Petua Tidur Nyenyak, Ini 6 Doa Elak Mimpi Buruk

Setiap manusia memerlukan rehat dan tidur yang cukup bagi mengembalikan semula tenaga selepas seharian digunakan. Bagi memastikan tidur berkualiti dan tiada gangguan, anda digalakkan untuk mengamalkan doa elak mimpi buruk.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan beberapa doa elak mimpi buruk yang bagus untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

Baca juga:

Makna mimpi dalam Islam

Para ahli ilmuan menyifatkan bahawa mimpi adalah sesuatu yang unik kerana ia hadir dari minda dan pemikiran seseorang.

Dalam kata lain, segala apa yang pernah kita fikirkan ia akan hadir dalam mimpi.

Walau bagaimanapun, menurut jumhur ulama’ mimpi boleh dikategorikan kepada tiga jenis, iaitu mimpi yang baik dan benar, mimpi akibat daripada permainan syaitan dan dengan tujuan yang menakutkan serta jenis yang ketiga ialah mimpi yang datangnya daripada kehidupan nyata.

“Mimpi itu ada tiga jenis: Mimpi yang merupakan gangguan syaitan untuk meresahkan anak Adam. Mimpi yang pada asalnya perkara yang difikirkan manusia ketika jaga lalu terbawa hingga ke dalam tidur. Mimpi yang merupakan satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, no. 3907)

 Rasulullah SAW juga ada bersabda:

الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنَ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنَ الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لا تَضُرُّهُ

Maksudnya: “Mimpi yang baik itu adalah daripada Allah SWT, adapun mimpi yang buruk itu daripada syaitan. Jika sekiranya seseorang itu bermimpi satu mimpi yang ditakutinya hendaklah dia meludah ke belah kirinya dan hendaklah dia memohon perlindungan daripada Allah SWT daripada kejahatannya, nescaya dia tidak akan memudaratkannya.” Hadith riwayat al-Bukhari: (3292)

Di dalam satu hadis juga ada membincangkan:

“Mimpi buruk berasal dari syaitan, maka jika salah seorang diantara kalian bermimpi buruk, hendaklah meminta perlindungan kepada Allah kerananya.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari).

Penyebab seseorang bermimpi buruk

Bermimpi buruk dapat disebabkan oleh berbagai faktor. Berikut adalah beberapa penyebab umumnya:

1. Stres

Stres dan kecemasan sehari-hari dapat mempengaruhi kualiti tidur dan menyebabkan munculnya mimpi buruk.

Masalah peribadi, tekanan pekerjaan, atau peristiwa trauma yang dialami juga dapat memicu munculnya mimpi buruk.

2. Trauma

Pengalaman trauma, seperti kecelakaan, pelecehan, atau kehilangan yang signifikan, dapat menyebabkan munculnya mimpi buruk.

Ingatan terhadap pengalaman trauma dapat memberi kesan dalam mimpi yang berulang dan mengganggu.

3. Gangguan tidur

Gangguan tidur, seperti insomnia atau sleep apnea, dapat mengganggu tidur normal seseorang.

Ketidakseimbangan dalam fase tidur REM (Rapid Eye Movement) yang penting untuk mimpi, dapat meningkatkan kemungkinan munculnya mimpi buruk.

4. Kesan sampingan ubat-ubatan

Beberapa ubat-ubatan, seperti antidepresan, ubat tidur, atau ubat penenang, dapat mempengaruhi pola tidur dan menyebabkan munculnya mimpi buruk sebagai kesan sampingannya.

5. Pengambilan alkohol atau ubat-ubatan terlarang

Alkohol dan beberapa ubat terlarang dapat mempengaruhi kemampuan otak untuk memproses informasi dan mempengaruhi kualiti tidur. Hal ini justeru dapat menghasilkan mimpi yang tidak menyenangkan.

6. Gangguan mental

Beberapa gangguan mental, seperti gangguan kecemasan, gangguan stres pascatrauma (PTSD), atau depresi, dapat menyebabkan munculnya mimpi buruk.

Gangguan-gangguan ini seringkali terkait dengan tingkat kecemasan yang tinggi dan gangguan pola tidur.

Cara untuk elak mimpi buruk

Bagi seseorang yang bermimpi buruk, hendaklah berbuat seperti berikut:

  1. Meludah ke kirinya, tiga kali
  2. Minta pertolongan kepada Allah dari godaan syaitan dan kedahsyatan mimpinya, tiga kali
  3. Membalikkan tubuh ( mengubah posisi)
  4. Tidak menceritakan mimpi itu kepada orang lain.
  5. Mengambil wudhuk lalu melakukan solat sekiranya mahu.
  6. Membaca doa elak mimpi buruk.

Himpunan doa elak mimpi buruk

Apabila seseorang itu terbangun dari tidur disebabkan oleh gangguan mimpi yang buruk dan kurang menyenangkan, bacalah doa yang berikut sebagai penghalang dan untuk menghindarkan dari terus diganggu serta boleh tidur dengan tenang.

