Surah Al Mutaffifin (سورة المطفّفين): Teks Arab / Rumi dan Kelebihannya

Artikel ini akan berkongsi kepada anda serba sedikit mengenai inti pati surah Al Mutaffifin (سورة المطفّفين) yang sepatutnya anda perlu tahu.

Di sini juga disediakan audio bacaan surah ini dalam bentuk MP3 dan juga teks bacaannya dalam rumi untuk memudahkan pembacaan.

Baca juga:

Pengenalan surah Al Mutaffifin

Al Mutaffifin bermaksud orang-orang yang curang. Surah Al Mutaffifin ini merupakan surah yang ke-83 dalam al-Quran dan diturunkan di Mekah.

Ia mempunyai 36 ayat ke semuanya. Tema penting surah ini menceritakan tentang  orang-orang yang curang di dalam sukatan dan timbangan, disamping memperkatakan buku-buku rekod amalan.

Ringkasan surah

surah al mutaffifin

Intipati penting mengenai surah ini adalah menerangkan tentang:

  • Balasan siksa terhadap orang-orang yang berlaku curang di dalam timbangan dan sukatan (Ayat 1 – 6)
  • tempat-tempat buku rekod amalan orang-orang yang jahat dan orang-orang yang baik (Ayat 7 – 21)
  • Kenikmatan-kenikmatan hidup bagi orang-orang yang baik di dalam syurga (Ayat 22 – 28)

Bacaan surah Al Mutaffifin

Berikut merupakan teks bacaan Surah Al Mutaffifin yang terdapat dalam teks arab dengan bantuan teks rumi dan juga disertakan dengan bantuan audio.

وَيۡلٞ لِّلۡمُطَفِّفِينَ ١

Waylul Lil Mutaf Fifin
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan),

ٱلَّذِينَ إِذَا ٱكۡتَالُواْ عَلَى ٱلنَّاسِ يَسۡتَوۡفُونَ ٢

Alla Zina izak Talu A’lan Nasi Yas Taufun
Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup,

وَإِذَا كَالُوهُمۡ أَو وَّزَنُوهُمۡ يُخۡسِرُونَ ٣

Wa izaa Kaluhum Aw Waza Nuhum Yukh Sirun
Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

أَلَا يَظُنُّ أُوْلَٰٓئِكَ أَنَّهُم مَّبۡعُوثُونَ ٤

Ala Yazun Nu Ula i’ka Anna Hum Mab U’sun
Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)?

لِيَوۡمٍ عَظِيمٖ ٥

Li Yawmin A’zim
Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya),

يَوۡمَ يَقُومُ ٱلنَّاسُ لِرَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٦

Yawma Yaqumun Nasu Li Rabbil A’lamin
Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam?

كـَلَّآ إِنَّ كِتَٰبَ ٱلۡفُجَّارِ لَفِي سِجِّينٖ ٧

Kalla inna Kitabal Fujjari Lafi Sij Jin
Tidak sepatutnya (mereka melakukan perbuatan yang salah itu dan melalaikan hari akhirat)! Sesungguhnya "kitab suratan amal" orang-orang yang berdosa itu (didaftarkan) dalam "Sijjiin".

وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا سِجِّينٞ ٨

Wa Ma Adraka Ma Sij Jin
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia "Sijjiin" itu,

كِتَٰبٞ مَّرۡقُومٞ ٩

Kitabum Marqum
Ialah (tempat simpanan) kitab catitan yang jelas nyata, (yang menghimpunkan amalan orang-orang yang berdosa).

وَيۡلٞ يَوۡمَئِذٖ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ١٠

Way Luy Yawma i’zil Lil Mukaz Zibin
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan 

ٱلَّذِينَ يُكَذِّبُونَ بِيَوۡمِ ٱلدِّينِ ١١

Alla Zina Yukaz Zibuna Bi Yawmid Din
Iaitu mereka yang mendustakan hari pembalasan.

