Cara Tidur Rasulullah SAW Berpandukan Hadis Sahih
Cara hidup yang diajarkan oleh Islam sangatlah sempurna dan berpaksikan kepada binaan akidah, syariat, dan akhlak yang terbaik. Salah satunya boleh kita lihat dari amalan cara tidur Rasulullah SAW.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara tidur Rasulullah SAW yang boleh anda jadikan contoh sebagai amalan harian.
Baca juga:
Dalam hadis-hadis yang diriwayatkan, terdapat beberapa petunjuk mengenai cara tidur Rasulullah Muhammad SAW.
Meskipun tidak ada huraian terperinci tentang setiap aspek tidur baginda, beberapa hal berikut ini dapat diambil sebagai pedoman:
1. Berwuduk sebelum tidur
Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ
Maksudnya: “Jika kamu mendatangi tempat pembaringanmu, maka berwuduklah seperti mana wudukmu untuk melakukan solat.” – [Hadis Riwayat Al-Bukhari (247), Muslim (2710) & Abu Daud (5046)]
2. Melaksanakan solat witir
Solat witir menjadi antara amalan atau cara tidur Rasulullah SAW yang dijadikan sebagai solat penutup.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli al-Quran.” - (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
3. Mengibas tilam sebelum berbaring
Riwayat daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِذَا أَوَى أَحَدُكُمْ إِلَى فِرَاشِهِ، فَلْيَأْخُذْ دَاخِلَةَ إِزَارِهِ، فَلْيَنْفُضْ بِهَا فِرَاشَهُ، وَلْيُسَمِّ اللهَ، فَإِنَّهُ لَا يَعْلَمُ مَا خَلَفَهُ بَعْدَهُ عَلَى فِرَاشِهِ، فَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَضْطَجِعَ، فَلْيَضْطَجِعْ عَلَى شِقِّهِ الْأَيْمَنِ، وَلْيَقُلْ : سُبْحَانَكَ اللهُمَّ رَبِّي بِكَ وَضَعْتُ جَنْبِي، وَبِكَ أَرْفَعُهُ، إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي، فَاغْفِرْ لَهَا، وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ
Maksudnya: “Sekiranya salah seorang daripada kamu mendatangi tempat tidurnya, hendaklah dia mengambil (memegang) bahagian dalam kainnya, kemudian mengibas tempat tidurnya dengan kain tersebut serta sebutlah nama Allah (iaitu membaca Bismillah), kerana sesungguhnya tidak ada seorang pun yang tahu apa yang terjadi setelah dia meninggalkan tempat tidurnya. Sekiranya dia mahu berbaring, berbaringlah di sebelah rusuk kanannya dan berdoa; Maha suci Engkau, Ya Allah Wahai Tuhanku, dengan namaMu aku berbaring, dan dengan namaMu aku angkat pinggangku. Jika Engkau menahan nyawaku, maka berilah keampunan kepadanya dan jika Engkau melepaskannya, maka peliharalah sebagaimana hamba-hamba Mu yang soleh.” – (Hadis Riwayat Muslim, 2714)
Di dalam riwayat lain datang dengan lafaz:
إِذَا قَامَ أَحَدُكُمْ عَنْ فِرَاشِهِ ثُمَّ رَجَعَ إِلَيْهِ فَلْيَنْفُضْهُ بِصَنِفَةِ إِزَارِهِ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ
Maksudnya: “Apabila salah seorang daripada kamu bangun dari tempat tidurnya, kemudian dia kembali kepadanya, maka hendaklah dia mengibaskannya dengan hujung kainnya sebanyak tiga kali.” – (Hadis Riwayat al-Tirmizi, 3401)
4. Membaca doa sebelum tidur
Rasulullah SAW biasa membaca doa sebelum tidur. Dalam hadis riwayat Abu Hurairah, Rasulullah SAW. bersabda:
"Apabila seseorang di antara kalian hendak tidur, hendaklah ia membaca Ayat Kursi, maka Allah akan menjaga dan melindungi dirinya serta setan tidak akan mendekatinya hingga pagi." - (Hadis Riwayat Bukhari)
Doa sebelum bangun tidur:
اللَّهُمَّ بِاسْمِكَ أَمُوْتُ وَأَحْيَا
Allahumma bismika amutu wa ahya
Maksudnya: “Segala puji bagi Allah, yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepada-Nya lah kami dibangkitkan.” – (Hadis Riwayat Bukhari No. 6325)
Doa selepas bangun:
الحَمْدُ لِلهِ الًّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرُ
Alhamdulillahillazi ahyana ba’da ma amatana wa ilaihin nusyur
Maksudnya: “Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami (dengan bangun tidur) setelah mematikan kami (dengan tidur) dan hanya kepada Nya lah kami akan dibangkitkan.” – (Hadis Riwayat Bukhari No. 6325)
