Surah Al-Zalzalah (سورة الزلزلة): Teks Arab dan Terjemahannya
Ini merupakan teks Surah Al-Zalzalah dalam arab, rumi dan beserta maksud.
Anda semua akan dibimbing dengan bantuan audio dan (transliterasi) ejaan rumi bagi setiap langkah secara ayat demi ayat.
Dalam artikel pada kali juga diselitkan secara ringkas mengenai kelebihan yang ada pada surah Al-Zalzalah ini.
Semoga dengan bantuan yang disediakan dapat membantu dan memberikan manfaat kepada anda semua.
Baca juga:
Pengenalan Surah
Al-Zalzalah ini bermaksud (gegeran) kerana bumi pada hari kiamat akan digegarkan dengan kuat.
Surah A-Zalzalah ini merupakan surah yang ke-99 dalam al-Quran. Surah ini merupakan diantara surah-surah yang diturunkan di Madinah.
Ia mempunyai 8 ayat ke semuanya. Tema penting surah ini menceritakan mengenai bumi yang akan digegarkan dengan amat dasyat apabila berlakunya hari kiamat.
Bumi yang kita dipijaknya sekarang akan hancur dan mengeluarkan segala isinya yang ada.
Bacaan Surah Al-Zalzalah
Berikut merupakan teks bacaan Surah Al-Zalzalah yang terdapat dalam teks arab dengan bantuan teks rumi dan juga disertakan dengan bantuan audio.
Maksudnya: Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.
Maksudnya: Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dasyat.
Maksudnya: Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya.
Maksudnya: Dan manusia bertanya, “Apa yang terjadi pada bumi ini?”
Maksudnya: Pada hari itu bumi menyampaikan beritanya.
Maksudnya: Kerana sesungguhnya Tuhanmu, telah memerintahkan sebegitu kepadanya.
Maksudnya: Pada hari itu, manusia akan keluar dari kuburnya dalam keadaan berkelompok -kelompok, untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) segala perbuatannya.
Maksudnya: Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.
Maksudnya: Dan sesiapa yang berbuat kepada kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Pengajaran Ayat
Terdapat beberapa pengajaran yang boleh diambil daripada surah Al-Zalzalah ini bagi bekalan kehidupan kita di dunia dan di akhirat antaranya adalah:
1. Kita sebagai umat islam yang beriman kepada Allah SWT wajib beriman kepada hari kiamat.
2. Kita dituntut untuk sentiasa melakukan amal kebajikan sebagai sesuatu bekalan untuk hidup di alam akhirat.
3. Allah SWT akan memberikan peringatan dan amaran kepada sesiapa yang sengaja mengingkari perintah Nabi Muhammad SAW.
4. Allah SWT akan memberikan peringatan supaya kita sentiasa menjauhi dan meninggalkan sebarang maksiat.
Semoga dengan panduan membaca surah Al-Zalzalah ini dapat menjadikan kita semua semakin sayang dan mencintai kitab Al-Quran serta menghayati setiap bait ayatnya untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
Sumber:
- Al-Quran dan Terjemahannya