Ikhtiar Hamil Cara Islam, 6 Tips Suami Isteri Wajib Buat
Apakah cara ikhtiar hamil cara Islam, yang boleh suami isteri lakukan untuk memperoleh cahaya mata dalam perkahwinan?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda beberapa ikhtiar hamil cara Islam dengan zikir dan makanan sunnah.
Baca juga:
1. Amalan zikir sebelum “bersama”
Suami:
- Perbanyakkan zikir Ya Mutakabbir dan baca sebanyak 70 kali, lebih lagi bagus
- Selepas berzikir, mohon doa pada Allah SWT agar dipermudahkan apa yang dihajati
- Sebaiknya baca dan jadikan amalan zikir selepas solat
Isteri:
- Perbanyakkan zikir Ya Matiin sebanyak 70 kali, lebih lagi bagus
- Selepas zikir mohon doa pada Allah SWT agar dipermudahkan apa yang dihajati
- Sebaiknya baca dan jadikan amalan zikir selepas solat
2. Doa Nabi Zakaria
Doa Nabi Zakaria adalah dari Surah Anbiya, ayat 89 yang berbunyi:
رَبِّ لَا تَذَرْنِى فَرْدًۭا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلْوَٰرِثِينَ
Rabbi la tadzarni fardaw wa anta khairul waritsin
“Ya Tuhanku, janganlah Engaku biarkan aku hidup seorang diri (tanpa keturuna) dan Engkaulah ahli waris yang terbaik.”
3. Amalan sebelum tidur
Sebelum tidur ambil segelas air suam letakkan secubit garam halus ke dalam air tersebut.
- Baca Surah Al Fatihah – 7x
- Al ikhlas – 7x
- Dan sambung doa Nabi Zakaria (rujuk gambar atas)
- Amalkan minum air suam yang suami isteri buat ini sebelum tidur dan selepas tidur
Jika anda minum, kemudian anda mengalami perubahan seperti berikut:
- sendawa
- nak muntah
- perut jadi tak selesa kembung
- kepala pusing pening
Itu maknanya dalam badan ada gangguan makhluk halus. Anda perlu dapatkan rawatan Islam yang wberhampiran.
Insha Allah, jika izin Allah SWT, sekiranya lambat dapat zuriat Allah SWT akan permudahkan.
4. Kurma dan susu kambing
Bahan-bahannya:
- 1 liter susu kambing
- 1 kg kurma jenis liat dan kering
Cara-caranya:
- Suami mengambil segenggam kurma
- Isteri juga mengambil segenggam kurma
- Buang bijinya dan kisar di dalam pengisar bersama 1 liter susu kambing
- Bahagi dua bahagian susu kurma kepada suami dan isteri
- Minum dan habiskan dalam masa sehari
Selesai hari pertama, pasangan suami isteri boleh mengamalkan 7 biji kurma dan segelas susu kambing pada hari-hari berikutnya selama setahun.
5. Membaca surah Maryam
Surah Maryam adalah surah yang ke-19 dalam Al-Quran iaitu bersebelahan dengan surah Al-Kahfi dan Taha serta berada di juzuk ke-16.
Ia terdiri daripada 98 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makkiyah.
Surah ini menceritakan tentang perjalanan hidup Maryam yang diberikan rahmat oleh Allah SWT dengan kelahiran seorang Nabi yang terakhir kepada Bani Israil, iaitu Nabi Isa AS.
6. Cari ilmu tentang kesuburan dan kehamilan
Di samping berdoa, kita juga perlu menggali ilmu tentang bagaimana proses kehamilan berlaku, kesuburan seperti punca ketidaksuburan, cara tentukan waktu subur, tips meningkatkan kesuburan suami isteri, dan punca susah mengandung,
.
Adalah penting juga untuk kita mengetahui masalah ketidaksuburan di kalangan lelaki kerana ia boleh menjadi punca kenapa pasangan belum berjaya mengandung.
Kita juga perlu tahu tentang waktu terbaik untuk membuat ujian kehamilan agar mendapat keputusan yang tepat.
Akhir sekali, kita perlu tahu apakah tanda awal mengandung supaya kita lebih alert akan kehadiran cahaya mata yang dinantikan.
Diharapkan perkongsian kami ini berkenaan dengan ikhtiar hamil cara Islam dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan.
Sumber:
- Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin. Facebook
- Peluang Hamil Berbeza Bagi Setiap Wanita. Harian Metro