Kalendar Islam 2024: Tarikh Penting Dalam Islam & Cuti Sekolah

Kalendar Islam 2024 adalah takwim kalender mengikut tahun hijrah khusus untuk umat Islam.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan panduan lengkap kalender Islam 2024 yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk dijadikan rujukan.

Baca juga:

Kalender Islam 2023 / 1444-1445H

Berikut adalah kalender Islam 2023 beserta tarikh penting dalam Islam bagi tahun 1444-1445H:

Kalendar Islam 2024

Tarikh penting dalam Islam 2023

Tarikh HijriTarikh MiladiHari Perayaan Islam
27 Rejab 144418 Februari 2023Israk dan Mikraj
*1 Ramadan 144423 Mac 2023Awal Ramadan / Berpuasa
17 Ramadan 14448 April 2023Nuzul Al-Quran
*1 Syawal 144422 April 2023Hari Raya Puasa / Aidilfitri
1 Zulhijjah 144420 Jun 2023Awal Zulhijjah
*10 Zulhijjah 144429 Jun 2023Hari Raya Aidiladha
1 Muharam 144519 Julai 2023Awal Muharam / Maal Hijrah
12 Rabiulawal 144529 September 2023Maulidur Rasul
*Tarikh ini akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Kalender Islam 2024 / 1445-1446H

Berikut adalah kalender Islam 2024 beserta tarikh penting dalam Islam bagi tahun 1445-1446H:

Kalendar Islam 2024

Tarikh penting dalam Islam 2024

Tarikh HijriTarikh MiladiHari Perayaan Islam
27 Rejab 14458 Februari 2024Israk dan Mikraj
*1 Ramadan 144512 Mac 2024Awal Ramadan / Berpuasa
17 Ramadan 144528 Mac 2024Nuzul Al-Quran
*1 Syawal 144510 April 2024Hari Raya Puasa / Aidilfitri
1 Zulhijjah 14458 Jun 2024Awal Zulhijjah
*10 Zulhijjah 144517 Jun 2024Hari Raya Aidiladha
1 Muharam 14467 Julai 2024Awal Muharam / Maal Hijrah
12 Rabiulawal 144616 September 2024Maulidur Rasul
*Tarikh ini akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Catatan tarikh penting dalam Islam

Dalam Islam terdapat tarikh-tarikh penting seperti perayaan dan sejarah yang perlu kita ingati dan sambut. Berikut adalah penjelasan lengkap mengenainya:

1. Israk Mikraj: 27 Rejab

Israk membawa maksud perjalanan Rasulullah SAW dibawa oleh Malaikat Jibrail AS dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Al-Aqsa di Palestin dengan menunggang Buraq.

Mikraj pula adalah perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa.

2. Malam Nifsu Syaaban: 15 Syaaban

“Nifsu” adalah perkataan dari bahasa Arab yang bermaksud “pertengahan”. Ini bertepatan dengan istilahnya iaitu pertengahan bulan Sya’ban yang dipanggil sebagai Nifsu Sya’ban.

3. Awal Ramadan: 1 Ramadan

Awal Ramadan menandakan permulaan puasa tahunan bagi Umat Islam di seluruh Malaysia.

4. Nuzul Al-Quran: 17 Ramadan

Nuzul al-Quran merupakan peristiwa yang mana berlaku turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya secara berperingkat-peringkat sehingga menjadi sebuah kitab suci al-Quran

5. Hari Raya Aidilfitri: 1 Syawal

Hari Raya Aidilfitri (Bahasa Arab: عيد الفطر‎; ‘Ayd al-Fiṭr; “perayaan fitrah”) disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah.

Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran.

6. Awal Zulhijjah: 1 Zulhijjah

Awal Zulhijjah merupakan hari-hari yang penuh dengan kelebihan dan kurniaan Allah.

7. Hari Raya Aidiladha: 10 Zulhijjah

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji adalah merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia.

Sambutan diikuti dengan ibadah korban yang dilakukan sama ada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

8. Maal Hijrah / Tahun Baru Islam: 1 Muharam

Maal Hijrah ini merupakan merupakan bulan permulaan bagi umat Islam mengikut kalendar hijriah. 

9. Maulidur Rasul: 12 Rabiulawal

Sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan yang diadakan oleh umat islam bagi memperingati kita kepada hari kelahiran Rasulullah SAW.

Informasi lanjut

Kalendar Islam 2024

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tarikh-tarikh penting dalam Islam, anda boleh rujuk ke laman web JAKIM di https://www.islam.gov.my/ms/ atau Portal e-solat di https://www.e-solat.gov.my/

Atau boleh juga rujuk pada alamat dan maklumat berikut:

Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan takwim kalendar Islam 2024 dapat memberikan anda panduan yang berguna untuk merancang cuti dan urusan anda seharian.

Sumber:

  1. Takwim & Tarikh Penting Dalam Islam. JAKIM
  2. Kalendar Islam 2023 / 2024 & Tarikh Penting Bulan Islam (JAKIM). eCentral
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.