Mengenali Maksud Taaruf, Proses dan Manfaat Dalam Islam
Dalam proses awal mengenali seseorang, Islam memberikan kita kemudahan untuk bertaaruf. Apakah itu maksud taaruf dan cara-caranya?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan maksud taaruf dalam prosesnya dalam Islam.
Baca juga:
Maksud taaruf dalam Islam
Taaruf berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu “ta’rafa – yata’arafu” yang bererti “saling mengenal”.
Dalam bahasa mudahnya, maksud taaruf adalah sesi perkenalan, ice breaking, berkenalan, dan apa sahaja yang sama maksud dengannya.
Dari segi istilah pula, maksud taaruf adalah sebuah proses perkenalan antara dua insan untuk mencari keserasian menuju kehidupan berkeluarga yang dikenali sebagai pernikahan.
Dalil tentang konsep taaruf
Taaruf ada diperjelaskan dalam Al-Quran iaitu surah Al-Hujurat, ayat 13:
يٰٓاَيُّهَا النَّاسُ اِنَّا خَلَقْنٰكُمْ مِّنْ ذَكَرٍ وَّاُنْثٰى وَجَعَلْنٰكُمْ شُعُوْبًا وَّقَبَاۤىِٕلَ لِتَعَارَفُوْا ۚ اِنَّ اَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللّٰهِ اَتْقٰىكُمْ ۗاِنَّ اللّٰهَ عَلِيْمٌ خَبِيْرٌ
“Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.
Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
Selain itu, dalil taaruf juga diperkuat dengan larangan dari Rasulullah SAW untuk berdua-duaan antara lelaki dengan wanita yang bukan muhrim.
Rasulullah bersabda,
“Tidak boleh antara lelaki-lelaki dan wanita berduaan kecuali disertai oleh muhrimnya, dan seorang wanita tidak boleh berpergian kecuali ditemani oleh mahramnya.” – (Hadis Riwayat Muslim)
Beza taaruf dan bercouple
Perbezaan | Taaruf | Bercouple |
---|---|---|
Tujuan | Mengenal untuk menuju Halal (perkahwinan) | Mengenal untuk mengajak ke arah maksiat |
Sifat | Tertutup dan rahsia | Dihebohkan dan ditunjuk |
Pelaksanaan | Terus berhuhung dengan wali calon | Hanya memuaskan nafsu pada pasangan |
Pertemuan | Disertai wali | Berdua-duaan |
Komunikasi | Dibatasi hanya untuk persiapan menikah | Terkeluar dari batas pergaulan yang ditetapkan syarak |
Jangka waktu | Terbatas (lebih cepat lebih baik) | Tidak jelas (seringkali tergantung) |
Tips semasa menjalankan taaruf
Terdapat beberapa tips yang boleh anda jadikan panduan sekiranya anda hendak melaksanakan taaruf. Antara tipsnya adalah seperti yang berikut:
1. Bertanya sebanyak yang boleh
Tanyakan soalan sebanyak-banyaknya kepada calon. Misalnya berkenaan dengan maklumat peribadi, keluarga, hobi, penyakit yang diderita, visi dan misi tentang rumah tangga, dan sebagainya,
Elakkan dari terus berdiam atau menyembunyikan informasi yang penting kepada calon.
2. Menggunakan orang tengah
Orang tengah sama ada wali, murabbi, mahram, atau mereka yang boleh dipercayai ini penting sebagai moderator dalam sebuah taaruf.
Walaupun ia wujud untuk mengelakkan kedua-dua belah pihak berdua-duannya tetapi ia juga sangat bermanfaat untuk mewudukan suasana yang harmoni dalam proses taaruf.
3. Mengadakan pertemuan
Wujudkan sebuah pertemuan yang diatur oleh murabbi pihak masing-masing.
4. Jelaskan matlamat perkahwinan yang ingin dibina
Beritahu calon akan matlamat anda dalam perkahwinan. Contohnya jika anda seorang yang aktif berdakwah ketika bujang, anda juga mempunyai tanggungjawab yang sama selepas berkahwin.
Jika calon anda sudah faham akan hal itu, ia akan memudahkan anda lagi menjalankan tanggungjawan yang dipikul sebelum dan selepas kahwin.
5. Tidak mengambil masa yang lama
Elak dari mengambil masa terlalu lama untuk bertaaruf. Ini bagi mengelakkan perkara tidak baik berlaku.
Jika proses perkenalan ini memakan masa bertahun-tahun, berkemungkinan besar ia boleh membuatkan hati seseorang itu berubah-ubah.
6. Jaga keselamatan diri
Semasa anda bertaaruf dengan seseorang, pastikan anda menjaga keselamatan anda khususnya kepada wanita.
Hal ini bagi mengelakkan ada segelintir pihak yang cuba untuk mengambil kesempatan terhadap diri anda.
7. Istikharah dengan bersungguh-sungguh
Setelah anda bertemu atau mendapatkan butiran diri calon pasangan, lakukanlah istikharah dengan sebaik-baiknya kepada Allah agar anda dapat jawapan yang terbaik.
Ketika melakukan istikharah, jangan letakkan apa-apa kecenderungan pada calon yang diberikan kepada kita.
Sebaliknya, ikhlaskan apa sahaja keputusan kepada Allah SWT.
Adab taaruf mengikut syariat Islam
- Luruskan niat taaruf untuk serius menikah bukan untuk mempermainkan orang lain.
- Menjaga pandangan mata dan hati dari yang diharamkam.
- Topik pembicaraan tidak mengandungi dosa dan tidak berkisarkan tentang berahi.
- Tidak bersentuhan fizikal.
- Masing-masing melindungi aurat diri.
- Tidak melakukan khalwat atau berdua-duaan.
Kebaikan melaksanakan taaruf
1. Terhindar dari zina
Taaruf boleh menghindarkan diri kita dan pasangan dari terjenak dengan perhubungan ke arah penzinaan.
Contohnya seperti berdua-duaan di tempat yang sunyi-sepi. Ini kerana taaruf melarang lelaki ataupun wanita bertemu secara diam-diam tanpa adanya orang ketiga.
2. Lebih adil bagi kedua-dua belah pihak
Dengaan taaruf, masing-masing boleh berlaku adil tanpa berlaku penipuan kerana anda boleh terus bertukar informasi untuk mengenali latar belakang diri.
3. Lebih efektif tanpa membuang masa
Dalam taaruf, proses pertukaran informasi antara kedua-dua belah pihak boleh dilakukan dalam waktu yang singkat dan lebih efektif jika dibandingkan dengan bercouple.
4. Proses yang cepat untuk mengenali seseorang
Tidak perlu masa yang lama untuk bertaaruf. Selepas masing-masing mengenali dan setuju. Anda boleh melanjutkan ke langkah seterusnya iaitu proses melamar dan kemudian menikah.
Namun, jika merasa tidak sepadan maka tidak ada kata putus, melainkan berhenti pada proses ta’aruf sahaja dan tidak menimbulkan permusuhan.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan maksud taaruf dan prosesnya dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Concept Of Taaruf In Islam – Meaning – Laws – Steps. Love Devani
- Tahap Proses Taaruf, Perkenalan Menuju Jinjang Pernikahan. Orami