Surah An Naziat (سورة النازعات): Teks Arab & Rumi Serta Pengajarannya

Artikel ini akan berkongsi kepada anda serba sedikit mengenai inti pati surah An Naziat yang sepatutnya anda perlu tahu.

Di sini juga disediakan audio bacaan surah ini dalam bentuk MP3 dan juga teks bacaannya dalam rumi untuk memudahkan pembacaan.

Baca juga:

Pengenalan tentang surah An Naziat

surah an naziat

Surah An-Naziat dikenali sebagai “malaikat-malaikat yang mencabut” diturunkan di Mekah.

Nama lain bagi surah ini adalah as Saahirah yang diambil dari ayat 14, dan juga Ath Thaammah diambil dari ayat 34.

Surah ini merupakan surah yang ke-79 dan mempunyai 46 ayat secara keseluruhannya. Kedudukan surah ini terletak di antara surah An-Naba dan surah ‘Abasa.

Gambaran keseluruhan surah ini, ia tertumpu kepada akidah Islam. Di mana kefahaman umat Islam terhadap surah ini mampu meningkatkan keimanan kepada sesiapa yang membaca dan memahaminya.

Ia juga mampu merangsang kepada kemantapan akidah setiap orang itu sendiri.

Ringkasan surah An Naziat

Tema surah ini menceritakan tentang peringatan situasi di hari kiamat.

Terdapat dua situasi yang digambarkan iaitu berdebar ketaatan dan pandangan tertunduk gerun.

Pada hari tersebut, setiap manusia nantinya akan dapat mengingati semua amal yang pernah dilakukan.

Allah SWT, memulakan surah ini dengan bersumpah dengan An-Naziat iaitu para malaikat yang mencabut nyawa anak Adam seperti:

  • Penyentap nyawa secara keras terutamanya kepada orang kafir.
  • Penarik nyawa secara lembut terhadap orang mukmin.

Bila Allah SWT bersumpah dengan sesuatu, ianya menunjukkan suatu perkara yang besar peranannya dalam kehidupan manusia.

Ia menekankan persoalan teras akidah iaitu mentauhidkan Allah, beriman dengan kenabian dan menyakini hari kebangkitan.

Sumpahan di awal surah ini bagi membuktikan bahawa hari kiamat itu akan terjadi suatu masa nanti.

Kemudian, ada juga disebutkan tentang gambaran keadaan musyrikin selepas mati.

Disebutkan tentang kisah Nabi Musa dengan Firaun yang mendakawa diriinya sebagai Tuhan.

Ayat-ayat yang menunjukkan Allah SWT berkuasa menciptakan langit sebagai bukti kekuasaan Nya terhadap mereka yang ingkar.

Surah ini diakhiri dengan penerangan dahsyatnya kejadian kiamat.

Bacaan surah An Naziat

(1) وَالنّٰزِعٰتِ غَرْقًاۙ

Wann naazi-aati gharqaa

Demi (makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya;

(2) وَّالنّٰشِطٰتِ نَشْطًاۙ

Wann naashi-taati nashtaa

Dan yang menarik (apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara yang selembut-lembutnya;

(3) وَّالسّٰبِحٰتِ سَبْحًاۙ

Wass saabhi haati sabhaa

Dan demi (makhluk-makhluk) yang cergas bergerak (menerima perintah) dengan gerak yang secergas-cergasnya;

(4) فَالسّٰبِقٰتِ سَبْقًاۙ

Fass saabi-qaati sabqaa

Lalu masing-masing berlumba-lumba dahulu-mendahului (menjalankan tugasnya) dengan cara yang sesungguh-sungguhnya;

(5) فَالْمُدَبِّرٰتِ اَمْرًاۘ

Fal mu-dabbi raati amraa

Serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya; (sumpah demi sumpah, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)! -

(6) يَوْمَ تَرْجُفُ الرَّاجِفَةُۙ

Yaama tarju-fur raajifaa

Pada masa berlakunya "tiupan sangkakala yang pertama" yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan),

(7) تَتْبَعُهَا الرَّادِفَةُ ۗ

Tatbaa’u har-raadifaa

Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing);

(8) قُلُوْبٌ يَّوْمَىِٕذٍ وَّاجِفَةٌۙ

Quloobun yau-maaizin waajifaa

Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut,

(9) اَبْصَارُهَا خَاشِعَةٌ ۘ

Absaa-ruhaa khashiaah

Pemandangannya tunduk gerun.