وَمَا يُكَذِّبُ بِهِۦٓ إِلَّا كُلُّ مُعۡتَدٍ أَثِيمٍ ١٢

Wa Ma Yukaz Zibu Bihi illa Kullu Mu’tadin Asim
Dan tiada yang mendustakannya melainkan tiap-tiap orang yang melampaui batas (kebenaran), lagi amat derhaka!

إِذَا تُتۡلَىٰ عَلَيۡهِ ءَايَٰتُنَا قَالَ أَسَٰطِيرُ ٱلۡأَوَّلِينَ ١٣

Iza Tutlaa A’laihi Ayatuna Qala Asatirul Awwalin
(Sehingga) apabila ia dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata:" Ini ialah dongeng orang-orang dahulu kala!"

كـَلَّاۖ بَلۡۜ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِم مَّا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ ١٤

Kalla Bal Rana A’la Qulubihim Ma Kanu Yaksibun
Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.

كـَلَّآ إِنَّهُمۡ عَن رَّبِّهِمۡ يَوۡمَئِذٖ لَّمَحۡجُوبُونَ ١٥

Kalla innahum ‘Ar Rabbihim Yawma’izil Lamah Jubun
Jangan lagi mereka berlaku demikian! (kalau tidak), mereka pada hari itu, tetap terdinding dari (rahmat) Tuhannya.

ثُمَّ إِنَّهُمۡ لَصَالُواْ ٱلۡجَحِيمِ ١٦

Summa innahum Lasa Lul Jahim
Kemudian, sesungguhnya mereka akan menderita bakaran neraka.

ثُمَّ يُقَالُ هَٰذَا ٱلَّذِي كُنتُم بِهِۦ تُكَذِّبُونَ ١٧

Summa Yuqolu Hazal Lazi Kuntum Bihi Tukazzibun
Akhirnya dikatakan (kepada mereka): "Inilah dia (azab seksa) yang kamu dustakan dahulu."

كـَلَّآ إِنَّ كِتَٰبَ ٱلۡأَبۡرَارِ لَفِي عِلِّيِّينَ ١٨

Kalla inna Kitabal Abrari Lafi il’liyyin
Ingatlah wahai manusia! Sesungguhnya "kitab suratan amal" orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), adalah (didaftarkan) dalam" Illiyiin".

وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا عِلِّيُّونَ ١٩

Wa Ma Adra Kama il’liyyun
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Illiyiin" itu?

كِتَٰبٞ مَّرۡقُومٞ ٢٠

Kitabum Marqum
Ialah (tempat simpanan) kitab catitan yang jelas nyata,

يَشۡهَدُهُ ٱلۡمُقَرَّبُونَ ٢١

Yasy Hadu Hul Muqarra Bun
Yang disaksikan oleh sekumpulan malaikat, yang didampingkan Tuhan di sisinya.

إِنَّ ٱلۡأَبۡرَارَ لَفِي نَعِيمٍ ٢٢

Innal Abra Ralafi Na’im
Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada di dalam Syurga yang penuh nikmat:

عَلَى ٱلۡأَرَآئِكِ يَنظُرُونَ ٢٣

A’lal Ara’iki Yan Zurun
Mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), sambil melihat (segala keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka di situ).

تَعۡرِفُ فِي وُجُوهِهِمۡ نَضۡرَةَ ٱلنَّعِيمِ ٢٤

Ta’rifu Fi Wuju Hihim Nadratan Na’im
Engkau dapat melihat pada muka mereka: cahaya nikmat yang mereka perolehi.

