Niat Solat Jumaat, Cara Menjamak Solat Jumaat dengan Asar

Apakah niat solat Jumaat yang perlu dilafazkan ketika mendirikan solat Jumaat?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai niat solat Jumaat yang wajib untuk anda baca ketika mendirikan solat tersebut nanti.

Baca juga:

Pengenalan solat jumaat

niat solat jumaat

Dalam bahasa Arab, Jumaat atau jumu-‘ah adalah bermaksud menghimpunkan.

Jika kita perincikan, istilah menghimpunkan ini boleh dikaitkan dengan salah satu ibadah khusus pada hari Jumaat iaitu solat Jumaat.

Solat jumaat adalah solat fardhu, dua rakaat yang dilakukan pada hari Jumaat untuk menggantikan solat Zohor. 

Dari segi lafaz niat yang dibaca, niat solat Jumaat ini adalah berbeza dengan solat fardhu yang lain.

Hukum bagi solat ini adalah wajib ke atas semua lelaki Muslim yang memenuhi syarat wajib dan sah tersebut.

Lafaz niat solat jumaat

Berikut adalah lafaz niat solat Jumaat dalam teks Arab, rumi, dan panduan audio MP3:

اُصَلِّيْ فَرْضَ الجُمْعَةِ رَكْعَتَيْنِ مُسْتَقْبِلَ اْلقِبْلَةِ اَدَاءً مَاْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli fardol jum’ati rak’ataini makmuman lillahi taala

"Sahaja aku solat fardu Jumaat dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala"

Boleh ke jamak solat Jumaat dengan solat asar?

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa solat Jumaat boleh dijamakkan dengan solat fardhu asar mengikut syarat-syarat tertentu.

Namun begitu, ia hanya sah bila mana solat Jumaat dan asar dilakukan secara jamak taqdim sahaja.

Keharusan untuk menjamakkan solat dirumuskan berdasarkan beberapa hadis Nabi. Antaranya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Mu’az bin Jabal bahawa:

جَمَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي غَزْوَةِ تَبُوكَ ‌بَيْنَ ‌الظُّهْرِ ‌وَالْعَصْرِ، وَبَيْنَ الْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ

“Rasulullah SAW menjamakkan solat Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’ ketika dalam Perang Tabuk.” - (Hadis Riwayat Muslim, No. 53)

Hukum jama’ taqdim antara solat Juma’at dan solat ‘Asar adalah dibolehkan berdasarkan kenyataan yang dikemukakan oleh Imam al-Khatib al-Syirbini:

قوله (ويجوز للمسافر) سفر قصر (أن يجمع بين) صلاتي (الظهر والعصر في وقت أيهما شاء) تقديما وتأخيرا (و) أن يجمع (بين) صلاتي (المغرب والعشاء في وقت أيهما شاء) تقديما وتأخيرا . والجمعة كالظهر في جمع التقديم

Maksudnya: “(Dibolehkan bagi musafir) dalam jarak yang membolehkannya melakukan qasar solat (untuk menghimpunkan antara solat Zohor dan ‘Asar di waktu yang dikehendakinya).

Sama ada secara taqdim atau ta’khir (dan) menghimpunkan antara dua solat (Maghrib dan Isya’, di waktu yang dikehendakinya)

Sama ada secara taqdim atau ta’khir. Solat Juma’at hukumnya sama dengan solat Zohor dalam masalah jama’ taqdim.” – (Al-Iqna’ ‘ala Matn Abi Syuja’, 1/174-175)

Caranya, kita hendaklah melakukan solat Jumaat seperti biasa dan setelah selesai, bangun semula untuk mengerjakan solat qasar Asar.

Panduan solat jumaat & jamak asar

niat solat jumaat

Berikut adalah langkah-langkah panduan solat Jumaat beserta dengan solat jamak taqdim qasar waktu asar.

  1. Dirikan solat Jumaat mengikut imam sehingga selesai dengan niat seperti di atas.
  2. Selesai sahaja memberi salam, segera bangun semua untuk mengerjakan pula solat qasar waktu asar.
  3. Berikut adalah niat untuk solat qasar waktu asar ini: Sahaja aku solat fardhu asar, qasar jamak takdim, dua rakaat kerana Allah Ta’ala”
  4. Tunaikan solat seperti biasa sebanyak dua rakaat sehingga selesai.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini mengenai niat solat Jumaat dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan dan ilmu pengetahuan bersama.

Sumber:

  1. Solat Jamak Taqdim Solat Jumaat dan Asar. Mufti Negeri Sembilan
  2. #91: Jamak Solat Jumaat dengan Solat Asar. Maktabah Al Bakri
  3. #4: Jama’ Taqdim antara Solat Jumaat dan Solat ‘Asar. Maktabah Al Bakri
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.