Surah Al Buruj (سورة البروج): Teks Arab & Rumi Serta Pengajarannya

Artikel ini akan berkongsi kepada anda serba sedikit mengenai inti pati surah Al Buruj yang sepatutnya anda perlu tahu.

Di sini juga disediakan audio bacaan surah ini dalam bentuk MP3 dan juga teks bacaannya dalam rumi untuk memudahkan pembacaan.

Baca juga:

Pengenalan tentang surah Al Buruj

surah al buruj

Surah Al Buruj diturunkan di Mekah, mengandungi 22 ayat dan turun selepas surah asy-Syams.

Ia merupakan surah ketujuh daripada 15 surah yang dengan sumpah iaitu as-Saaffaat, adz-Dzaariyaat, at-Tuur, an-Najm, al-Mursalaat, an-Naazi’aat, al-Buruj, at-Taariq, al-Fajr, asy-Syams, adh-Dhuha, at-Tiin, al-‘Aadiyaat dan al-‘Asr.

Surah ini dinamakan buruj yang bermaksud gugusan bintang. Ia kerana pada permulaan surah, Allah SWT sendiri bersumpah dengan langit dan bintang-bintang serta hari pembalasan yang dijanjikan.

Dalam sumpah Nya, Allah menyatakan bahawa kaum kafir yang bertindak ganas menggali parit dan membakar orang-orang yang beriman di dalamnya, akan menerima akibat yang seburuk-buruknya.

Ringkasan surah Al Buruj

Tema utama surah ini memgisahkan tentang kisah para pembesar Najran yang telah membakar hidup-hidup orang yang beriman.

Selain itu, di dalamnya turut menerangkan akan balasan orang-orang yang menyiksa dan memfitnah orang-orang mukmin.

Berikut adalah ringkasan lengkap surah Al Buruj:

Ayat 1 – 3:

  • Pengertian Al-Buruj
  • Hari yang ditunggu manusia.
  • Hari seluruh manusia sekaligus menjadi saksi dan orang-orang yang disaksikan.

Ayat 4 – 7:

  • Kemurkaan Allah terhadap orang-ornag yang menindas orang-orang yang beriman.
  • Kisah seorang pemuda dengan rahib dan tukang sihir.

Ayat 8 – 9:

  • Pemerintah yang zalim menganggap keimanan sebagai jenayah.
  • Biar mati berputih tulang, asalkan akidah selamat.

Ayat 10 – 11:

  • Kehidupan dunia bukanlah pengembaraan terakhir.
  • Kebakaran di dunia dan kebakaran di akhirat.
  • Kemuncak kejayaan ialahh memenangi syurga.

Ayat 12 – 18:

  • Azab dari Allah lebih besar dari azab manusia.
  • Ciptaan pertama dan ciptaan ulangan berlaku setiap masa.
  • Darjat kasih mesra dari Allah kepada hamba sukar diungkap dengan pena.
  • Untuk mendapat keredhaan Allah, persoalan nyawa menjadi kecil.
  • Kehendak dan tindakan Allah yang bebas.
  • Tindakan Allah pada Firaun dan Thamud.

Ayat 19 – 22:

  • Tabiat orang kafir tetap mendustakan agama Allah.
  • Tiada yang lebih mulia dari wahyu Allah.

Bacaan surah Al Buruj

(1) وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلۡبُرُوجِ

Wassamaaa’i zaatil burooj

Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;

(2) وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡمَوۡعُودِ

Wal yawmil maw’ood

Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan;

(3) وَشَاهِدٖ وَمَشۡهُودٖ

Wa shaahidinw wa mashhood

Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan; -

(4) قُتِلَ أَصۡحَٰبُ ٱلۡأُخۡدُودِ

Qutila as haabul ukhdood

Celakalah kaum yang menggali parit,

(5) ٱلنَّارِ ذَاتِ ٱلۡوَقُودِ

Annaari zaatil waqood

(Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran,

(6) إِذۡ هُمۡ عَلَيۡهَا قُعُودٞ

Iz hum ‘alaihaa qu’ood

(Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,

(7) وَهُمۡ عَلَىٰ مَا يَفۡعَلُونَ بِٱلۡمُؤۡمِنِينَ شُهُودٞ

Wa hum ‘alaa maa yaf’aloona bilmu ‘mineena shuhood

Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman.