يُسۡقَوۡنَ مِن رَّحِيقٖ مَّخۡتُومٍ ٢٥

Yus Qauna Mir Rahiqim Makh Tum
Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai bekasnya,

خِتَٰمُهُۥ مِسۡكٞۚ وَفِي ذَٰلِكَ فَلۡيَتَنَافَسِ ٱلۡمُتَنَٰفِسُونَ ٢٦

Khita Muhu Miskuw Wafi Zalika Fal Yatana Fasil Mutana Fisun
Meterainya kasturi; - dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan;

وَمِزَاجُهُۥ مِن تَسۡنِيمٍ ٢٧

Wa Miza Juhu Min Tasnim
Dan campuran minuman itu adalah dari "Tasnim":

عَيۡنٗا يَشۡرَبُ بِهَا ٱلۡمُقَرَّبُونَ ٢٨

Ay Nay Yash Rabu Bihal Muqarrabun
laitu matair yang diminum daripadanya oleh orang-orang yang di dampingkan (Tuhan di sisiNya).

إِنَّ ٱلَّذِينَ أَجۡرَمُواْ كَانُواْ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يَضۡحَكُونَ ٢٩

. Innal Lazina Ajramu Kanu Minal Lazina Amanu Yad Hakun
Sesungguhnya orang-orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan orang-orang yang beriman.

وَإِذَا مَرُّواْ بِهِمۡ يَتَغَامَزُونَ ٣٠

Wa iza Marru Bihim Yata Gha Mazun
Dan apabila orang-orang yang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan memejam celikkan mata sesama sendiri (mencemuhnya).

وَإِذَا ٱنقَلَبُوٓاْ إِلَىٰٓ أَهۡلِهِمُ ٱنقَلَبُواْ فَكِهِينَ ٣١

Wa izan Qalabu ila Ah Lihimun Qalabu Fakihin
Dan apabila mereka kembali kepada kaum keluarganya, mereka kembali dengan riang gembira;

وَإِذَا رَأَوۡهُمۡ قَالُوٓاْ إِنَّ هَٰٓؤُلَآءِ لَضَآلُّونَ ٣٢

Wa izaa Ra Aw Hum Qalu inna Ha Ula ila Dhal Lun
Dan apabila mereka melihat orang-orang yang beriman, mereka berkata: "Sesungguhnya orang-orang itu adalah golongan yang sesat!"

وَمَآ أُرۡسِلُواْ عَلَيۡهِمۡ حَٰفِظِينَ ٣٣

Wa Ma Ursilu A’laihim Hafizin
Pada hal mereka tidak diutus untuk menjaga sesat atau tidaknya orang-orang yang beriman itu!

فَٱلۡيَوۡمَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنَ ٱلۡكُفَّارِ يَضۡحَكُونَ ٣٤

Fal Yawmal Lazina Amanu Minal Kuffari Yad Hakun
Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman pula tertawakan orang yang kafir itu.

عَلَى ٱلۡأَرَآئِكِ يَنظُرُونَ ٣٥

A’lal Ara iki Yanzurun
Sambil mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), serta melihat (hal yang berlaku kepada musuhnya).

هَلۡ ثُوِّبَ ٱلۡكُفَّارُ مَا كَانُواْ يَفۡعَلُونَ ٣٦

Hal Suw Wibal Kuffaru Ma Kanu Yaf A’lun
(Untuk menambahkan kegembiraan mereka, mereka ditanya): "Bukankah orang-orang yang kafir itu telah dibalas akan apa yang mereka telah kerjakan dahulu?"

Kelebihan surah Al Mutaffifin

Secara umumnya surah Al Mutaffifin sama sahaja seperti surah-surah lain yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Namun kelebihan lain bagi surah ini adalah seperti:

  • Sebagai amalan Rasulullah SAW sebelum tidur
  • Diberi syafaat apabila dibaca sehingga masuk ke dalam syurga
  • Menjadi perlindung dari seksa kubur

Semoga dengan panduan membaca surah Al Mutaffifin ini dapat menjadikan kita semua semakin sayang dan mencintai kitab Al-Quran serta menghayati setiap bait ayatnya untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Sumber:

  1. Al-Quran dan Terjemahan
  2. Tafsir Surah Mutaffifin Ayat 1 – 17 (Peniaga yang zalim). Celik Tafsir
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.