Doa 1

اَللّٰهُمَّ إِنّىِ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ وَسَيِّئاَتِ اْلأَحْلاَمِ

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlidungan kepada Engkau dari perbuatan syaitan dan dari mimpi-mimpi yang buruk.”

Doa 2

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ وَشَرِّ عِبَادِهِ
وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَنْ يَحْضُرُونِ

Maksudnya : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kemarahanNya , seksaanNya , dan kejahatan hamba-hambaNya, dan dari godaan syaitan (bisikannya) serta jangan sampai mereka datang (kepadaku)

Doa 3

هُوَ اللهُ ، اَللهُ رَبِّيْ لَا شَرِيْكَ لَهُ. أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ غَضَبِهِ وَمِنْ شَرِّ عِبَادِهِ وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِيْنِ وَأَنْ يَحْضُرُوْنِ

Huwallahu, allahu rabbi, la syarika lahu. A‘udzu bikalimatillahit tammati min ghadhabihi wa min syarri ibadihi wamin hamazatis syayatini wa an yahdhuruni.

Maksudnya: “Dialah Allah, Allah Tuhanku. Tiada sekutu bagi-Nya. Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari murka-Nya, kejahatan para hamba-Nya, dan godaan setan. Aku pun berlindung kepada-Nya dari kepungan setan itu.”

Doa 4

اَللّٰهُ لَآ اِلٰهَ اِلَّا هُوَۚ اَلْحَيُّ الْقَيُّوْمُ ەۚ لَا تَأْخُذُهٗ سِنَةٌ وَّلَا نَوْمٌۗ لَهٗ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَمَا فِى الْاَرْضِۗ مَنْ ذَا الَّذِيْ يَشْفَعُ عِنْدَهٗٓ اِلَّا بِاِذْنِهٖۗ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ اَيْدِيْهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْۚ وَلَا يُحِيْطُوْنَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهٖٓ اِلَّا بِمَا شَاۤءَۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضَۚ وَلَا يَـُٔوْدُهٗ حِفْظُهُمَاۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيْمُ

Allahu laa ilaaha illa huwal haiyul qaiyyum, laa takhudzuhuu sinatuw walaa nauum, lahu maa fii samaawaati wamaa fil ‘ardhi, man dzalladzi yasyfau indahuu illa biidznih, yaklamu maa baina aidiihim wa maa khalfahum, wa laa yukhiituuna bi syaiin min ‘ilmihii illaa bimaasyaak, wasi’a kursiyyuhus samaawaati wal ‘ardla, wa laa yauuduhuu hifdzuhumaa wa huwal ‘aliyyul adziim.

Maksudnya: "Allah, tidak ada tuhan selain Dia. Yang Maha Hidup, Yang terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Milik-Nya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Tidak ada yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya tanpa izin-Nya. Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmu-Nya melainkan apa yang Dia kehendaki. Kursi-Nya meliputi langit dan bumi. Dan Dia tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Dia Mahatinggi, Mahabesar."

Doa 5


وَإِمَّا یَنزَغَنَّكَ مِنَ ٱلشَّیۡطَـٰنِ نَزۡغࣱ فَٱسۡتَعِذۡ بِٱللَّهِۚ إِنَّهُۥ سَمِیعٌ عَلِیمٌ

Wa imma yan za ghannaka minashaitoni nazghun fas ta’izbillah. Innahu sami ‘un ‘alim

Maksudnya: “Dan, jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. (Surah Al-A’raf, Ayat 200)

Doa 6

اَللَّهُمَّ اِنِّيْ اَعُوْذُ بِكَ مِنَ اْلِاحْتِلامِ وَمِنْ سُوْءِ اْلاَحْلاَمِ وَمِنْ اَنْ يَتَلاَعَبَ بِيَ الشَّيْطَانُ فِي اْليَقْظَةِ وَاْلمَنَامِ

Allohumma innii a’uudzubika minal ihtilaami wa min suu-il ahlaami wa min ayyatalaa-‘aba biyasy syaithoonu fil yaqzhoti wal manaam.

Maksudnya: "Ya Allah, aku memohon perlindungan kepada-Mu dari mimpi basah, dan dari mimpi buruk, dan dari setan yang bermain-main denganku, baik di waktu terjaga maupun waktu tidur."

Doa ini juga boleh dibaca sebelum tidur, iaitu sekali dengan doa sebelum tidur. Atau dibaca ketika terbangun dari tidur kerana gangguan atau mimpi buruk.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan doa elak mimpi buruk dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan bersama.

Sumber:

  1. Sunnah Bagi Orang Yang Bermimpi Buruk. Mufti Perlis
  2. Al-Kafi #11: Pandangan Tentang Mimpi Buruk Berhubung Kematian. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.