(8) وَمَا نَقَمُواْ مِنۡهُمۡ إِلَّآ أَن يُؤۡمِنُواْ بِٱللَّهِ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡحَمِيدِ

Wa maa naqamoo minhum illaaa aiyu’minoo billaahil ‘azeezil Hameed

Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!

(9) ٱلَّذِي لَهُۥ مُلۡكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ شَهِيدٌ

Allazee lahoo mulkus samaawaati wal ard; wallaahu ‘alaa kulli shai ‘in Shaheed

Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.

(10) إِنَّ ٱلَّذِينَ فَتَنُواْ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَٰتِ ثُمَّ لَمۡ يَتُوبُواْ فَلَهُمۡ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمۡ عَذَابُ ٱلۡحَرِيقِ

Innal lazeena fatanul mu’mineena wal mu’minaati summa lam yatooboo falahum ‘azaabu Jahannama wa lahum ‘azaabul hareeq

Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, 

maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).

(11) إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَٰتِ لَهُمۡ جَنَّـٰتٞ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُۚ ذَٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡكَبِيرُ

Innal lazeena aamanoo wa ‘amilus saalihaati lahum Jannaatun tajree min tahtihal anhaar; zaalikal fawzul kabeer

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.

(12) إِنَّ بَطۡشَ رَبِّكَ لَشَدِيدٌ

Inna batsha Rabbika lashadeed

Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat.

(13) إِنَّهُۥ هُوَ يُبۡدِئُ وَيُعِيدُ

Innahoo Huwa yubdi’u wa yu’eed

Sesungguhnya Dia lah yang menciptakan (sekalian makhluk) pada mulanya, dan yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati).

(14) وَهُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلۡوَدُودُ

Wa Huwal Ghafoorul Wadood

Dan Dia lah yang Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih.

(15) ذُو ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡمَجِيدُ

Zul ‘Arshil Majeed

Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya,

(16) فَعَّالٞ لِّمَا يُرِيدُ

Fa’ ‘aalul limaa yureed

Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya.

(17) هَلۡ أَتَىٰكَ حَدِيثُ ٱلۡجُنُودِ

Hal ataaka hadeesul junood

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal (kebinasaan yang telah menimpa) kaum-kaum yang menentang (Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka)?

(18) فِرۡعَوۡنَ وَثَمُودَ

Fir’awna wa Samood

(Mereka itu ialah kaum) Firaun, dan Thamud (kaum Nabi Soleh).

(19) بَلِ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فِي تَكۡذِيبٖ

Balil lazeena kafaroo fee takzeeb

(Kaummu wahai Muhammad, bukan sahaja menolak ajaranmu), bahkan orang-orang yang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran;

(20) وَٱللَّهُ مِن وَرَآئِهِم مُّحِيطُۢ

Wallaahu minw waraaa’ihim muheet

Sedang Allah, dari belakang mereka, melingkungi mereka (dengan kekuasaanNya)!

(21) بَلۡ هُوَ قُرۡءَانٞ مَّجِيدٞ

Bal huwa Quraanum Majeed

(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya;

(22) فِي لَوۡحٖ مَّحۡفُوظِۭ

Fee Lawhim Mahfooz

(Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz.

Pengajaran surah Al Buruj

Antara pengajaran yang boleh kita pelajari dari surah Al Buruj adalah seperti:

  • Setiap kejahatan yang dilakukan manusia di dunia ini akan menerima azab seksa yang pedih dari Allah SWT.

  • Allah berkuasa dalam menciptakan setiap sesuatu di atas muka bumi ini dan Dia juga berkuasa untuk menghidupkannya kembali.

  • Allah SWT sentiasa mendengar doa hamba-hamba Nya yang beriman dan akan membantu mereka di dalam kesusahan. 

  • Tuntut ilmu dan mendalami ilmu agama sejak dari kecil agar kita mampu mempertahankan keimanan dan dijauhkan dari kekufuran.

Semoga dengan panduan membaca surah Al Buruj ini dapat menjadikan kita semua semakin sayang dan mencintai kitab Al-Quran serta menghayati setiap bait ayatnya untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Sumber:

  1. Al -Quran dan Terjemahannya
  2. Tafsir Ibn Kathir Versi Bahasa Melayu. Telaga Biru
  3. Bayan Al-Falak Siri Ke-23: Buruj Tanda Kekuasaan Allah. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.