Doa Mudah Tidur Elak Diri Insomnia Waktu Malam
Pernahkah anda mengalami masalah susah tidur walaupun badan terasa sangat letih? Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan doa mudah tidur yang diajarkan oleh Islam.
Mengapa manusia susah tidur malam?
Tidur yang cukup dan berkualiti amatlah penting untuk kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan manusia. Namun, kadang kala seseorang pasti akan mengalami kesulitan untuk tidur meskipun berasa sangat letih.
Antara penyebab hal ini terjadi adalah kerana:
- Stres atau tekanan
- Gangguan mental
- Minum minuman berkafein sebelum tidur
- Makan sebelum tidur
- Main gajet sebelum tidur
- Penyakit
- Gangguan makhluk halus
- Faktor persekitaran
Doa mudah tidur 1
Berikut adalah doa mudah tidur yang diajarkan
اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ وَهَدَأَتِ الْعُيُونُ وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ أَهْدِئْ لَيْلِيْ وَأَنِمْ عَيْنِي
Allahumma gharatin nujum wa hada ‘atil uyun. Wa anta hayyun qayyumun. La ta khudzuhu sinatun wa la naum. Ya hayyu, ya qayyum, ahdi’ layli wa anim ‘ayni
Maksudnya: "Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini."
Doa ini berasal dari hadits riwayat Ibnu Sunni, Thabarani, dan Zaid bin Tsabit.
Diriwayatkan oleh al-Tabrani dan Ibnu al-Sunni daripada Hajjaj bin Imran al-Sadusiy, daripada Amru bin al-Husain, daripada Muhammad bin Abdillah, daripada Thaur bin Yazid, daripada Khalid bin Ma’ee dan, daripada Abdul Malik bin marwan bahawa bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi SAW tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang menimpanya, lalu baginda SAW mengajarnya doa di atas.
Menurut hadis riwayat Ibnu Sunni, Zaid bin Thabit r.a yang mengalami masalah sukar untuk tidur (insomnia) akhirnya dapat tidur dengan nyenyaknya berkat beramal dengan doa yang diajar oleh Nabi SAW itu. (rujuk al-Azkar: Bacaan apabila gelisah tidak dapat tidur).
Menurut pengarang buku, Doa dan Rawatan Penyakit, doa ini boleh dibacakan kepada pesakit dan air.
Caranya ialah dengan meletakkan tangan kanan pada dahi pesakit semasa membaca doa, lalu tiup kedua-dua belah matanya.
Doa mudah tidur malam 2
Selain itu ada juga doa yang diajarkan dalam Buku Wirid dan Doa, karya Haji Jamaluddin Hashim. Yang bermaksud:
“Ya Allah, Tuhan pentadbir tujuh petala langit dan segala apa yang dibawah naungan-Nya. Tuhan penguasa tujuh petala bumi dan segala apa yang dikandungkan Nya dan Tuhan yang empunya syatitan-syaitan dan segala apa yang telah disesatkan.
Jadilah Tuhanku untukku sebagai pelindung. Aku mohon perlindungan Mu daripada bencana kejahatan makhluk Mu sekeliannya. Dengan bahawa mengalahkan aku oleh sesiapa juga daripada makhluk-makhluk Mu itu. Dan juga daripada melakukan keaniayaan atas diriku.
Maha gagah perlindungan Mu. Maha besar pujian kepada Mu. Dan tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya selain daripada Mu. Dan tiada Tuhan yang wajib ditaati melainkan Tuhanku.”
Amalan dalam Islam jika susah tidur
Dalam Islam, terdapat beberapa amalan yang dianjurkan jika seseorang mengalami kesulitan tidur. Berikut adalah beberapa amalan yang dapat dilakukan:
1. Membaca doa sebelum tidur
Sebelum tidur, disarankan untuk membaca doa sebelum tidur seperti “Bismikallahumma amuutu wa ahyaa” yang maksudnya “Dengan nama Mu, ya Allah, aku mati dan hidup.”
Doa ini dapat memberikan ketenangan fikiran dan memohon perlindungan dari Allah SWT.
2. Membaca ayat Al-Quran
Membaca ayat-ayat Al-Quran sebelum tidur juga dapat memberikan ketenangan dan ketentraman.
Ayat-ayat tertentu seperti Ayat Kursi (Surah Al-Baqarah ayat 255) atau Surah Al-Falaq (Surah 113) dan Surah An-Nas (Surah 114) memiliki kekuatan khusus untuk melindungi dari gangguan dan memberikan kedamaian.
3. Membaca zikir
Membaca zikir sebelum tidur juga dapat membantu menghilangkan kegelisahan dan mengarahkan fikiran kepada Allah.
Zikir seperti mengucapkan “La ilaha illallah” (Tiada Tuhan selain Allah) atau “Astaghfirullah” (Aku memohon ampunan Allah) dapat memberikan ketenangan jiwa.
4. Solat tahajjud
Solat Tahajjud adalah solat sunnah yang dilakukan di waktu malam setelah tidur sejenak.
Melakukan solat tahajjud dapat membantu seseorang merasakan kedamaian dan memohon kepada Allah atas segala kekhawatiran dan kesulitan yang dialami.
Selain melakukan amalan di atas, penting juga untuk menjaga kesihatan tidur dengan menciptakan lingkungan tidur yang nyaman, menjaga rutin tidur yang teratur, dan menghindari hal-hal yang dapat mengganggu tidur seperti makan makanan berat atau minuman berkafein sebelum tidur.
Diharapkan perkongsian kami mengenai doa mudah tidur ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Buku Wirid dan Doa. Haji Jamaluddin Hashim. Jabatan Agama Johor
- Doa & Rawatan Pesakit. Prof. Dr. Harun Din
- Why Am I So Tired, but Can’t Sleep? Healhtline