(10) يَقُوْلُوْنَ ءَاِنَّا لَمَرْدُوْدُوْنَ فِى الْحَافِرَةِۗ

Ya qo-loona aa-inna lamar-doo doona fil-haafiraah

Mereka (yang ingkar) berkata: "Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu?

(11) ءَاِذَا كُنَّا عِظَامًا نَّخِرَةً ۗ

Aizaa konna ‘izaa mann nakhiraah

"Bolehkah (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput?"

(12) قَالُوْا تِلْكَ اِذًا كَرَّةٌ خَاسِرَةٌ ۘ

Qaalu tilka izann-karratun khaasiraah

Mereka berkata lagi (secara mengejek: "Kalaulah berlaku) yang demikian, sudah tentu kembalinya kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan!"

(13) فَاِنَّمَا هِيَ زَجْرَةٌ وَّاحِدَةٌۙ

Fa-inna ma-hiya zajratun waahidaa

(Menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan (yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua), -

(14) فَاِذَا هُمْ بِالسَّاهِرَةِۗ

Faizaa humm biss-saahirah

Yang menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih rata.

(15) هَلْ اَتٰىكَ حَدِيْثُ مُوْسٰىۘ

Hal ataaka hadeethu Musaa

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?

(16) اِذْ نَادٰىهُ رَبُّهٗ بِالْوَادِ الْمُقَدَّسِ طُوًىۚ

Iz nadaa hu rabbu hu bil waadil-muqad-dasi tuwaa

Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci; -

(17) اِذْهَبْ اِلٰى فِرْعَوْنَ اِنَّهٗ طَغٰىۖ

Iz hab ilaa fir auna inna hu tagha

(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);

(18) فَقُلْ هَلْ لَّكَ اِلٰٓى اَنْ تَزَكّٰىۙ

Faqul hal-laka ilaa an tazzaka

"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?

(19) وَاَهْدِيَكَ اِلٰى رَبِّكَ فَتَخْشٰىۚ

Wa ahadi-yaka illha rabbika fatakh-shaa

`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)? ' "

(20) فَاَرٰىهُ الْاٰيَةَ الْكُبْرٰىۖ

Fa ara hul-aayatal kubraa

(Setelah Nabi Musa menyempurnakan perintah Tuhannya, dan Firaun pun meminta bukti kebenarannya); maka Nabi Musa memperlihatkan kepada Firaun: mukjizat yang besar.

(21) فَكَذَّبَ وَعَصَىٰ

Fa kazzaba wa asaa

Lalu Firaun mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah);

(22) ثُمَّ أَدۡبَرَ يَسۡعَىٰ

Thumma adbara yas’aa

Kemudian ia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa).

(23) فَحَشَرَ فَنَادَىٰ

Fa hashara fanada

Lalu ia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru, -

(24) فَقَالَ أَنَا۠ رَبُّكُمُ ٱلۡأَعۡلَىٰ

Faqala ana rabbu kumul-a’laa

Dengan berkata: "Akulah tuhan kamu, yang tertinggi".

(25) فَأَخَذَهُ ٱللَّهُ نَكَالَ ٱلۡأٓخِرَةِ وَٱلۡأُولَىٰٓ

Fa-akha zahul laahu nakalal aakhirati wal-oola

Maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya.

(26) إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَعِبۡرَةٗ لِّمَن يَخۡشَىٰٓ

Inna fee zaalika la’ibratal limaiy-yaksha

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang takut (melanggar perintah Tuhannya).

(27) ءَأَنتُمۡ أَشَدُّ خَلۡقًا أَمِ ٱلسَّمَآءُۚ بَنَىٰهَا

A-antum a shaddu khalqan amis samaa-u banaaha

(Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)!

(28) رَفَعَ سَمۡكَهَا فَسَوَّىٰهَا

Raf’a sam kaha fasaw waaha

Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya,

(29) وَأَغۡطَشَ لَيۡلَهَا وَأَخۡرَجَ ضُحَىٰهَا

Wa aghtasha lailaha wa akhraja duhaaha

Dan Ia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang.