5. Membaca surah 3 qul
Ini berdasarkan hadis Nabi SAW daripada `Aisyah RA:
أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا {قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ} وَ{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ} وَ{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ} ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ
Maksudnya: “Adalah Nabi SAW jika ingin tidur pada setiap malam akan menadah tangannya lalu dihembuskan pada keduanya dan dibacakan padanya Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Naas kemudian Baginda menyapu pada kedua tapak tangannya itu ke bahagian badan (yang boleh dicapai) dimulai dengannya pada bahagian kepala. Muka dan bahagian depan badan Baginda dan Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.” – (Hadis Riwayat al-Bukhari, 5017)
6. Berbaring dalam keadaan di sisi kanan
Menurut Ibn Qayyim, “Tidur berbaring pada sisi kanan dianjurkan dalam Islam agar seseorang tidak susah untuk bangun solat malam.
Tidur pada sisi kanan lebih bermanfaat untuk jantung. Manakala, tidur pada sisi kiri juga bagus untuk badan tetapi membuat seseorag semakin malas.”
Berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW, “Berbaringlah di atas rusuk kananmu.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
7. Baca dua ayat terakhir surah Al-Baqarah
Di dalam riwayat yang lain, Nabi SAW mengajarkan umatnya agar membaca dua ayat terakhir daripada Surah Al-Baqarah.
Daripada Abu Huraira RA bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ قَرَأَ بِالْآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ
Maksudnya: “Sesiapa yang membaca dua ayat terakhir Surah Al-Baqarah pada malam hari, maka ia sudah cukup.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari, 5009)
Berikut adalah dua ayat terakhir dalam surah Al-Baqarah
8. Mengubah posisi tidur
Rasulullah SAW mengajarkan untuk mengubah posisi tidur. Dalam beberapa hadis, beliau menganjurkan untuk tidak tidur dalam satu posisi tetap, melainkan mengubah posisi tidur sebagai bentuk keselesaan dan kesihatan.
9. Mengatur waktu tidur
Rasulullah SAW menekankan pentingnya tidur yang cukup dan menjaga keseimbangan dalam pola tidur.
Dalam beberapa hadis, baginda menyebutkan waktu tidur yang disarankan, seperti tidur pada awal malam dan bangun di pertengahan malam untuk beribadah.
Dalam hadis riwayat Abu Barzah, Rasulullah SAW bersabda,
"Hendaknya seseorang tidur pada awal malam, kemudian bangun di pertengahan malam, jika dia takut tidak bisa bangun, maka hendaknya tidur di akhir malam." - (Hadis Riwayat Tirmidzi)
10. Tidur dalam keadaan bersyukur
Tidur merupakan nikmat dari Allah, dan tidur yang cukup memberikan kesegaran dan kekuatan untuk menjalani aktivitas sehari-hari.
Rasulullah SAW mengajarkan untuk tidur dalam keadaan bersyukur kepada Allah. Dalam Al-Quran, Allah berfirman,
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menjadikan kamu tidur di waktu malam dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan di waktu siang, kemudian Dia bangunkan kamu (dari tidur) untuk tujuan yang ditentukan-Nya." - (Surah An-Nahl, ayat 60)
11. Meletakkan tangan kanan di pipi kanan
Riwayat ini menunjukkan bahwa diajurkan untuk tidur berbaring ke kanan. Hadis serupa juga ditemukan, dan isi riwayatnya adalah,
“Rasulullah SAW apabila tidur meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya.” - (Hadis Riwayat Abu Dawud, At Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan cara tidur Rasulullah SAW dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat.
Sumber:
- Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-429: Mengibas Tilam Sebelum Berbaring Di Atasnya, Mufti Wilayah Persekutuan
- #858: Adab Berbaring Ketika Hendak Tidur. Maktabah Al Bakri