Surah Ad Dukhan (سورة الدخان): Ayat 1-59 Dalam Rumi dan Kelebihannya

Artikel ini akan berkongsi kepada anda serba sedikit mengenai inti pati surah Ad Dukhan (سورة الدخان) yang sepatutnya anda perlu tahu.

Di sini juga disediakan audio bacaan surah ini dalam bentuk MP3 dan juga teks bacaannya dalam rumi untuk memudahkan pembacaan.

Pengenalan tentang surah Ad Dukhan

Surah Ad Dukhan adalah surah yang ke-44 dalam Al-Quran iaitu bersebelahan dengan surah Az-Zukhruf dan Al-Jatsiyah serta berada di juzuk ke-25.

Ia terdiri daripada 59 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makkiyah iaitu yang diturunkan di Mekah.

Maksud dari perkataan duhkan atau Ad-Dukhan itu sendiri adalah kabut, jerebu, atau asap.

Makna dari Ad-Dukhan ini dijelaskan oleh Al-Imam Al-Qurtubi iaitu:

  • Salah satu daripada tanda kiamat yang belum terjadi.
  • Khayalan yang menimpa kaum Quraisy ketika mereka mengalami kelaparan ekstrem atas doa Nabi. Sehingga orang-orang ketika itu seperti melihat dukhan (asap) diantara langit dan bumi (pendapat Ibnu Mas-ud).
  • Debu yang mengepul di hari Fathu Makkah, sehingga menutupi langit (pendapat Abdurrahman Al-Araj).

Ringkasan surah

Surah ini menceritakan tentang peringatan dan ancaman kepada mereka yang menolak rahmat wahyu dari Allah SWT. Ia bermula dan berakhir dengan penceritataan tetang Al-Quran sebagai peringatan.

Surah Ad Dukhan diturunkan selepas peristiwa kemarau yang dahsyat di Mekah yang terjadi seperti yang didoakan oleh Rasulullah SAW agar ia boleh menyebabkan kaum Quraisy percaya bahawa baginda ialah Nabi utusan Allah dan supaya mereka gerun lalu kembali kepada Allah SWT.

Menurut riwayat Bukhari secara ringkas dapat diterangkan sebagai berikut:

Orang-orang kafir Makkah telah melampaui batas dalam penentangan dan menghalangi agama Islam, dengan menyakiti dan menderhakai Nabi Muhammad saw, dan kerana itu Nabi saw telah berdoa kepada Allah swt agar diturunkan azab.

Sebagaimana doa Nabi Yusuf AS dikabulkan Allah ke atas orang-orang yang derhaka kepada Baginda as dengan musim kemarau yang panjang, sehinggakan orang-orang kafir memakan tulang dan bangkai kerana kelaparan.

Mereka selalu menengadah ke langit mengharap pertolongan Allah swt tetapi tidak satu pun yang mereka lihat kecuali kabut jerebu yang menutupi pandangan mereka.

Akhirnya mereka datang kepada Nabi, agar Nabi memohon kepada Allah supaya diturunkan hujan. Setelah Allah SWT mengabulkan doa Nabi dan turunnya hujan, mereka kembali kafir seperti asal, kerana itu Allah SWT menyatakan bahawa mereka nanti akan diazab dengan azab yang pedih.

Bacaan surah Ad Dukhan

(1) حٰمۤ ۚ

Haa miim

Haa, Miim.

(2) وَالْكِتٰبِ الْمُبِيْنِۙ

Wal kitaabil mubiin

Demi Al-Quran Kitab yang menerangkan kebenaran.

(3) اِنَّآ اَنْزَلْنٰهُ فِيْ لَيْلَةٍ مُّبٰرَكَةٍ اِنَّا كُنَّا مُنْذِرِيْنَ

Innaa anzalnaahu fii lailatin mubaarakatin innaa kunnaa mundziriin(a)

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).

(4) فِيْهَا يُفْرَقُ كُلُّ اَمْرٍ حَكِيْمٍۙ

Fiihaa yufraqu kullu amrin hakiim(in)

(Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).

