Surah Al-Fiil ( الفيل ): Terjemahan, Teks Rumi & Pengajaran
Pada kali ini akan dikongsikan mengenai Surah Al-Fiil (سورة الفيل) secara lengkap beserta maksud dan kelebihan jika mengamalakan .
Anda akan dibimbing secara lengkap bagi bacaan surah ini ayat demi ayat. Bantuan audio juga turut disediakan sebagai panduan bagi memudahkan para pembaca untuk membacanya.
Pengenalan Surah
Surah Al-Fiil merupakan surah yang ke-105 yang terdapat di dalam Al-Quran.
Surah ini terdiri daripada 5 ayat di dalamnya serta surah ini juga merupakan surah yang tergolong antara surah-surah Makkiyyah.
Nama surah ini diambil sempena dari ayat pertama; “Tidakkah kamu tahu bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera bergajah.” Surah ini merupakan surah yang menghuraikan mengenai kejadian yang berlaku pada Tahun Gajah, iaitu tahun apabila Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan.
Surah Al Fil ini juga disebut sebagai surah gajah. Kerana dalam lima ayat dalam surah tersebut ia menceritakan mengenai bagaimana pasukan gajah turut bekerjasama dalam menjaga Ka’bah dari serangan kaum Abrahah.
Teks Bacaan Surah Al-Fiil
Maksudnya:
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Maksudnya:
Tidakkah Engkau (Muhammad) memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap pasukan bergajah?
Maksudnya:
Bukankah dia telah menjadikan tipu daya mereka itu sia-sia?
Maksudnya:
Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang begitu banyak jumlahnya
Maksudnya:
Yang melempari mereka dengan batu daripada tanah liat yang dibakar.
Maksudnya:
Sehingga mereka dijadikan-Nya seperti daun-daun yang dimakan (ulat).
Kelebihan Surah Al Fiil
Terdapat beberapa kelebihan dan ganjaran jika seseorang itu sering mengamalkan surah al-Fill ini dalam kehidupan seharian mereka antaranya adalah:
1- Jika seseorang itu sering mengamalkan bacaan surah al-Fil ini dalam solat sunat qabliah Subuh 2 rakaat selepas Fatihah, surah As-Syarh (Alam Nasyrah) dan Al-Fil dengan izin Allah tangan musuh tidak akan sampai pada kita dan terhindar dari penyakit buasir.
2- Apabila dibaca di dalam pertempuran pula, Insya Allah musuh akan lari dengan sendirinya karena dibayang-bayangi oleh perasaan takut yang mencekam. Lebih utama lagi, bila pemimpin pasukan tempur bersama-sama anak buahnya membaca surah ini.
3- Apabila ditulis pada (pecahan genting atau atap) waktu menulisnya dalam keadaan yang suci, lalu ditanam dirumah musuh yang zalim (menanamnya ditempat yang tidak dipijak), maka rumah itu setiap saat seakan-akan dilempari batu sehingga menyebabkan orang yang zalim tadi tidak sanggup tinggal di rumahnya. Keadaan seperti ini terus berlangsung selama pecahan genting tersebut belum diambil.
4- Apabila dibaca 20x selama 7 hari akan disampaikan hajat yang pelik dan ganjil.
5- Apabila dibaca 1000x kali selama 40 hari akan dimurahkan rezeki dan disampaikan hajat.
6- Apabila dibaca 1000 kali selama 10 hari jika selama hidupnya dibenci orang nescaya akan dikasihi.
7- Apabila dibaca 170 kali pada makanan atau gula-gula atau minyak wangi diberi pada wanita atau istri dengan izin Allah Swt dikasihi dan disayangi.
Penutup
Semoga denga perkongsian yang diberikan mengenai surah al-Fil dalam teks Arab dan Rumi ini dapat membantu anda yang sukar membaca / sedang belajar mengenal al-Quran untuk memberikan semangat kepada anda belajar al-Quran.
Sememangnya penggunaan bacaan dalam tulisan rumi adalah kurang tepat dari segi sebutan, namun saya berharap panduan ini dapat membantu sedikit sebanyak saudara-saudari sekalian yang memerlukan bantuan sebegini bagi memudahkan lagi pembacaan dengan kemudahan yang disediakan seperti translator dalam rumi dan audio yang disediakan.