(30) وَٱلۡأَرۡضَ بَعۡدَ ذَٰلِكَ دَحَىٰهَآ

Wal arda b’ada zaalika dahaaha

Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya), -

(31) أَخۡرَجَ مِنۡهَا مَآءَهَا وَمَرۡعَىٰهَا

Akhraja minha maa-aha wa mar ‘aaha

Ia mengeluarkan dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya;

(32) وَٱلۡجِبَالَ أَرۡسَىٰهَا

Wal jibala arsaaha

Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya);

(33) مَتَٰعٗا لَّكُمۡ وَلِأَنۡعَٰمِكُمۡ

Mataa’al lakum wali an ‘aamikum

(Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.

(34) فَإِذَا جَآءَتِ ٱلطَّآمَّةُ ٱلۡكُبۡرَىٰ

Fa-izaa jaaa’atit taaam matul kubraa

Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar, -

(35) يَوۡمَ يَتَذَكَّرُ ٱلۡإِنسَٰنُ مَا سَعَىٰ

Yauma Yata zakkarul insaanu ma sa’aa

Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya, -

(36) وَبُرِّزَتِ ٱلۡجَحِيمُ لِمَن يَرَىٰ

Wa burrizatil-jaheemu limany-yaraa

Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya, -

(37) فَأَمَّا مَن طَغَىٰ

Fa ammaa man taghaa

Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), -

(38) وَءَاثَرَ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا

Wa aasaral hayaatad dunyaa

Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, -

(39) فَإِنَّ ٱلۡجَحِيمَ هِيَ ٱلۡمَأۡوَىٰ

Fa innal jaheema hiyal maawaa

Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.

(40) وَأَمَّا مَنۡ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ وَنَهَى ٱلنَّفۡسَ عَنِ ٱلۡهَوَىٰ

Wa ammaa man khaafa maqaama Rabbihee wa nahan nafsa ‘anil hawaa

Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -

(41) فَإِنَّ ٱلۡجَنَّةَ هِيَ ٱلۡمَأۡوَىٰ

Fa innal jannata hiyal ma’waa

Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.

(42) يَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلسَّاعَةِ أَيَّانَ مُرۡسَىٰهَا

Yas’aloonaka ‘anis saa’ati ayyaana mursaahaa

Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?"

(43) فِيمَ أَنتَ مِن ذِكۡرَىٰهَآ

Feema anta min zikraahaa

Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu?

(44) إِلَىٰ رَبِّكَ مُنتَهَىٰهَآ

Ilaa Rabbika muntahaa haa

Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya.

(45) إِنَّمَآ أَنتَ مُنذِرُ مَن يَخۡشَىٰهَا

Innamaaa anta munziru maiy yakshaahaa

Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu.

(46) كَأَنَّهُمۡ يَوۡمَ يَرَوۡنَهَا لَمۡ يَلۡبَثُوٓاْ إِلَّا عَشِيَّةً أَوۡ ضُحَىٰهَا

Ka annahum Yawma yarawnahaa lam yalbasooo illaa ‘ashiyyatan aw duhaahaa

(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.

Pengajaran surah An Naziat

Antara pengajaran yang boleh kita pelajari dari surah An Naziat adalah seperti:

  • Hidup adalah sementara yang mana setiap orang akan merasai tibanya hari kematian untuk memulakan kehidupan sebenar yang abadi.

  • Keimanan umat Islam kepada adanya malaikat dan sifat-sifat malaikat mengukuhkan lagi keyakinan kita terhadap Rukun Iman.

  • Hikmah Allah menyimpan rahsia tarikh kiamat agar manusia sentiasa berwaspada dengan amalannya.

  • Allah memberi bayangan peristiwa kiamat, nikmat di syurga dan azab di neraka agar manusia boleh berimaginasi, meneliti, menghayati seterusnya membuat keputusan sama ada baik atau buruk setiap perbuatannya.

Semoga dengan panduan membaca surah An Naziat ini dapat menjadikan kita semua semakin sayang dan mencintai kitab Al-Quran serta menghayati setiap bait ayatnya untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Sumber:

  1. Al -Quran dan Terjemahannya
  2. Tafsir Ibn Kathir Versi Bahasa Melayu. Telaga Biru
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.