(5) اَمْرًا مِّنْ عِنْدِنَاۗ اِنَّا كُنَّا مُرْسِلِيْنَۖ

Amran min ‘indinaa innaa kunnaa mursiliin(a)

Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul.

(6) رَحْمَةً مِّنْ رَّبِّكَ ۗاِنَّهٗ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُۗ

Rahmatan min rabbika innahuu huwassamii’ul ‘aliim(u)

(Untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya).

(7) رَبِّ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَاۘ اِنْ كُنْتُمْ مُّوْقِنِيْنَ

Rabbis-samaawaati wal ardhi wa maa bainahumaa in kuntum muuqiniin(a)

Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan keadaan) langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; kalau betul kamu orang-orang yang yakin (akan hakikat itu, maka terimalah sahaja apa yang diutuskan kepada kamu).

(8) لَآ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ يُحْيٖ وَيُمِيْتُ ۗرَبُّكُمْ وَرَبُّ اٰبَاۤىِٕكُمُ الْاَوَّلِيْنَ

Laa ilaaha illaa huwa yuhyii wa yumiitu rabbukum wa rabbu aabaa-ikumul awwaliin(a)

Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Dia lah Yang menghidupkan dan Yang mematikan; (Dia lah jua) Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu.

(9) بَلْ هُمْ فِيْ شَكٍّ يَّلْعَبُوْنَ

Bal hum fii syakkin yal’abuun(a)

(Mereka tidak meyakini kebenaran yang dijelaskan kepada mereka), bahkan mereka masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain-main dengan perkara agama.

(10) فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِى السَّمَاۤءُ بِدُخَانٍ مُّبِيْنٍ

Faartaqib yauma ta’tiissamaa-u bidukhaanin mubiin(in)

Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat),

(11) يَغْشَى النَّاسَۗ هٰذَا عَذَابٌ اَلِيْمٌ

Yaghsyannaasa haadzaa ‘adzaabun aliim(un)

Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata: "Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan".

(12) رَبَّنَا اكْشِفْ عَنَّا الْعَذَابَ اِنَّا مُؤْمِنُوْنَ

Rabbanaaaksyif ‘annaal ‘adzaaba innaa mu’minuun(a)

(Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!".

(13) اَنّٰى لَهُمُ الذِّكْرٰى وَقَدْ جَاۤءَهُمْ رَسُوْلٌ مُّبِيْنٌۙ

Anna lahumudz-dzikra wa qad jaa-ahum rasuulun mubiin(un)

Bagaimana mereka dapat beringat (menyempurnakan janji mereka hendak beriman itu)? Pada hal mereka telah pun didatangi seorang Rasul yang memberi keterangan-keterangan (yang cukup untuk mereka beriman)!

(14) ثُمَّ تَوَلَّوْا عَنْهُ وَقَالُوْا مُعَلَّمٌ مَّجْنُوْنٌۘ

Tsumma tawallau ‘anhu wa qaaluuu mu’allamun majnuun(un)

Sekalipun demikian, mereka juga berpaling ingkar daripada menerima keterangannya sambil berkata (sesama sendiri): "Dia seorang yang diajar (oleh bangsa asing), dia juga seorang yang gila!"

(15) اِنَّا كَاشِفُوا الْعَذَابِ قَلِيْلًا اِنَّكُمْ عَاۤىِٕدُوْنَۘ

Innaa kaasyifuul ‘adzaabi qaliilaa innakum ‘aa-iduun(a)

Sesungguhnya (kalaulah) kami hapuskan azab itu barang sedikitpun, sudah tentu kamu akan kembali (kufur ingkar).

(16) يَوْمَ نَبْطِشُ الْبَطْشَةَ الْكُبْرٰىۚ اِنَّا مُنْتَقِمُوْنَ

Yauma nabthisyul bathsyatal kubraa innaa muntaqimuun(a)

(Ingatlah! Kalau kamu ulangi keingkaran kamu, kamu akan dibinasakan) semasa Kami timpakan (kamu dengan) paluan yang besar (dari pihak lawan kamu); sesungguhnya Kami tetap akan menyeksa (dengan azab yang seberat-beratnya).

