begitu juga dalam surah Al-Talaq, ayat 2, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

ۚ فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ فَارِقُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ وَأَشْهِدُوا ذَوَيْ عَدْلٍ مِنْكُمْ وَأَقِيمُوا الشَّهَادَةَ لِلَّهِ

“Apabila mereka telah mendekati akhir ‘iddahnya, maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu kerana Allah.”

Berdasarkan kepada ketiga-tiga ayat ini, maka jelaslah bahawa Allah SWT telah memberi ruang kepada suami untuk merujuk isterinya dalam tempoh ‘idah.

Hal ini bagi menghalalkan perhubungan selepas berlaku perceraian bukan dengan talak ba’in dan tanpa akad nikah yang baru.

Syarat-syarat rujuk

cara rujuk talak 1

1. Suami

  • Islam
  • Baligh
  • Berakal
  • Kemahuan sendiri

2. Isteri

  • Islam
  • Telah disetubuhi oleh suami
  • Bukan penceraian melalui fasakh dan khuluk
  • Bukan talak tiga
  • Masih dalam tempoh iddah

3. Syiragh

  • Menggunakan lafaz rujuk
  • Tidak bertakliq
  • Tidak ditentukan masa

Rukun rujuk

  • Orang yang merujuk
  • Orang yang dirujuk
  • Lafaz rujuk

Cara rujuk talak 1 tanpa menikah semula

Segala isu merujuk isteri dalam talak raj’ie adalah diperuntukkan di dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Terdapat beberapa perkara yang perlu dipenuhi pasangan yang ingin merujuk iaitu:

1. Suami hendaklah melafazkan niat untuk merujuk bekas isterinya.

2. Bekas isteri perlu memberikan persetujuannya ke atas rujuk itu. Kemudian, suami dikehendaki menghantar permohonan ke Mahkamah Syariah untuk mendaftarkan rujuk.

Makhamah nantinya akan mengeluarkan perintah agar pasangan yang bercerai tadi hidup semula sebagai suami isteri.

Selepas proses rujuk tersebut lengkap, barulah suami boleh kembali kepada bekas isterinya seperti mana yang dinyatakan di dalam Seksyen 51 (8).

“Jika selepas talak raj’ie suami melafazkan rujuk dan isteri bersetuju terhadap rujuk itu, isteri boleh atas permohonan suami, diperintah oleh mahkamah supaya hidup semula sebagai suami isteri, melainkan jika isteri menunjukkan sebab yang baik mengikut hukum syarak sebaliknya, dan jika demikian halnya, mahkamah hendaklah melantik jawatankuasa pendamai sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 47 dan seksyen itu hendaklah dipakai sewajarnya.”

Apabila suami melafazkan rujuk, maka rujuk itu menjadi sah setelah rukun dan syaratnya dipenuhi.

Jika rujuk sudah sah dan pasangan kembali sebagai suami isteri, segala tanggungjawab terhadap perkahwinan perlu ditunaikan.

Bagaimana Cara Rujuk? | Ustaz Azhar Idrus

Isteri tidak mahu rujuk setelah bersetuju?

Seperti yang termaktub di bawah Seksyen 51(8) itu, suami boleh memohon kepada Mahkamah Syariah perintah supaya isterinya kembali taat dan hidup semula sebagai suami isteri.

Namun begitu, sekiranya isteri mempunyai alasan munasabah dan diterima oleh syarak, untuk tidak kembali atau hidup semula sebagai suami isteri setelah bersetuju dengan rujuk itu, isteri boleh menyatakan alasan dan sebab kepada mahkamah.

Makhamah akan mendengar segala alasan tersebut. Dalam hal ini, Jawatankuasa Pendamai akan bertindak untuk merujuk semula kes dan membuat tindakan lanjut.

Peruntukan cerai di bawah Seksyen 47 akan terpakai dalam isu tersebut.

Suami Nak Rujuk Tapi Isteri Tak Mahu | Ustaz Azhar Idrus

Isteri tidak mahu rujuk dari awal

Isteri yang tidak mahu merujuk semula dari peringkat awal lagi selepas suami menyatakan hasratnya tersebut, akan diperuntukkan di bawah Seksyen 58 (9):

Jika selepas talak raj’ie suami melafazkan rujuk, tetapi isteri tidak bersetuju terhadap rujuk itu kerana sebab yang dibenarkan oleh hukum syarak, dia tidak boleh diperintah mahkamah supaya hidup semula sebagai suami isteri.

Tetapi mahkamah hendaklah melantik suatu jawatankuasa pendamai sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 47 dan seksyen itu hendaklah dipakai sewajarnya.

Selepas Cerai Talak 1 @ 2 Boleh Duduk Serumah? | Ustaz Azhar Idrus Official

Hikmah rujuk kembali perkahwinan

  • Supaya pasangan tersebut dapat membina hidup baru.
  • Menyambung semula ikatan perkahwinan yang hampir putus.
  • Memulih kembali ketenteraman jiwa.
  • Mengelakkan terjadi kesan psikologi terhadap anak-anak dengan penceraian ibu bapa.
  • Memberi kesempatan kepada pasangan untuk memperbaiki kelemahan dan kesilapan diri.

Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan cara rujuk talak 1 ini dapat memberikan anda ilmu pengetahuan dan informasi yang bermanfaat untuk rujukan bersama.

Sumber:

  1. Al-Kafi #1556: Adakah Ruju’ Boleh Berlaku Melalui Persentuhan Kulit? Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Rujuk Isteri Talak Raj’ie. Harian Metro
  3. Rujuk: Peruntukan Undang-Undang dan Pelaksanaannya Di Malaysia. Universiti Malaya
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.