Doa Tidur (Sebelum dan Selepas Bangun) Untuk Amalan Harian

Dalam Islam, tidur bukanlah sekadar tidur sahaja. Banyak pahala boleh kita perolehi dari mengamalkan etika tidur yang betul. Contohnya dengan membaca doa tidur sebelum dan selepas bangun.

Artikel pada kali ini akan berkongsi kepada anda doa tidur (sebelum dan selepas bangun) yang boleh dijadikan amalan dalam kehidupan seharian.

Baca juga:

Makna tidur berkualiti dalam Islam

Tidur yang berkualiti tidak hanya semata-mata tentang tempoh tidur yang lama sahaja. Malah tidur yang lama justeru memberi kesan lain kepada tubuh badan kita seperti lesu dan lemah.

Rasulullah SAW sendiri mengamalkan tidur pada awal waktu kerana ia waktu yang sangat bermanfaat untuk tidur.

Kajian juga menunjukkan bahawa 80% manusia boleh tidur nyenyak dalam waktu tersebut. Waktu itu turut dikatakan sebagai “Baraka” iaitu sejam tidur adalah bersamaan dengan tiga jam waktu tidur.

Waktu-waktu yang disarankan untuk tidur adalah dari pukul 9 malam hingga 12 malam, 10 malam hingga 3 pagi.

Selebihnya waktu disepertiga malam boleh digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT seperti bertahajjud dan berqiamulail. 

Doa sebelum bangun tidur

اللَّهُمَّ بِاسْمِكَ أَمُوْتُ وَأَحْيَا

Allahumma bismika amutu wa ahya

Maksudnya: “Segala puji bagi Allah, yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepada-Nya lah kami dibangkitkan.” – (Hadis Riwayat Bukhari No. 6325)

Doa lain yang boleh dibaca sebelum tidur

Terdapat beberapa hadis yang meriwayatkan tentang lafaz-lafaz lain bagi doa tidur. Antaranya seperti:

بِاسْمِكَ أَمُوتُ وَأَحْيَا

“Bismika amutu wa ahya” – (Hadis Riwayat Bukhari, No 6312)

بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوتُ وَأَحْيَا

“Bismika allahumma amutu wa ahyaa” – (Hadis Riwayat Bukhari, No 6324)

بِاسْمِكَ نَمُوتُ وَنَحْيَا

“Bismika namutu wa nahya” – (Hadis Riwayat Bukhari, No 7395)

اللَّهُمَّ بِاسْمِكَ أَمُوتُ وَأَحْيَا

“Allahumma bismika amuutu wa ahyaa” – (Hadis Riwayat Bukhari, No 6314, 6325)

اللَّهُمَّ بِاسْمِكَ أَحْيَا وَأَمُوتُ

“Allahumma bismika ahyaa wa amut” – (Hadis Riwayat Bukhari, No 7394)

اللَّهُمَّ بِاسْمِكَ أَحْيَا وَبِاسْمِكَ أَمُوتُ

“Allahumma bismika ahya wa bismika amut” – (Hadis Riwayat Bukhari, No 2711)

Doa tambahan sebelum tidur

Terdapat beberapa doa tambahan lain yang boleh dibaca sebelum tidur. Antara doanya itu adalah seperti:

1. Ayatul kursi

اللهُ لَا اِلٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا تَأْخُذُهٗ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَهٗ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهٗ إِلَّا بِإِذْنِهٖ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهٖ إِلَّا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَا يَئُودُهٗ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Allahu laaa ilaaha illaa huwal haiyul qai yoom. Laa taakhuzuhoo sinatunw wa laa nawm. Lahoo maa fissamaawaati wa maa fil ard. Man zallazee yashfa’u indahooo illaa be iznih. Ya’lamu maa baina aideehim wa maa khalfahum. Wa laa yuheetoona beshai ‘immin ‘ilmihee illa be maa shaaaa. Wasi’a kursiyyuhus samaa waati wal arda wa la ya’ooduho hifzuhumaa. Wa huwal aliyyul ‘azeem

Maksudnya: “Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).