 (17) وَلَقَدْ فَتَنَّا قَبْلَهُمْ قَوْمَ فِرْعَوْنَ وَجَاۤءَهُمْ رَسُوْلٌ كَرِيْمٌۙ

Wa laqad fatannaa qablahum qauma fir’auna wa jaa-ahum rasuulun kariim(un)

Dan demi Sesungguhnya! Sebelum mereka, Kami telah menguji kaum Firaun, dan merekapun telah didatangi oleh seorang Rasul (Nabi Musa) Yang mulia, -

(18) اَنْ اَدُّوْٓا اِلَيَّ عِبَادَ اللّٰهِ ۗاِنِّيْ لَكُمْ رَسُوْلٌ اَمِيْنٌۙ

An adduu ilayya ‘ibaadallahi innii lakum rasuulun amiin(un)

(Yang memberitahu kepada mereka dengan katanya): Berikanlah kepadaku wahai hamba-hamba Allah (apa-apa yang menandakan kamu menerima kerasulanku); sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, yang diutuskan kepada kamu.

(19) وَّاَنْ لَّا تَعْلُوْا عَلَى اللّٰهِ ۚاِنِّيْٓ اٰتِيْكُمْ بِسُلْطٰنٍ مُّبِيْنٍۚ

Wa an laa ta’luu ‘alallahi innii aatiikum bisulthaanin mubiin(in)

"Dan janganlah kamu berlaku sombong takbur terhadap Allah; sesungguhnya aku ada membawa kepada kamu mukjizat yang jelas nyata.

(20) وَاِنِّيْ عُذْتُ بِرَبِّيْ وَرَبِّكُمْ اَنْ تَرْجُمُوْنِۚ

Wa innii ‘udztu birabbii wa rabbikum an tarjumuun(i)

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.

(21) وَاِنْ لَّمْ تُؤْمِنُوْا لِيْ فَاعْتَزِلُوْنِ

Wa in lam tu`minuu lii faa’taziluun(i)

"Dan sekiranya kamu tidak juga mahu berimankan kerasulanku, maka putuskanlah perhubungan kamu denganku (janganlah mengganggu daku)."

(22) فَدَعَا رَبَّهٗٓ اَنَّ هٰٓؤُلَاۤءِ قَوْمٌ مُّجْرِمُوْنَ

Fada’aa rabbahuu anna haa’ulaa-i qaumun mujrimuun(a)

(Setelah Nabi Musa berputus asa daripada iman mereka), maka ia pun merayu kepada Tuhannya lalu berkata: "Sesungguhnya orang-orang ini adalah kaum yang berdosa, (yang telah sebati dengan kekufurannya, dan berhaklah mereka menerima balasan yang seburuk-buruknya)".

(23) فَاَسْرِ بِعِبَادِيْ لَيْلًا اِنَّكُمْ مُّتَّبَعُوْنَۙ

Fa-asri bi’ibaadii lailan innakum muttaba’uun(a)

Lalu (diperintahkan kepadanya): "Bawalah hamba-hambaku (pengikut-pengikutmu) keluar pada waktu malam, kerana sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan orang-orangnya).

(24) وَاتْرُكِ الْبَحْرَ رَهْوًاۗ اِنَّهُمْ جُنْدٌ مُّغْرَقُوْنَ

Waatrukil bahra rahwan innahum jundun mughraquun(a)

"Dan tinggalkanlah laut itu dalam keadaan tenang - terbelah, kerana sesungguhnya mereka (yang mengejarmu itu) ialah tentera yang akan ditenggelamkan (sehingga binasa)".

(25) كَمْ تَرَكُوْا مِنْ جَنّٰتٍ وَّعُيُوْنٍۙ

Kam tarakuu min jannaatin wa ‘uyuun(in)

Banyak sungguh kebun-kebun dan matair, mereka tinggalkan,

(26) وَّزُرُوْعٍ وَّمَقَامٍ كَرِيْمٍۙ

Wa zuruu’in wa maqaamin kariim(in)

Dan juga berbagai jenis tanaman serta tempat-tempat kediaman yang indah - mulia,

(27) وَّنَعْمَةٍ كَانُوْا فِيْهَا فٰكِهِيْنَۙ

Wa na’matin kaanuu fiihaa faakihiin(a)

Dan juga kemewahan hidup, yang mereka sekian lama menikmatinya.

