Berebut Rumah Pusaka, Siapa Yang Paling Berhak?

Kerana sebuah rumah pusaka, keluarga boleh jadi porak-peranda. Salah satu sebabnya, kita sebenarnya masih kurang pendedahan mengenai isu faraid dan pembahagian harta pusaka berpandukan kaedah Islam yang tepat.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara pembahagian rumah pusaka dengan lebih lanjut.

Baca juga:

Definisi rumah pusaka

Rumah pusaka adalah aset tetap yang boleh di definisikan sebagai rumah tinggalan apabila berlakunya kematian kepada pemilik rumah.

Hari ini jika kita lihat dengan teliti, banyak sekali isu berkenaan dengan pengurusan harta pusaka yang berlaku dalam sesebuah keluarga.

Sebenarnya kunci untuk memudahkan harta pusaka ini diuruskan adalah dengan kesepakatan dari keputusan yang dibuat bersama-sama oleh semua waris.

Namun kebanyakkan isu pembahagian harta ini akan berlanjutan dan tidak menemukan jalan keluar sehingga perlunya pembahagian secara faraid mengikut hukum Islam.

Kategori rumah pusaka

Untuk pengetahuan anda, terdapat dua kategori utama dalam pembincagan isu rumah pusaka yang akan kita ulas lebih lanjut ini.

Berikut adalah perinciannya:

  • Rumah yang di daftarkan atas 1 nama (suami atau isteri) dan dia meninggal dunia. Maka, 100% rumahnya adalah rumah pusaka.

  • Rumah yang di daftarkan atas 2 nama (suami dan isteri) dan salah seorang meninggal dunia. Maka, 50% rumahnya adalah rumah pusaka. Ia bukanlah harta sepencarian kecuali telah diisytiharkan di makhamah yang dibuat semasa hidup.

Cara pembahagian secara faraid

Faraid adalah adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya.

Harta peninggalan ini akan dibahagikan kepada ahli waris seperti anak, isteri, suami, ibu, dan lain-lain.

Harta yang akan diberikan ini adalah baki yang ditolak dari segala pembiayaan seperti pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak, tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta.

Pembahagian rumah tinggalan ini tertakluk kepada cara tersebut, sekiranya:

1. Suami meninggal dunia

  • Ibu suami memiliki 1/6 dari rumah pusaka
  • Bapa suami memiliki 1/6 dari rumah pusaka
  • Isteri memiliki 1/8 dari rumah pusaka
  • Bakinya akan dimiliki oleh anak-anak dalam nisbah 2:1 (2 untuk anak lelaki, 1 untuk anak perempuan)

2. Isteri meninggal dunia

  • Ibu isteri memiliki 1/6 dari rumah pusaka
  • Bapa isteri memiliki 1/6 dari rumah pusaka
  • Suami memiliki 1/4 dari rumah pusaka
  • Bakinya akan dimiliki oleh anak-anak dalam nisbah 2:1 (2 untuk anak lelaki, 1 untuk anak perempuan)
Siapa yang layak untuk menguruskan pembahagian faraid?


Pengurusan faraid boleh dilaksanakan oleh pejabat guaman dan makhamah syariah.

Rumah Pusaka, Rumah Wakaf | Tanyalah Ustaz

Alternatif lain selain pembahagian secara faraid

1. Mendapat persetujuan bersama

Persetujuan dan persepakatan sesama waris adalah cara terbaik sebenarnya untuk menguruskan harta pusaka.

Dalam surah Al-Nisa ayat 128, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَنْ يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًا ۚ وَالصُّلْحُ خَيْرٌ

“Maka tiadalah salah bagi mereka membuat perdamaian (secara yang sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik.”

Persetujuan ini perlu dibuat dengan belas ihsan kepada penerima rumah tersebut dan lebih baik mempunyai hitam putih butiran yang lengkap untuk memudahkan proses tersebut.

2. Melalui polisi takaful hibah

Polisi takaful hibah atau hibah bersyarat ini membolehkan anda mendapatkan rumah pusaka tersebut dengan keinginan si mati selepas meninggal dunia.

Pertamanya, si mati perlu menyediakan Polisi Takaful Hibah mengikut harga rumah.

Jadi selepas si mati meninggal dunia, pasangan mempunyai tunai yang mencukupi untuk membolehkannya mengagihkan kepada waris mengikut pembahagian faraid yang tepat tanpa perlu menjual dahulu rumah pusaka tersebut.

3. Deklarasi hibah

Deklarasi hibah adalah arahan pemberian yang dibuat semasa individu tersebut masih hidup dan pemberian itu juga berlaku ketika masih hidup.

Contohnya, dalam sebuah rumah ada anda, pasangan, dan anak-anak. Anda semestinya merasakan pasangan anda yang paling berhak untuk mendiami rumah tersebut setelah anda tiada.

Maka lakukan deklarasi hibah segera ketika masih hidup untuk membolehan rumah tersebut menjadi hak milik kekal pasangan anda.

4. Deklarasi wasiat

Deklarasi wasiat adalah arahan pemberian yang dibuat semasa individu tersebut masih hidup dan pemberian berlaku ketika sudah meninggal dunia.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan rumah pusaka dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Al-Kafi #1893: Pusaka Isi Rumah. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Rumah Atas Nama Kakak. Facebook Muhamad Dzul Ikram
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.