Yang tidak mengantuk usahkan tidur.

Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.

Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.

Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).”

2. Surah Al-Ikhlas

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa, Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan, Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”

3. Surah Al-Falaq

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan, Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk.

Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.”

4. Surah An-Naas

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia,

Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.

(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.”

Doa selepas bangun tidur (pendek)

الحَمْدُ لِلهِ الًّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرُ

Alhamdulillahillazi ahyana ba’da ma amatana wa ilaihin nusyur

Maksudnya: “Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami (dengan bangun tidur) setelah mematikan kami (dengan tidur) dan hanya kepada Nya lah kami akan dibangkitkan.” – (Hadis Riwayat Bukhari No. 6325)

Doa selepas bangun tidur (panjang)

الْحَمْدُ للهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرُ أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ الْمُلْكُ للهِ وَالْعُظْمَةُ وَالسُّلْطَانُ ِللهِ وَالْعِزَّةُ وَالْقُدْرَةُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ أَصْبَحْنَا عَلَى فِطْرَةِ الْإِسْلَامِ وَعَلَى كَلِمَةِ الْإِخْلَاصِ وَعَلَى دِيْنِ نَبِيِّنَا مَحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَى مِلَّةِ أَبِيْنَا إِبْرَاهِيْمَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ. أَللَّهُمَّ بِكَ أَصْبَحْنَا وَبِكَ أَمْسَيْنَا وَبِكَ نَحَيَا وَبِكَ نَمُوْتُ وَإِلَيْكَ النُّشُوْرُ. أَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ أَنْ تَبْعَثَنَا فِى هَذَا الْيَوْمِ إِلَى كُلِّ خَيْرٍ وَنَعُوْذُ بِكَ أَنْ نَجْتَرِحَ فِيْهِ سُوْأً أَوْنجْرِهِ إِلَى مُسْلِمٍ أَوْ يُجْرِهِ أَحَدٌ إِلَيْنَا. نَسْأَلُكَ خَيْرَ هَذَا الْيَوْمِ وَخَيْرَ مَا فِيْهِ وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ هَذَا الْيَوْمِ وَشَرِّ مَا فِيْهِ.

Maksudnya: “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepada Nyalah kami kembali. Aku memasuki pagi, sedang kekuasaan tetap hanyalah milik Allah, kemuliaan dan kekuasaan milik Allah pula. (Dialah) Tuhan seru sekalian alam. 

Aku menyongsong pagi dengan kesucian Islam dan dengan kalimat ikhlas (syahadat) serta dengan agama (yang dibawa) Nabi Muhammad SAW. Juga dengan agama Bapak kami Ibrahim dengan berserah diri, serta bukanlah kami termasuk golongan orang-orang musyrik.

Ya Allah dengan Mu lah kami memasuki pagi dan petang, dengan Mu lah kami hidup dan mati dan kepada Mu lah kami kembali. 

Ya Allah kami mohon bangkitkanlah kami di hari ini pada kebaikan. Dan kami berlindung kepadamu dari mengerjakan kebaikan atau mempekerjakan orang islam pada keburukan dan dipekerjakan orang untuk keburukan.

Aku meminta kepada Mu kebaikan hari ini dan kebaikan yang ada di dalamnya serta memohon perlindungan dari kejelekan hari ini dan kejelekan yang ada di dalamnya.”

Kesimpulannya, tidur yang cukup sangat penting bagi setiap manusia sehinggakan kurangnya kualiti tidur boleh menyebabkan berlakunya lebih banyak kesan buruk pada kesihatan seseorang.

Diharapkan semoga perkongsian mengenai doa tidur sebelum dan selepas bangun ini dapat memberikan anda semua informasi yang bermanfaat dan berguna untuk dijadikan panduan dalam amalan seharian.

Sumber:

  1. Doa Bangun Tidur, Tulisan Arab, Terjemahan, dan Juga Adabnya. Narasi
  2. #858: Adab Berbaring Ketika Hendak Tidur. Maktabah Al Bakri
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.