(28) كَذٰلِكَ ۗوَاَوْرَثْنٰهَا قَوْمًا اٰخَرِيْنَۚ

Kadzaalika wa auratsnaahaa qauman aakhariin(a)

Demikianlah keadaannya (hukum Kami ke atas orang-orang yang derhaka); dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan orang-orangnya: milik kaum yang lain (kaum Bani Israil).

(29) فَمَا بَكَتْ عَلَيْهِمُ السَّمَاۤءُ وَالْاَرْضُۗ وَمَا كَانُوْا مُنْظَرِيْنَ ࣖ

Famaa bakat ‘alaihimussamaa-u wal ardhu wa maa kaanuu munzhariin(a)

Mereka (ketika dibinasakan) itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi (atau penduduk keduanya) dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi.

(30) وَلَقَدْ نَجَّيْنَا بَنِيْٓ اِسْرَاۤءِيْلَ مِنَ الْعَذَابِ الْمُهِيْنِۙ

Wa laqad najjainaa banii israa-iila minal ‘adzaabil muhiin(i)

Dan demi sesungguhnya! Kami telah selamatkan kaum Bani Israil, dari azab yang menghina, -

(31) مِنْ فِرْعَوْنَ ۗاِنَّهٗ كَانَ عَالِيًا مِّنَ الْمُسْرِفِيْنَ

Min fir’auna innahuu kaana ‘aaliyan minal musrifiin(a)

Dari penindasan Firaun, sesungguhnya ia adalah seorang yang sombong takbur lagi terbilang dari orang-orang yang melampaui batas (dalam keganasan dan kekejamannya).

(32) وَلَقَدِ اخْتَرْنٰهُمْ عَلٰى عِلْمٍ عَلَى الْعٰلَمِيْنَ ۚ

Wa laqad-iikhtarnaahum ‘alaa ‘ilmin ‘alal ‘aalamiin(a)

Dan demi sesungguhnya! Kami telah memilih mereka dengan berdasarkan pengetahuan (Kami) - menjadi lebih pangkatnya dari penduduk dunia (pada zaman itu),

(33) وَاٰتَيْنٰهُمْ مِّنَ الْاٰيٰتِ مَا فِيْهِ بَلٰۤـؤٌا مُّبِيْنٌ

Wa aatainaahum minal aayaati maa fiihi balaa-un mubiin(un)

Dan Kami berikan kepada mereka (melalui Nabi Musa) berbagai mukjizat yang mengandungi ujian yang jelas nyata (untuk melahirkan sikap mereka).

(34) اِنَّ هٰٓؤُلَاۤءِ لَيَقُوْلُوْنَۙ

Inna haa’ulaa-i layaquuluun(a)

(Berbalik kepada kisah kaum musyrik penduduk Makkah, Allah berfirman): "Sesungguhnya mereka ini akan berkata (kepadamu - wahai Muhammad dan kepada pengikut-pengikutmu):

(35) اِنْ هِيَ اِلَّا مَوْتَتُنَا الْاُوْلٰى وَمَا نَحْنُ بِمُنْشَرِيْنَ

In hiya illaa mautatunaal uulaa wa maa nahnu bimunsyariin(a)

"Mati, hanyalah mati kita yang pertama (di dunia), dan kita tidak sekali-kali akan dibangkitkan hidup lagi (sesudah itu);

(36) فَأْتُوْا بِاٰبَاۤىِٕنَآ اِنْ كُنْتُمْ صٰدِقِيْنَ

Fa`tuu bia-abaa-inaa in kuntum shaadiqiin(a)

"(Jika tidak) maka bawakanlah datuk nenek kami (yang telah mati) kalau betul kamu orang-orang yang benar!"

(37) اَهُمْ خَيْرٌ اَمْ قَوْمُ تُبَّعٍۙ وَّالَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِهِمْۗ اَهْلَكْنٰهُمْ اِنَّهُمْ كَانُوْا مُجْرِمِيْنَ

Ahum khairun am qaumu tubba’in waal-ladziina min qablihim ahlaknaahum innahum kaanuu mujrimiin(a)

(Mengapa mereka masih berdegil dalam kekufurannya?) Adakah mereka yang lebih kekuatan dan kehandalannya atau kaum "Tubba'" dan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu semuanya Kami telah binasakan, kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berdosa.

