Surah Al-Masad ( المسد ): Teks Arab & Rumi Serta Pengajarannya
Artikel pada kali ini akan berkongsikan kepada anda mengenai inti pati Surah Al-Masad yang boleh dijadikan sebagai sebuah pengajaran kepada kita semua yang membaca dan memahami isi yang disampaikan daripada surah tersebut.
Disini juga dipermudahkan dengan bantuan audio dalam bentuk MP3 serta teks bacaan dalam tulisan rumi untuk memudahkan lagi pembacaan.
Baca juga:
Asal usul surah Al-Masad
Surah Al-Masad المسد adalah surah yang ke-111 dalam naskah Al-Quran yang merupakan surah Makiyyah yang mengandungi lima ayat kesemuanya.
Nama surah ini diambil daripada perkataan masad yang membawa maksud sabut yang dipintal.
Surah ini juga dikenali sebagai Surah al-Lahab oleh kerana kisah yang terdapat pada ayat yang ketiga pada surah al-Masad ini yang menceritakan mengenai kisah Abu Lahab dan isterinya yang telah menentang dakwah yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Surah ini diturunkan selepas berlakunya dakwah secara terbuka oleh Nabi Muhammad SAW kepada penduduk Mekkah dengan menghimpunkan mereka semua di Bukit Safa, pada tahun 613 M. Pada ketika itu Abu-Lahab telah mengutuk baginda.
Difahamkan, apabila setiap kali kita membaca surah ini maka, binasalah kedua-dua tangan Abu-Lahab’ akan terus terkena padanya sehinggalah berlakunya hari kiamat kelak.
Instisari surah Al-Masad
Institari daripada surah al-masad ini dapat mencarikan kepada kita semua mengenai beberapa perkata antaranya adalah:
- Surah ini mencerikan mengenai balasan yang bakal diterima oleh Abu Lahab dan isterinya yang sangat memusuhi Nabi Muhammad SAW.
- Balasan yang bakal diterima oleh mereka juga adalah seburuk-buruk balasan yang akan diterima di dalam api neraka yang marak menjulang.
- Isteri Abu Lahab akan memunggah kayi api neraka tersebut dan beliau juga terut disiksa bersama-sama Abu-Lahab.
- Isteri Abu Lahab akan dipaikan di lehernya sejenis tali yang dipintal untuk menambahkan lagi kehinaannya.
Bacaan surah Al-Masad
Berikut merupakan bacaan surah Al-masad yang dipermudahkan dengan bantuan audia MP3 serta tulisan rumi.
Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama!
Tidaklah berguna baginya hartanya dan apa yang dia usahakan.
Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergelora (neraka).
Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar (penyebar fitnah).
Di lehernya ada tali daripada sabut yang dipintal.
Pengajaran surah
Menerusi perkongsian yang diberikan oleh Ustaz Muhammad Syaarani Abdul Rahman yang dikongsikan menerusi ikim.fm mengenai tadabbur surah al-masad antara kandungannya adalah:
1. Siksaan azab api neraka
Allah SWT telah memberikan azab neraka yang bersesuaian dengan setiap amalannya di dunia. Siksaan ini adalah setimpal dengan perlakuaannya yang sentiasa menyakiti an memusuhi Nabi Muhammad SAW.
2. Harta tidak dapat menyelamatkan seseorang daripada azab Allah
Dengan memilik pangkat yang tinggi serta harta yang banyak sekalipun hal ini, tidak dapat memberikan sedikit makna jika kita tidak menggunakannya ke jalan yang benar. Iaitu jalan kearah yang boleh membawa kebaikan kepada umat Islam
3. Bertindak dengan melakukan kebaikan.
Surah Al-Masad mengingatkan kita tentang pentingnya membuat kebaikan, adil, dan menghindari perbuatan aniaya terhadap orang lain.
Surah ini menegaskan bahawa perbuatan buruk akan mendapatkan pembalasan yang setimpal dengan perbuatannya.
4. Taat kepada perintah Allah dan rasul
Kita sebagai umat Islam wajib taat dan patuh dengan segala perintah yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul. Ini mengajarkan kita untuk memiliki kepercayaan bahwa Allah akan menegakkan keadilan pada saat yang tepat.
5. Keteguhan dalam menghadapi tentangan
Surah Al-Masad memberikan contoh keteguhan dan keberanian Nabi Muhammad SAW dalam menghadapi musuh-musuhnya.
Meskipun Abu Lahab dan istrinya dengan keras dalam menentang Islam, Nabi Muhammad tetap berpegang teguh pada ajaran yang benar dan tidak terpengaruh oleh mereka.
Sumber:
- Ringkasan Tafsir Surah Al-Lahab. Dakwah Tarbiah
- Surah Al Masad Rumi, Maksud dan Kelebihan. The Mizz One