Elakkan! 8 Jenis Nama Yang Dilarang Dalam Islam

Dalam keterujaan kita memilih nama bayi jangan tersalah sehingga memilih nama yang dilarang dalam Islam.

Apakah jenis-jenis nama yang dilarang dalam Islam?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan jenis nama yang dilarang dalam Islam yang perlu anda ketahui.

Baca juga:

1. Nama yang bermaksud buruk

Terdapat dua jenis nama yang buruk perlu anda jauhi. Pertama nama yang bercanggah dengan syariah. Kedua nama yang tidak mempunyai maksud yang baik.

Contohnya nama seperti Harb (perang), Himar (Keldai) dan Kalb (anjing).

2. Nama-nama Allah

Setiap umat Islam pasti tahu tentang 99 nama-nama Allah. Untuk pengetahuan anda, menamakan anak dengan nama Allah secara khusus tidak dibenarkan.

Contohnya seperti al-Ahad, al-Somad, al-Khaliq (pencipta) dan seumpamanya.

Manakala nama yang tidak terkhusus bagi Allah SWT dan maknanya turut dimiliki oleh makhluk, maka harus menggunakannya.

Contohnya seperti al-Aziz yang bermaksud orang yang mulia dalam kalangan kaumnya dan nama-nama yang seumpamanya.

3. Nama gelaran Allah

Apakah nama gelaran bagi Allah SWT? Antara gelaran yang selalu kita sebut adalah seperti Malik Al-Mulk (raja sekalian raja), Syahan Syah (raja segala raja), dan Hakim Al-Hukkam.

Nama-nama yang dinyatakan ini hanya untuk Allah dan tidak dibenarkan digunakan kepada nama anak.

4. Nama khusus bagi Nabi

Maksud Nabi adalah seorang lelaki yang bebas mendapatkan wahyu daripada Allah SWT tetapi tidak ditugaskan untuk menyampaikan wahyu tersebut kepada umatnya.

Diriwayatkan oleh Abdul Rahman ibn Abd al-Rabb, bahawa Baginda SAW bersabda:

إِنَّهُ لَمْ يَكُنْ نَبِيٌّ قَبْلِي إِلاَّ كَانَ حَقًّا عَلَيْهِ أَنْ يَدُلَّ أُمَّتَهُ عَلَى خَيْرِ مَا يَعْلَمُهُ لَهُمْ وَيُنْذِرَهُمْ شَرَّ مَا يَعْلَمُهُ لَهُمْ

Maksudnya: “Tiada seorangpun Nabi sebelumku, kecuali menjadi tanggungjawab ke atasnya untuk menunjukkan jalan yang benar kepada umatnya, dan memperingatkan mereka akan jalan keburukan.” – (Sahih Muslim, 1844)

Setiap Nabi juga mempunyai gelarannya yang tersendiri.

Antara gelarannya adalah Habibullah (kekasih Allah) Ruhullah (gelaran khusus kepada Nabi Isa).

5. Nama pemerintah yang kejam

nama yang dilarang dalam islam

Dalam sejarah Islam, kita kenal dengan sosok nama seperti Qarun, Namrud dan Firaun.

Walaupun sesetengah ibu bapa minat akan nama-nama yang klasik seperti ini, ianya tetap tidak boleh kita gunakan untuk menamakan anak.

Ini kerana, kita sendiri cakna akan sejarah yang menceritakan betapa kejamnya sosok-sosok pemerintah ini yang sangat kejam dan menolak Islam.

6. Nama yang bermaksud perbuatan buruk

Nama yang mempunyai maksud yang buruk, walaupun bunyinya sedap atau unik apabila dipanggil adalah lebih baik dielakkan.

Antara nama yang perlu dielakkan yang membawa maksud tidak elok adalah seperti:

  • Asyar (jahat)
  • Balidah (bodoh)
  • Asyirah (tidak bersyukur)
  • Ghasibah (perampas)
  • Haqidah (dengki)
  • Zhaalim (orang zalim)
  • Sarraq (pencuri)
  • Asyar(jahat)
  • Balidah (bodoh / pandir)
  • Syariqah (pencurian)
  • Waqihah (kurang sopan)
  • Sakirah (pemabuk)
  • Murrah (pahit)
  • Hayyah (ular)
  • Jahsy (kasar)

Biasanya orang yang tidak memahami Bahasa Arab dan tidak menyelidikinya terlebih dahulu, tidak faham akan maksud disebalik nama-nama tersebut.

Oleh itu, anda perlu lebih berhati-hati selepas ini jika mahu memilih nama dari perkataan asing.

7. Nama-nama syaitan

Contoh nama syaitan adalah Honzab (Syaitan yang menggoda ketika solat), Ghilab / Ghul (Syaitan yang sering menakut-nakutkan), Khubuts / Khobaaits (Syaitan yang mengganggu di tandas) dan sebagainya.

Jenis nama yang dilarang dalam Islam ini jelas dilarang kerana asal usulnya sendiri yang digunakan oleh syaitan.

8. Nama-nama berhala

nama yang dilarang dalam islam

Menyembah berhala dan patung adalah dilarang dalam Islam. Namun begitu, tidak ramai yang tahu menamakan anak dengan nama berhala juga tidak dibolehkan.

Nama-nama tersebut adalah seperti Isaaf, Al-Uzza, Al-Lat, Manat, dan Hubal.

Kesimpulannya, memilih nama anak yang mempunyai maksud yang baik adalah sangat penting.

Hal ini kerana selain Islam sangat menjaga kehormatan diri termasuk pemilihan nama. Nama juga berkaitan rapat dengan doa.

Jika baik maksud nama itu, maka baiklah juga doanya. Jika buruk, maka buruklah doa tersebut.

Ia jelas hadis daripada  Abu al-Darda’ RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ فَأَحْسِنُوا أَسْمَاءَكُمْ

“Sesungguhnya kamu semua akan diseru pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu. Maka perelokkanlah nama kamu.” – (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 4948)

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan nama yang dilarang dalam Islam dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan bersama.

Ibu muda masih mencari barangan bayi untuk keperluan kelahiran cahaya mata anda nanti?

Jangan risau, anda boleh penuhi semua keperluan bayi anda dari A sampai Z di mana-mana Kedai Barangan Bayi Terpilih & Dipercayai.

Sumber:

  1. Al-Kafi #1655: Hukum Menamakan Anak Dengan Nama Allah (Kemaskini). Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Menamakan Anak: Panduan dan Hukumnya (Bab 1). Mufti Negeri Perak
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.