(38) وَمَا خَلَقْنَا السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا لٰعِبِيْنَ

Wa maa khalaqnaas-samaawaati wal ardha wa maa bainahumaa laa’ibiin(a)

Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, secara main-main;

(39) مَا خَلَقْنٰهُمَآ اِلَّا بِالْحَقِّ وَلٰكِنَّ اَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُوْنَ

Maa khalaqnaahumaa illaa bil haqqi wa laakinna aktsarahum laa ya’lamuun(a)

Tidaklah Kami menciptakan keduanya (serta segala yang ada di antaranya) melainkan kerana menzahirkan perkara-perkara yang benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).

(40) اِنَّ يَوْمَ الْفَصْلِ مِيْقَاتُهُمْ اَجْمَعِيْنَ ۙ

Inna yaumal fashli miiqaatuhum ajma’iin(a)

Sesungguhnya hari pemutusan hukum untuk memberi balasan, ialah masa untuk mereka semua berhimpun, -

(41) يَوْمَ لَا يُغْنِيْ مَوْلًى عَنْ مَّوْلًى شَيْـًٔا وَّلَا هُمْ يُنْصَرُوْنَۙ

Yauma laa yughnii maulan ‘an maulan syai-an wa laa hum yunsharuun(a)

Iaitu hari seseorang kerabat atau sahabat karib tidak dapat memberikan sebarang perlindungan kepada seseorang kerabat atau sahabat karibnya, dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan (untuk menghapuskan azab itu),

(42) اِلَّا مَنْ رَّحِمَ اللّٰهُ ۗاِنَّهٗ هُوَ الْعَزِيْزُ الرَّحِيْمُ ࣖ

Illaa man rahimallahu innahuu huwal ‘aziizur-rahiim(u)

Kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah jualah yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

(43) اِنَّ شَجَرَتَ الزَّقُّوْمِۙ

Inna syajaratazzaqquum(i)

(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum, -

(44) طَعَامُ الْاَثِيْمِ ۛ

Tha’aamul atsiim(i)

(Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam neraka).

(45) كَالْمُهْلِ ۛ يَغْلِيْ فِى الْبُطُوْنِۙ

Kal muhli yaghlii fiil buthuun(i)

(Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, -

(46) كَغَلْيِ الْحَمِيْمِ ۗ

Kaghalyil hamiim(i)

Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya.

(47) خُذُوْهُ فَاعْتِلُوْهُ اِلٰى سَوَاۤءِ الْجَحِيْمِۙ

Khudzuuhu faa’tiluuhu ilaa sawaa-il jahiim(i)

(Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga neraka): "Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah neraka.

(48) ثُمَّ صُبُّوْا فَوْقَ رَأْسِهٖ مِنْ عَذَابِ الْحَمِيْمِۗ

Tsumma shubbuu fauqa ra`sihii min ‘adzaabil hamiim(i)

"Kemudian curahkanlah di atas kepalanya - azab seksa - dari air panas yang menggelegak".

(49) ذُقْۚ اِنَّكَ اَنْتَ الْعَزِيْزُ الْكَرِيْمُ

Dzuq innaka antal ‘aziizul kariim(u)

(Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): "Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan masyarakatmu)"

(50) اِنَّ هٰذَا مَا كُنْتُمْ بِهٖ تَمْتَرُوْنَ

Inna haadzaa maa kuntum bihii tamtaruun(a)

(Kemudian dikatakan kepada ahli neraka umumnya): "Sesungguhnya inilah dia (azab seksa) yang kamu dahulu ragu-ragu terhadapnya!"

