Was Was Tanda Ujian Allah? Ini 5 Cara Mengatasinya

Was was sering dikaitkan dengan permainan fikiran sehingga membawa kepada perubahan sikap seseorang menjadi ragu dan lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu.

Apabila sikap ini dibiarkan begitu sahaja, ia sebenarnya boleh memberi kesan kepada kehidupan harian.

Justeru, artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan penyakit ini dan cara untuk menanganinya jika ia berlaku kepada diri sendiri.

Baca juga:

Apa itu was was?

Dari segi bahasa, was was adalah bisikan halus daripada angin. Manakala dari segi istilah pula, ia dibahagikan kepada beberapa maksud.

Antara yang mashyur adalah seperti:

  • Percakapan di dalam diri sendiri seperti dibisikkan ke dalam diri seseorang akan perasaan berbolak-balik samada telah melakukan sesuatu atau belum melakukan sesuatu.

  • Sesuatu yang dibisikkan oleh syaitan ke dalam diri manusia.

  • Apa yang dibisikkan ke dalam diri manusia ketika melakukan sesuatu perkara kepada tahap yang terlalu berhati-hati sehinggakan apabila telah melakukan sesuatu, dia akan mengulangi perkara itu secara berlebihan dan keterlaluan.

  • Penyakit pada akal manusia yang apabila dia bercakap maka percakapannya adalah sia-sia.

Dalil tentang penyakit ragu-ragu

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Nas, ayat 5 hingga 6:

الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ (5) مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ (6)

Maksudnya: “Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.  (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”

Sayyid Qutb turut berkata, “Kita tidak mengetahui bagaimana berlakunya bisikan syaitan, tetapi kita merasakan kesan-kesannya di dalam jiwa dan di dalam realiti hidup kita. Kita sedar bahawa pertarungan Adam dan Iblis adalah satu pertarungan yang amat lama.”

“Walaubagaimanapun, Allah tidak membiarkan manusia mengharungi pertarungan itu tanpa senjata, malah ia telah menjadikan keimanan sebagai perisai untuk mereka, zikir sebagai kelengkapan perang dan doa memohon perlindungan sebagai senjata. Andainya manusia itu lupakan perisai, kelengkapan dan alat senjatanya, maka dialah sahaja yang patut dipersalahkan.” Rujuk Tafsir Fi Zilalil Quran (17/604)

Menurut al-Maraghi, “Bisikan was-was itu dinyatakan berada di dalam dada manusia, kerana sudah lazim dalam bahasa orang Arab mengatakan bahawa gurisan jiwa itu ada di dalam hati, sedang hati itu berada di dalam dada.” Rujuk Tafsir al-Maraghi (15/7748)

Dari Tafsir Ibn Kathir (4/750) menyatakan bahawa, “Syaitan akan membisikkan bisikan ke dalam hati-hati anak Adam ketika anak Adam berada dalam keadaan sedih dan gembira. Jika manusia itu berjaya untuk mengingati Tuhannya, maka syaitan itu akan menjauhinya.”

Jenis was was

Terdapat tiga jenis penyakit was was yang menjadi masalah kepada setiap manusia. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Bisikan kepada perkara kebenaran

Bisikan ini sebenarnya membawa kita kepada sesuatu yang baik. Di mana ia boleh hadir dalam bentuk peringatan, nasihat atau amaran.

Contohnya seperti, “Dunia hanya sementara. Berbaloi ke aku buat dosa sebanyak ini untuk keseronokan yang sekejap dari hukuman Allah yang pedih dan selamanya?”

2. Bisikan kepada syahwat untuk melakukan maksiat 

Bisikan ini berbahaya kerana ia boleh menjerumuskan kita kepada dosa dan kemaksiatan.

Namun kita masih mampu untuk melawannya dengan ilmu, kefahaman, dan iman yang sesungguhnya kepada Allah SWT.

3. Bisikan kepada sesuatu perkara yang berlegar-legar di dalam kepala

Bisikan itu pada perkara yang selain daripada solat. Jika seseorang manusia itu mengingati Allah, maka mampulah dia melawannya.

Namun, bisikan itu akan datang semula dan hanya dengan mengingati Allah sahaja dapat mengatasi bisikan tersebut.

Cara untuk menangani masalah was was

  • Banyakkan berdoa memohon pertolongan dari Allah
  • Dekatkan diri dengan orang beriman dan soleh
  • Rajinkan diri menghadiri kelas agama
  • Banyakkan berzikir kepada Allah
  • Fokus dan tekun dalam mengerjakan ibadah atau aktiviti harian

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan sikap-sikap was dan tips untuk menanganinya dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Baya Linnas Siri Ke-103: Was-Was: Cara Penyelesaiannya. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-391: Was-Was Tahap Teruk. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.