Surah An Naba (سورة النبأ): Ayat 1-40 Dalam Rumi dan Kelebihannya

Artikel ini akan berkongsi kepada anda serba sedikit mengenai inti pati surah An Naba (سورة النبأ) yang sepatutnya anda perlu tahu.

Di sini juga disediakan audio bacaan surah ini dalam bentuk MP3 dan juga teks bacaannya dalam rumi untuk memudahkan pembacaan.

Baca juga:

Pengenalan tentang surah An Naba

surah an naba

Surah An Naba adalah surah yang ke-78 dalam isi kandungan Al-Quran, mengandungi 40 ayat dan tergolong juga dalam surah Makkiyah iaitu surah yang diturunkan di Mekah.

An Naba yang bermaksud berita besar di ambil dari ayat kedua dari surah ini. Ahli tafsir sepakat mengatakan maksud berita besar itu adalah Hari Kebangkitan.

Kalimah “amma” yang terdapat pada ayat pertama dalam surah An Naba menyebabkan juzuk 30 dinamakan juzuk “amma” kerana ia menjawab saty persatu dakwaan quraisy yang tidak mempercayai kiamat dan akhirat.

Ringkasan surah

Surah ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu dari ayat 1-16, ayat 17-30, dan ayat 31-40. Berikut adalah huraiannya.

Ayat 1-16

  • Ayat tersebut bercerita tentang perselisihan manusia tentang berita akan datangnya Hari Kebangkitan tersebut dan kehidupan akhirat yang terjadi selepasnya.

  • Rasulullah SAW datang dan menyeru kepada umatnya untuk berkhidmat pada “hari besar” yang semakiin dekat itu. Tidak ada sesiapa yang tahu bil akan berlakunya Hari Kebangkitan, namun Rasulullah SAW menjamin bahawa hari itu pasti akan datang.

  • Berita akan berlakunya Hari Kebangkita adalah sebuah berita besar, bukan kerana kedatangan hari itu sendirim tetapi kerana akibat yang dibawanya.

  • Dalam Islam, manusia dibangkitkan untuk menjalani kehidupan di dunia untuk kedua kalinya, tetapi untuk mempertanggungjawabkan semua perbuatan semasa di dunia.

Ayat 17-30

  • Ayat ini menceritakan mengenai proses hari kiamat dan keterangan tentang keadaan serta situasi hari kiamat.

  • Berlaku kiamat setelah ditiup tiupan sangkakala yang pertama (as-Shur): gunung ganang bertebangan, langi akan hancur dan semua makhluk akan mati.

  • Pada tiupan kedua, manusia akan dibangkitkan dari kubur dengan serta-merta.

  • Semua manusia akan diadili di padang masyhar sama ada beriman atau tidak.

  • Allah mengancam manusia dengan neraka dii mana semua orang sama ada beriman atau tidak akan melalui titian sirat di atas neraka.

  • Seksaan neraka sangatlah pedih di mana tidak ada air melainkan air yang panas mendidih dan nanah.

Ayat 31-40

  • Bahagian ini menceritakan mengenai nikmat-nikmat yang akan diperoleh oleh orang-orang yang bertakwa. Orang yang berjaya dapat tempat di syurga ialah orang yang bersegera dalam membuat kebaikan dan orang yang bersegera memohon keampunan Allah.

Bacaan surah An Naba

(1) عَمَّ يَتَسَاۤءَلُوْنَۚ

‘Amma yata sā alūn.

Tentang apakah mereka bertanya-tanya?

(2) عَنِ النَّبَاِ الْعَظِيْمِۙ

‘Anin naba’ill-‘aẓeem.

Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya).

(3) الَّذِيْ هُمْ فِيْهِ مُخْتَلِفُوْنَۗ

Allah zee hum fehi mukh talifūn

Yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya.

(4) كَلَّا سَيَعْلَمُوْنَۙ

Kal-lā saya‘lamūn.

Jangan! (Janganlah mereka bersikap demikian!) Mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu).

(5) ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُوْنَ

Summa kal-lā saya‘lamūn.

Sekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka).

(6) اَلَمْ نَجْعَلِ الْاَرْضَ مِهٰدًاۙ

Alam naj a-lil-ardaa mehādā.

(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?

(7) وَّالْجِبَالَ اَوْتَادًاۖ

Wall jibāla autādā.

Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?

(8) وَّخَلَقْنٰكُمْ اَزْوَاجًاۙ

Wa khalaq nākum az-wājā.

Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?

(9) وَّجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًاۙ

Waja‘alnā nauma kum subātā.

Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?

(10) وَّجَعَلْنَا الَّيْلَ لِبَاسًاۙ

Waja‘alnal-laila lebāsā.

Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?

(11) وَّجَعَلْنَا النَّهَارَ مَعَاشًاۚ

Waja‘alnan-nahāra ma āsyā.

Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki?

(12) وَبَنَيْنَا فَوْقَكُمْ سَبْعًا شِدَادًاۙ

Wa banainā fauqa kum sab‘an syedāda.

Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?

(13) وَّجَعَلْنَا سِرَاجًا وَّهَّاجًاۖ

Waja‘alnā sirā jaw wah-hājā.

Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya?

(14) وَّاَنْزَلْنَا مِنَ الْمُعْصِرٰتِ مَاۤءً ثَجَّاجًاۙ

Wa-an-zalnā minal-mu ṣerāti mā’an ṡaj-jājā.

Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah, -

(15) لِّنُخْرِجَ بِهٖ حَبًّا وَّنَبَاتًاۙ

Linukh rija bihi ḥab-baw wa na bātā.

Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, -

(16) وَّجَنّٰتٍ اَلْفَافًاۗ

Wa jannā tin alfāfā.

Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya?

(17) اِنَّ يَوْمَ الْفَصْلِ كَانَ مِيْقَاتًاۙ

Inna yau-mal faṣli kana meqāta.

Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan,

(18) يَّوْمَ يُنْفَخُ فِى الصُّوْرِ فَتَأْتُوْنَ اَفْوَاجًاۙ

Yau-ma yun fakhu fiṣ-sūri fa ta tūna af wājā.

Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar);

(19) وَّفُتِحَتِ السَّمَاۤءُ فَكَانَتْ اَبْوَابًاۙ

Wa futiḥ atis-samā u fa kānat ab-wābā.

Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas,

(20) وَّسُيِّرَتِ الْجِبَالُ فَكَانَتْ سَرَابًاۗ

Wa suyyira-til-jibālu fakānat sarābā.

Dan gunung-ganang - setelah dihancurkan - diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir.

(21) اِنَّ جَهَنَّمَ كَانَتْ مِرْصَادًاۙ

Inna jahan-nama kānat mersāda.

Sesungguhnya neraka Jahannam adalah disediakan -

(22) لِّلطّٰغِيْنَ مَاٰبًاۙ

Liṭ-ṭāgena ma ābā.

Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya.

(23) لّٰبِثِيْنَ فِيْهَآ اَحْقَابًاۚ

Lā biṡīna fehā aḥ-qābā.

Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya.

(24) لَا يَذُوْقُوْنَ فِيْهَا بَرْدًا وَّلَا شَرَابًاۙ

Lāya zūqūna fehā bardaw wa lā sya rābā.

Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman -

(25) اِلَّا حَمِيْمًا وَّغَسَّاقًاۙ

Illā ḥamī-maw wa gasāqā.

Kecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir, -

(26) جَزَاۤءً وِّفَاقًاۗ

Jazā’aw we fāqā.

Sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk).

(27) اِنَّهُمْ كَانُوْا لَا يَرْجُوْنَ حِسَابًاۙ

Inna hum kānū lā yar jūna ḥesābā.

Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal,

(28) وَّكَذَّبُوْا بِاٰيٰتِنَا كِذَّابًاۗ

Wa każ-żabū bi’āyā tenā kiż-żābā.

Dan mereka telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami;

(29) وَكُلَّ شَيْءٍ اَحْصَيْنٰهُ كِتٰبًاۙ

Wa kul-la syai’in aḥṣainā hu kitābā.

Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis.

(30) فَذُوْقُوْا فَلَنْ نَّزِيْدَكُمْ اِلَّا عَذَابًا ࣖ

Fa żūqū falan nazī dakum illāh ‘ażābā.

(Setelah mereka masuk ke dalam neraka, dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu".

(31) اِنَّ لِلْمُتَّقِيْنَ مَفَازًاۙ

Inna lil-mut-taqeena mafāzā.

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini.

(32) حَدَاۤىِٕقَ وَاَعْنَابًاۙ

Ḥadā’iqa waa‘nābā.

(Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur;

(33) وَّكَوَاعِبَ اَتْرَابًاۙ

Waka wā‘iba at-rābā.

Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya;

(34) وَّكَأْسًا دِهَاقًاۗ

Waka’san dehāqā.

Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman;

(35) لَا يَسْمَعُوْنَ فِيْهَا لَغْوًا وَّلَا كِذَّابًا

Lāyas ma‘ūna fehā lag waw wa lā kiż-żābā.

Mereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta;

(36) جَزَاۤءً مِّنْ رَّبِّكَ عَطَاۤءً حِسَابًاۙ

Jazā’am mirr-rab-beka ‘aṭā’an ḥesābā.

Sebagai balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikanNya),

(37) رَّبِّ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا الرَّحْمٰنِ لَا يَمْلِكُوْنَ مِنْهُ خِطَابًاۚ

Rab-bis-samā wāti wall-arḍi wamā baina humar-raḥ māni lā yamli kūna minhu khiṭābā.

Tuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi kuasa berkata-kata denganNya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu);

(38) يَوْمَ يَقُوْمُ الرُّوْحُ وَالْمَلٰۤىِٕكَةُ صَفًّاۙ لَّا يَتَكَلَّمُوْنَ اِلَّا مَنْ اَذِنَ لَهُ الرَّحْمٰنُ وَقَالَ صَوَابًا

Yauma ya qūmur-rūḥu wall-malāikatu ṣaffā, lā yata kallamūna illā man ażina lahur-raḥ mānu wa qāla ṣawābā.

(Tambahan pula) pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata (memohon pertimbangan) melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia berkata benar.

(39) ذٰلِكَ الْيَوْمُ الْحَقُّۚ فَمَنْ شَاۤءَ اتَّخَذَ اِلٰى رَبِّهٖ مَاٰبًا

Żālekal yaumul-ḥaqq, fa man syā’at-takhaża ilā rab-bihī ma’ābā.

Itulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh)!

(40) اِنَّآ اَنْذَرْنٰكُمْ عَذَابًا قَرِيْبًا ەۙ يَّوْمَ يَنْظُرُ الْمَرْءُ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ وَيَقُوْلُ الْكٰفِرُ يٰلَيْتَنِيْ كُنْتُ تُرَابًا ࣖ

Innā anżar nākum ‘ażāban qarebā, yau ma yan ẓurul-mar’u mā qad-damat yadāhu waya qūlul-kāferu yā lai-tanī kun tu turābā.

Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)".

Kelebihan surah An Naba

Surah An Naba memiliki banyak kelebihan dan manfaat yang diakui oleh umat Muslim. Beberapa kelebihannya adalah seperti:

1. Memberi peringatan tentang hari kiamat

Surah An Naba menggambarkan dengan kuat tentang kebesaran Allah, penciptaan Nya yang menakjubkan, dan kekuatan Nya dalam menghidupkan kembali manusia pada Hari Kiamat.

Ini menjadi pengingat yang kuat bagi manusia tentang akhirat dan kehidupan setelah mati, memotivasi mereka untuk melakukan amal solehh dan berbuat kebajikan.

2. Mengingatkan manusia tentang kebesaran Allah

Surah An Naba menekankan kebesaran dan kekuasaan Allah dalam menciptakan langit, bumi, dan segala isinya.

Ini membantu manusia untuk menghargai keajaiban penciptaan Nya dan menyedari betapa kecilnya mereka di hadapan Nya.

Hal ini mendorong mereka untuk merenungkan kebesaran Allah dan bertindak sesuai dengan petunjuk Nya.

3. Mengingatkan tentang pertanggungjawaban manusia

Surah ini menekankan bahawa setiap individu akan diminta pertanggungjawaban atas amal perbuatannya.

Tidak ada yang dapat menyembunyikan perbuatan mereka dari Allah, dan setiap perbuatan baik atau buruk akan dihitung dengan sempurna.

4. Bermotivasi untuk bertaubat

Surah ini juga mengingatkan manusia tentang kekuatan dan kemurahan Allah dalam memberikan hidayah dan pengampunan.

Ini memberikan harapan kepada orang-orang yang telah melakukan dosa-dosa agar mereka bertaubat dan memperbaiki diri.

Surah ini memberikan kesempatan untuk memperbaiki hubungan dengan Allah dan memperoleh pengampunan Nya.

Semoga dengan panduan membaca surah An Naba ini dapat menjadikan kita semua semakin sayang dan mencintai kitab Al-Quran serta menghayati setiap bait ayatnya untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Sumber:

  1. Al -Quran dan Terjemahannya
  2. Hebat Sains Dalam Surah al-Naba. Ust Khairul Ni’mat
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.