Semakan Bantuan Zakat 2024 (Panduan Online)
Semakan Bantuan Zakat 2024 (Panduan Online)
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan semakan bantuan zakat yang boleh anda rujuk.
Baca juga:
Apa itu zakat?
Zakat dari segi bahasa bermaksud “bersih dan suci”. Ia adalah sesuatu perkara yang dilakukan atas tujuan membersihkan harta dari hak orang lain dan menyucikan dari sifat kedekut dan bakhil.
Tujuan zakat adalah untuk menyucikan diri daripada sifat dengki dan demdam terhadap kekayaan yang dimiliki oleh orang lain.
Manakala dari segi istilah pula zakat bermaksud sejumlah harta yang tertentu yang diwajibkan oleh Allah SWT supaya diserahkan kepada orang yang lagi berhak menerimanya dengan syarat-syarat yang tertentu.
Allah SWT berfirman dalam surah An-Nur, ayat 54 yang bermaksud:
“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat.”
Ia juga merupakan rukun islam yang keempat.
Senarai bantuan zakat 2024
Berikut adalah antara senarai bantuan zakat yang boleh dimohon oleh asnaf:
- Bantuan Perubatan – Fakir Miskin
- Bantuan Sewa Rumah – Fakir Miskin
- Bantuan Badan dan Persatuan – Fisabilillah
- Bantuan Penerapan Nilai Islam – Fisabilillah
- Bantuan Yuran Sekolah – Fakir Miskin
- Bantuan Hutang Kehidupan – Gharimin
- Bantuan Kewangan Bulanan – Fakir Miskin
- Bantuan Makanan Bulanan – Fakir Miskin
- Bantuan Bina & Baik Pulih Rumah – Fakir Miskin
Syarat kelayakan bantuan zakat
Berikut adalah syarat kelayakan bantuan zakat yang perlu dipatuhi oleh pemohon:
- Status pekerjaan pemohon iaitu sama ada tetap atau sementara.
- Pemohon atau ahli keluarga menghadapi masalah kesihatan kronik, sakit yang memerlukan kos rawatan berterusan atau kecacatan anggota yang menghalang daripada bekerja secara aktif.
- Pemohon berumur lanjut atau tidak berupaya bekerja.
- Pemohon menanggung anak yang ramai.
- Ibu bekerja atau bapa tunggal yang memerlukan tambahan kos penjagaan anak-anak semasa bekerja.
- Lain-lain kesusahan yang dikenalpasti.
Senarai asnaf zakat
Bagi penerima dan kriteria penerimaan zakat, ia adalah berdasarkan kepada tetapan syarak. Hal ini seperti mana yang di firmankan oleh Allah SWT dalam surah At-Taubah, ayat 60 yang bermaksud:
“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”
Justeru, terdapat lapan asnaf zakat yang layak untuk menerima bantuan zakat ini. Antaranya seperti yang berikut:
1. Asnaf fakir
Asnaf Fakir ialah orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya.
2. Asnaf miskin
Asnaf miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi masih belum mencukupi had kifayah.
3. Asnaf amil
Amil ialah pihak yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi mewakili DYMM Sultan untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan zakat meliputi pungutan dan agihan.
4. Asnaf muallaf
Muallaf adalah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.
5. Asnaf riqab
Riqab ialah seseorang yang terbelenggu di bawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadi hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.
6. Asnaf fisabilillah
Fisabilillah ialah perjuangan, usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah.
7. Asnaf gharimin
Gharimin ialah orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada keupayaan untuk membayarnya.
Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:
- Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
- Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
- Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.
8. Asnaf ibnu sabil
Ibnu Sabil ialah orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum Syarak dengan syarat:
- Putus bekalan dalam perjalanannya.
- Tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan.
- Memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan.
- Ditinggalkan dalam perjalanan.
Semakan bantuan zakat
Bagi anda yang ingin buat semakan bantuan zakat 2024, kini anda boleh lakukan secara online sahaja. Caranya seperti di bawah:
- Layari laman pautan Ezo Zakat Selangor: https://ezo.zakatselangor.com.my/
- Jika sudah pernah daftar sebelum ini, isikan sahaja nombor kad pengenalan diri dan kata laluan. Kemudian, klik butang “Sign in”.
- Jika belum pernah daftar, sila daftarkan diri anda dan klik sama ada “Individu” atau “Syarikat”.
- Isikan semua maklumat peribadi yang diperlukan dengan tepat dan lengkap.
- Tandakan pada kotak setuju.
- Seterusnya, klik pada butang “Daftar”.
- Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang betul.
- Status anda akan dipaparkan secara automatik di skrin.
- Selesai.
Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai semakan bantuan zakat 2024, anda boleh rujuk pada butiran berikut:
- Laman web: https://www.zakatselangor.com.my/
- Waktu urusan: Isnin – Jumaat : (8.30 pagi – 4.30 petang), Rehat Jumaat : (12:15 petang – 2:45 petang), Sabtu, Ahad & cuti umum: Tutup
- Waku talian: Talian Zakat Selangor : 8.30am – 5.30pm, Talian Umum : 8.30am- 5.00pm
- Alamat pejabat: Bangunan Zakat Selangor 3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perniagaan Worldwide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
- No. telefon: 1-300-88-4343
- E-mail: [email protected]
Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai semakan bantuan zakat ini dapat memberikan anda semua panduan yang bermanfaat.
Sumber:
- Lembaga Zakat Selangor. Zakat Selangor