(51) اِنَّ الْمُتَّقِيْنَ فِيْ مَقَامٍ اَمِيْنٍۙ

Innal muttaqiina fii maqaamin amiin(in)

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa. -

(52) فِيْ جَنّٰتٍ وَّعُيُوْنٍ ۙ

Fii jannaatin wa ‘uyuun(in)

Ia itu di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya,

(53) يَّلْبَسُوْنَ مِنْ سُنْدُسٍ وَّاِسْتَبْرَقٍ مُّتَقٰبِلِيْنَۚ

Yalbasuuna min sundusin wa istabraqin mutaqaabiliin(a)

Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam; (mereka duduk di tempat perhimpunan) sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin masing-masing).

(54) كَذٰلِكَۗ وَزَوَّجْنٰهُمْ بِحُوْرٍ عِيْنٍۗ

Kadzaalika wa zawwajnaahum bihuurin ‘iin(in)

Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.

(55) يَدْعُوْنَ فِيْهَا بِكُلِّ فَاكِهَةٍ اٰمِنِيْنَۙ

Yad’uuna fiihaa bikulli faakihatin aaminiin(a)

Mereka meminta - di dalam Syurga itu - tiap-tiap jenis buah-buahan (yang mereka ingini), dalam keadaan aman sentosa.

(56) لَا يَذُوْقُوْنَ فِيْهَا الْمَوْتَ اِلَّا الْمَوْتَةَ الْاُوْلٰىۚ وَوَقٰىهُمْ عَذَابَ الْجَحِيْمِۙ

Laa yadzuuquuna fiihaal mauta illaal mautatal uulaa,  wa waqaahum ‘adzaabal jahiim(i)

Mereka tidak merasai kematian dalam Syurga itu selain daripada mati yang mereka rasai (di dunia) dahulu; dan Allah selamatkan mereka dari azab neraka;

(57) فَضْلًا مِّنْ رَّبِّكَۚ ذٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيْمُ

Fadhlaa min rabbika dzaalika huwal fauzul ‘azhiim(u)

(Mereka diberikan semuanya itu) sebagai limpah kurnia dari Tuhanmu (wahai Muhammad); yang demikian itulah kemenangan yang besar.

(58) فَاِنَّمَا يَسَّرْنٰهُ بِلِسَانِكَ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُوْنَ

Fa-innamaa yassarnaahu bilisaanika la’allahum yatadzakkaruun(a)

Maka sesungguhnya tujuan Kami memudahkan Al-Quran dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya mereka (yang memahaminya) beringat dan insaf (untuk beriman dan mematuhinya).

(59) فَارْتَقِبْ اِنَّهُمْ مُّرْتَقِبُوْنَ

Faartaqib innahum murtaqibuun(a)

(Kiranya mereka tidak berbuat demikian) maka tunggulah (wahai Muhammad akan kesudahan mereka), sesungguhnya mereka juga menunggu (akan kesudahanmu).

Kelebihan surah Ad Dukhan

Surah Ad Dukhan memiliki banyak kelebihan dan manfaat yang diakui oleh umat Muslim. Beberapa kelebihannya adalah seperti:

1. Terhindar dari dimasukkan ke dalam neraka

Dari Khalil bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Di dalam Al Quran terdapat 7 surah yang dimulai dengan Haa Miim, akan datang di depan setiap pintu neraka jahanam dan memohon kepada Allah SWT dengan katanya; 

“Ya Allah! Janganlah Dikau masukkan ke dalam neraka ini orang yang percaya kepadaku dan membacaku.” – (Hadis Riayat Al Baihaqi).

2. Dibina sebuah rumah dalam syurga

Dari Umamah pula menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Sesiapa yang membaca surah Ad Dukhan pada malam atau hari Jumaat maka Allah akan membinakan sebuah rumah dalam syurga.” (Hadis Riwayat At Tabrani).

3. Diberikan keampunan atas dosa-dosa

Daripada Abi Hurairah RA berkata, Nabi SAW bersabda: 

“Sesiapa membaca “Haa Miim – Ad Dukhan” pada malam Jumaat; maka diberi keampunan baginya.” – (Hadis Riwayat  Ibnu Katsir).

Semoga dengan panduan membaca surah Ad Dukhan ini dapat menjadikan kita semua semakin sayang dan mencintai kitab Al-Quran serta menghayati setiap bait ayatnya untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Sumber:

  1. Al-Quran dan Terjemahannya
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.